Aku menyeru semua muslim di Malaysia ini, lupakan sebentar perbezaan politik, pangkat, darjat dan keturunan kita. Marilah sama-sama kita bersatu dan bertegas dalam melarang penggunaan nama Allah oleh puak Kristian ini. Kukuhkan akidah kita, pertahankan agama Islam. Dan ingatlah, setiap apa yang kita niatkan atau lakukan, akan disoal di akhirat kelak oleh Allah s.w.t.
(Keadaan mereka) serupa dengan kaum Firaun dan orang sebelum mereka. Mereka kufur terhadap ayat-ayat Allah, maka Allah menyeksa mereka disebabkan dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah adalah al-Qawiy (Maha Kuat), lagi sangat pedih seksaan-Nya (seksaan Allah). - Al Anfal : 52
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: “Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah”, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. - At Taubah : 38
Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. - At Taubah : 39
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”. - Al Kafirun : 1-6