Friday, November 25, 2011

Perginya Seorang Ulamak Berani




Assalamualaikum semua. 

Hari ini aku telah mendapat satu berita yang amat menyedihkan. Ustaz Ghazali Hasbullah (Darul Atiq) telah pulang ke rahmahtulah pada bulan Jun yang lepas. Ya, 5 bulan dah berlalu, tetapi baru sekarang aku mendapat tahu.  

Aku percaya ramai yang tidak mengenali siapa Ustaz Ghazali, tetapi ketahuilah bahawa beliau merupakan seorang pendakwah yang sangat popular sekitar tahun 80-an dulu kerana keberaniannya bersuara mencegah kemungkaran tanpa mengira siapa. Sultan, mufti, imam, ustaz, menteri habis semua pernah ditegurnya tanpa selindung-selindung.  

Era 80-an adalah zaman kanak-kanakku. Jadi, masa kecil aku memang banyak dipengaruhi oleh ceramah beliau disamping ayahku yang juga meminati beliau. Antara kaset ustaz yang berulang kali aku dengar adalah bertajuk "Mengumpat" dan "Ubat Hati". Ustaz Ghazali serius dan keras dalam berceramah, jika orang jenis cepat panas telinga memang tak boleh dengar ceramah dia. Dia ketuk depan-depan punya. Tapi ustaz tak pernah gentar, bahkan dia cabar siapa-siapa yang tak berpuas hati dengan ucapan dia boleh datang berjumpa bila-bila masa pun. 

Namun dalam keseriusan ustaz berdakwah terselit juga elemen lucu yang wujud tanpa sengaja dibuat-buat. Antaranya jenaka yang sering kita dengar diucapkan oleh pendakwah masa kini (selepas memberi teguran atau peringatan kepada pendengar) : "Tapi saya cakap ni bukan orang sini ya, yang saya cakap ni kisah orang tempat lain". 

Jika tak salah aku, orang pertama yang aku dengar menyindir begitu adalah Ustaz Ghazali. Tapi beliau betul-betul menyindir, bukannya bergurau, namun akhirnya jadi satu kelucuan pula dan rasanya diikuti oleh pendakwah lain. Versi Ustaz Ghazali yang aku pernah dengar: "Tapi yang saya cakap ni bukan orang sini ye. Jangan orang sini nak pandang saya masam-masamkan muka pula. Tapi yang banyak buat (kemungkaran) memang orang sini la pun". 

Korang semua kenal dengan Ustaz Sharil Long? Ceramah Ustaz Sharil Long juga keras dan berani kan? Aku pun baru tahu yang Ustaz Sharil Long merupakan anak murid Ustaz Ghazali. Kisahnya dulu Ustaz Sharil Long (USL) kerja di bank. Dalam satu ceramah Ustaz Ghazali, USL bertanya tentang hukum kerja di bank. "Haram, masuk neraka!" jawab Ustaz Ghazali tegas. Terkejut dengan jawapan tu, USL balik rumah menung 2 3 hari last-last ambil keputusan resign. Dan lepas tu Ustaz Ghazali jemput dia duduk bersama di Darul Atiq dan mendalami agama. Itulah kisahnya.

Ah memang rindu rasanya pada ceramah-ceramah ustaz. Koleksi kaset ceramah ustaz dulu pun semua dah tak ada, rosak. Ceramah yang keras oleh ustaz memang dapat melentur dan menggerunkan hati-hati kita yang sememangnya keras dan degil ni. Kebanyakan ceramah ustaz mengajak kepada penyucian hati dan batin. Ustaz juga seorang yang kuat berzikir dan khabarnya solat malamnya paling kurang 60 rakaat, Subhanalah. 

Ustaz membangunkan sendiri Darul Atiq iaitu rumah perlindungan anak yatim dan ibu tunggal tanpa bantuan mana-mana pihak. Sungguh, ulamak berani semacam ini sudah tidak ada lagi di negara kita untuk melentur hati kita yang keras ini. Moga-moga ustaz ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang soleh. Amin. 

p/s: cuma satu yang aku tetap terkilan, iaitu tak sempat bertemu dengan ustaz ketika sepanjang hidupnya. 




Ceramah tegas Ustaz (kalau dulu zaman muda lagi keras) : http://www.youtube.com/watch?v=lfj3kWbkZOI&feature=related 


Wednesday, February 02, 2011

Bantulah adik Nur Farha Afifah



Nama Pesakit : Nur Farha Afifah bt. Mohd Dawami (8 bulan)
Sakit : Jantung Berlubang (4 injap) dan Sindrom Down
Kos Pembedahan : RM45,000 di Hospital Gleanegal Pulau Pinang
Sumbangan Diterima : RM20,000
Perlu Lagi : RM25,000

  1. Mohon jasa baik dari semua untuk menghulurkan sumbangan untuk meringankan beban sahabat saya Mohd Dawami B. Awang Senik untuk pembedahan anaknya yang menelan kos RM45,000. Collection yang beliau dapat setakat ini baru dalam RM20,000. Dia perlukan lagi RM25,000 untuk pembedahan jantung anak kedua beliau.
  1. Beliau adalah antara sahabat baik saya masa di UiTM Kelantan. Sekarang bekerja sebagai Setiausaha Kerja di Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan dengan pendapatan yang tak seberapa.
  1. Anak beliau sekarang ni dimasukkan ke Wad Hospital USM Kubang Kerian. Apa yang saya faham dari perbualan telefon sebentar tadi, HUSM tak ada kepakaran pembedahan jantung yang melibatkan 4 injap. IJN pun tak terima sebab anak beliau mengidap down sindrom. Kos dan penjagaan pesakit jantung down sindrom sama seperti menjaga dan merawat 3 orang pesakit jantung biasa.
  1. Pembedahan akan dibuat pada akhir bulan Disember 2010 ini di Hospital Gleanegal Pulau Pinang, jika beliau dapat melunaskan deposit, dan bersedia dengan kos pembedahan yang dianggarkan sekitar RM45,000.
  1. Sumbangan boleh dibuat terus ke akaun beliau, ataupun melalui saya. Moga sumbangan anda walaupun bernilai RM1 mempunyai nilaian yang besar di sisi Allah.
No. Telefon beliau 013-930 1559 (Dawami)

Cara Sumbangan :
0301 8020 7244 10 (Bank Islam) atau

0301 0086 0195 27 (CIMB)
atas nama Mohd Dawami b. Awang Senik



Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Siapa yang meringankan beban penderitaaan seorang mukmin di dunia pasti Allah akan meringankan beban penderitaannya di akhirat kelak. Siapa yang memudahkan orang dalam kesusahan pasti Allah s.w.t akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutupi aib seorang muslim pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat. Dan Allah s.w.t akan selalu menolong hambaNya jika hamba tersebut menolong saudaranya (HR Muslim)



Friday, January 28, 2011

Menteri Yang Sangat Mantopp!!



BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam. Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan. “Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini. “Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak. “Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran,” tegasnya. – AP
Sumber : Harian Metro


Alhamdulillah. Menteri Agama yang sangat mantopp!!! Menjalankan amanah Allah dengan berani dan tegas. Menegakkan undang-undang berdasarkan ilmu agama yang dimiliki.


"Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. (96) Patutkah penduduk negeri-negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur? (97) Atau patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main? (98) Patutkah mereka (bersukaria) sehingga mereka merasa aman akan rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah? Kerana sebenarnya tidak ada yang merasa aman dari rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang yang rugi". (Al-A'raf : 96-99)


Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya". (Al-Baqarah : 41)

Monday, January 17, 2011

Susu atau Nila?

Assalamualaikum.

Dah lama aku tak update blog. Dan tak dijangka langsung tulisan pembuka tirai 2011 adalah tentang gay. 

Sebabnya, aku baru terbaca dalam internet tentang seorang manusia lelaki Melayu bernama Azwan Ismail yang mengaku terang-terangan dirinya gay. Aku ulangi, lelaki Melayu yang agamanya Islam, mengaku gay di dalam laman Youtube.

Aku sendiri pun tak sempat tengok video tu sebab dia dah remove, tapi berdasarkan berita dari pelbagai sumber  internet, Azwan Ismail adalah seorang jurutera yang berusia 32 tahun. Dia membuat pengakuan tersebut sebagai respon kepada kempen It Gets Better iaitu sebuah kempen yang menggalakkan golongan Lesbian-Gay-Bisexual-Transgender supaya berani bersuara menyatakan keseksualan mereka tanpa perlu takut atau malu-malu (padahal memang muka tak tau malu).

Dan macam biasa, selain yang mengeji, ramai jugak yang memuji tindakan Azwan kononnya atas hak kebebasan seksual dan juga keberanian bersuara.

Masa baca berita ni, aku tak berapa terkejut tapi agak cemas. Tak terkejut sebab aku tahu gay Melayu memang semakin ramai di negara kita, bahkan mana tahu ada antara kawan-kawan kita sendiri yang saban hari berjumpa kita tu sebenarnya gay? Ini kerana orang biasa sukar mengenali gay walaupun ada beberapa ciri golongan ini yang boleh kita kenalpasti. Tetapi manusia gay memang mengenali sesama mereka, mungkin diaorang ada gerak isyarat tertentu yang hanya difahami sesama sendiri.

Aku cemas sebab golongan ni tentu dah begitu ramai sampai tahap berani buat pengakuan umum. Jadi macam mana la nasib anak-anak kita bila besar nanti? Siapa tahu satu masa nanti anak kita masuk asrama dan rakan katil sebelahnya adalah gay/lesbian? Atau lebih malang lagi guru asramanya yang gay/lesbian? Bukan semua akan mengaku gay macam Azwan. Jadi siapa yang boleh kita percayai lagi nanti?

Bagi aku amat penting didikan agama pada anak-anak agar kuat imannya dari pengaruh benda haram macam ni. Tak dinafikan, ramai ibubapa yang hantar anak mereka ke kelas mengaji Al-Quran dan Fardhu Ain. Tapi berapa ramai pula ibubapa yang menyemak semula tahap kefahaman agama anak mereka? 

Saya yakin tak ramai, sebab kebanyakan ibubapa hanya menunaikan tanggungjawab dengan menghantar anak ke kelas agama. Bab faham atau tak faham (penghayatan) tak pernah diambil peduli. Janji anak tu khatam Quran, tahu doa makan, tahu wuduk, tahu solat, itu kira cukuplah. Berapa ramai yang sanggup meluangkan masa mengajar anak kecil tentang sifat Allah, dosa-dosa besar, azab neraka, kisah-kisah kaum terdahulu dalam Al-Quran dan sebagainya asas kefahaman agama mereka?

"Ah, itu berat sangat tu. Budak-budak patut ajar dari bawah, yang basic2 je dulu macam doa makan dan wuduk. Nanti dah besar sikit baru la masuk bab yang lebih dalam, kalo tak pening budak tu nanti...".

Inilah alasan ibubapa biasanya. Dan tidak dinafikan ada benarnya juga. Tapi malangnya realiti yang terjadi adalah sebaliknya. Bila anak semakin besar dan bersedia untuk lebih mendalami agama, kita pulak yang sibuk tak ada masa. Jalan mudahnya kita letakkan tanggungjawab kita tadi pada ustaz sekolah yang sememang dah mempunyai tanggungjawab berat terhadap ratusan murid lain untuk dididik. Akhirnya anak kita membesar tanpa dibekalkan tunjang kefahaman agama yang kukuh.

Cuba kita tanya pakcik makcik yang jadi pengikut ajaran sesat seperti Ayah Pin atau Rasul Melayu. Agak-agak diaorang ni pernah belajar agama tak? 

Kita : Pakcik mokcik ni dulu kecik-kecik tak belajaq agama ke?
P/M : Eh apa pulak tak belajaq. Kami belajaq la. Mak ayah kami tegas bab agama. Kecik-kecik dah hantar belajaq.
Kita : Apa yang pakcik mokcik belajaq tu?
P/M : Banyak. Mengaji Al-Quran, tajwid, sirah, sifat 20, fardhu ain macam bersuci, wuduk dan solat semua tu. Mengaji Quran aje dah 3 guru, fardhu ain 4 guru, solat semua tu lagi macam-macam guru.
Kita : Kira kefahaman pakcik mokcik tentang agama ni bagus la?
P/M : Nak kata bagus sangat tu taklah jugok, tapi bolehlah setakat nak jadi pembimbing diri supaya tak sesat. Kebetulan jumpa plak dengan Tuan Guru Ayah Pin ni, pakcik mokcik sambung belajar dengan dia la pulak bagi lengkap ilmu di dada.
Kita : Ye ke pakcik mokcik? Bagus la pakcik mokcik belajar agama ni sejak kecik, tapi kalo pakcik mokcik tak pernah belajar langsung lagi la bagus.
P/M : En nape pulok?
Kita : Sebab kalo pakcik mokcik tak belajar, boleh juga dikira sesat sebab jahil. Ini dah belajar, tapi jahil jugak? Kecik-kecik taknak nak mampos, dah besar pakcik mokcik menyusahkan pejabat agama pulak.

Belajar dan belajar+faham adalah dua perkara berbeza. Contohnya ada ustaz yang belajar sampai Mesir tapi tak sehebat ustaz yang belajar di pondok. Semuanya kerana penghayatan. Tapi jangan pula salah erti tak perlu belajar tinggi-tinggi, belajar rendah pun tak apa asalkan faham. Begini sebenarnya, errr..... susah la nak explain, tak payah explain la senang. Pandai-pandai la korang faham sendiri.

Yang aku nak tekankan, menjadi tanggungjawab kita sendiri sebagai ibubapa, (bukannya ustaz atau guru kelas Fardhu Ain anak kita) untuk memastikan anak-anak kita faham dan menghayati segala yang dia dah belajar.

Lagi satu yang membuatkan aku cemas, kalo bala Allah ditimpakan kepada kita semua sebab bertambahnya golongan-golongan macam ni. Bukan korang tak belajar sirah kaum Nabi Luth apa yang terjadi. 

Bak kata pepatah, kerana nila sebelanga, rosak susu setitik. Opps jangan marah aku tahu pepatah tu terbalik. 

Tapi bagi aku, yang ingkar pada perintah Allah memang ramai sebenarnya, bukan gay sahaja. Yang tengok bola tak solat Mahgrib, yang berjudi, yang tak tutup aurat, yang mengundi AF, yang makan rasuah, yang memperlekeh hudud, yang roboh surau, yang sorok gula/minyak, yang main takraw (pompuan), yang mengaku gay, yang tak mengaku tapi gay dan macam-maca lagi la bentuk keingkaran pada Allah. Mereka ni bolehlah diumpamakan nila penuh sebelanga (sampai dah melimpah keluar). Manakala golongan selain dari jenis tu aku kira sebagai susu setitik sebab memang sedikit.

Jadi memang akan musnahlah susu setitik ditelan oleh nila sebelanga. Jadi dimanakah kita sekarang? Dan di manakah anak kita apabila mereka besar nanti, golongan susu atau nila? Lihat sahajalah pada kisah Azwan Ismail ini, bukan sebarangan kerja tetapi jurutera. Bayangkan nasib ibubapanya jika disebabkan kelalaian mereka memberi didikan agama menyebabkan anak hanyut menjadi gay. Berjaya dalam pendidikan belum tentu akan berjaya di akhirat. Tetapi jika berjaya dalam penghayatan agama Insya Allah akan berjaya dunia akhirat.

Dengan ini aku menyeru kepada semua rakan seagama aku yang gay-lesbian-bisexual-transgender supaya bertaubatlah kepada Allah s.w.t dan pulanglah ke pangkal jalan. Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Pengampun dan Maha Menerima Taubat. Hayatilah firman-firman Allah di bawah ini dan tanyalah pada diri kamu sendiri, tidak cukupkah janji keampunan yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada hambaNya yang mahu bertaubat? Apakah janji Allah ini tidak mampu membuatkan hatimu sayu dan airmatamu mengalir? Betapa keraskah hatimu itu?

"Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiayai diri mereka sendiri, mereka mengingati Allah lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu sedang mereka mengetahui." (Ali Imran:135)

“Katakanlah: “Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Az-Zumar: 53)

"Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar yang kamu dilarang mengerjakannya, nescaya Kami menghapuskan kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosa kecil) yang kecil dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga)." (An-Nisa:31)

Dan dari Anas bin Malik RA beliau berkata: Rosululloh SAW bersabda: “Allah SWT berfirman: ‘Wahai anak adam, sesungguhnya jika engkau berdoa dan berharap kepada-Ku, niscaya Aku akan mengampunimu dan Aku tidak akan memperdulikannya lagi. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu memenuhi seluruh langit, kemudian engkau memohon ampun pada-Ku, niscaya Aku akan mengampunimu. Wahai anak Adam, seandainya engkau datang kepada-Ku dengan kesalahan sepenuh bumi, kemudian engkau menjumpai-Ku dalam keadaan tidak berbuat syirik dengan apapun niscaya aku akan datang kepadamu dengan pengampunan sepenuh bumi pula. (HR Tirmidzi - Hadis Hassan)



Monday, May 17, 2010

Hukum Login Facebook Dapat RM 100 (Infinity Downline)

Dalam entry sebelum ini, aku maklumkan yang baru saja mendaftar Facebook. Sama seperti blog, Facebook aku turut dijangkiti penyakit "malas update". Aku lebih banyak melawat wall orang lain dan membuat komen sekali sekala.

Tapi ada satu hal yang aku terperasan dalam seminggu dua ni, munculnya iklan menjana pendapatan "Login Facebook Dapat RM 100 Setiap Hari". Fuuhhh macam best je bisnes ni. Sekali pandang macam skim piramid pun ada. Malangnya aku tak dapat nak komen kat iklan tu sebab selalunya aku terjumpa iklan ni dalam wall member kepada member aku. So tak dapat nak tinggalkan apa-apa komen.

Aku pulak jenis yang ragu-ragu pada apa jua bisnes ala-ala MLM ni. Jadi aku pun buat sikit carian pasal bisnes "Login Facebook Dapat RM 100 Setiap Hari" ni di web Ustaz Zaharuddin. Aku kalau bab-bab perniagaan ni selalunya akan merujuk web ni dahulu. Hasilnya memang ada tulisan Ustaz pasal skim perniagaan ni yang juga dikenali sebagai Infinity Downline. Korang boleh baca di sini

Kesimpulan oleh Ustaz Zaharuddin, skim bisnes ni patut diharamkan kerana ada melanggar hukum syarak. Pada yang dah terlajak tu, berhenti dan bertaubatlah. Di akhir tulisan ustaz siap bagi lagi cara-cara bertaubat (jika nak buat). Di ruangan komen, ada juga yang menghentam ustaz. Bagi aku benda ni mudah aje, ustaz memberi hukum setelah membuat kajian atas skim tersebut dan berdasarkan ilmu agama yang beliau pelajari. Bukan suka-suka main cakap aje. Jadi kalau korang rasa nak ikut hukum (Islam), berhentilah dari skim ni. Kalau rasa tak nak ikut pun, terpulanglah. Tak perlu nak marah-marah pada ustaz (atau aku). Tapi ingatlah, rezeki Allah yang halal masih luas dan banyak lagi boleh dicari. Biarlah lambat kaya atau tak kaya langsung, asalkan rezeki yang diperolehi halal. 

Pada sesiapa yang masih risau kehilangan punca rezeki, renung-renungkanlah ayat Al-Quran dan juga nasihat dari ahli sufi Abu Yazid Al-Bustami di bawah ini. Sekian.


Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan). (Hud : 6)

"Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya". - (Al-Baqarah : 172)

Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman. - (Al-Maidah : 88)

Katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu hukum): Sudahkah kamu nampak baik-buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram dan sebahagian lagi halal? Katakanlah lagi (kepada mereka): Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah?. (Yunus : 59)

Serta Kami katakan: Makanlah dari benda-benda yang baik yang Kami kurniakan kepada kamu dan janganlah kamu melampaui batas padanya, kerana dengan yang demikian kamu akan ditimpa kemurkaanKu dan sesiapa yang ditimpa kemurkaanKu, maka sesungguhnya binasalah ia. (Toha: 81)

Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (rezeki itu) baginya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Al-Ankabut : 62)

Dan sebaliknya apabila dia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (dia tidak bersabar bahkan dia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: Tuhanku telah menghinakan daku! (Al-Fajr : 16)


Abu Yazid Al-Bustami, seorang ahli sufi terkenal, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lalai saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah tidur, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki , Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?" 

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah riak mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." 

Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. 

Sebagaimana kata Rasulullah,"Sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai keindahan." Namun demikian tidak bererti Islam mengajarkan kemewahan. Islam justeru menganjurkan kesederhanaan. Baik dalam berpakaian, merias tubuh maupun dalam sikap hidup sehari-hari. Nabi sendiri jubahnya seringkali sudah luntur warnanya tapi senantiasa bersih. Umar bin Khattab walaupun jawatannya kalifah, pakaiannya sangat sederhana dan bertambal-tambal. Tetapi keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah, wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Raut mukanya berseri. Tak hairan jika Imam Hasan Al-Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah riak muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.




Saturday, March 27, 2010

Facebook aku

Sejak mengaumnya Facebook di alam siber pada tahun 2006, baru sekarang (2010) aku daftar akaun. Dekat 2 tahun sebelum ni aku asyik duk fikir samaada nak buka akaun atau tidak. Kejap-kejap rasa nak bukak, kejap-kejap tak jadi pulak. Kejap-kejap rasa cukuplah dengan blog saja (itupun dah bersawang), kejap-kejap rasa kuno pulak bila melopong tak boleh join kawan-kawan borak pasal Facebook. Even budak sekolah rendah yang berak tak reti-reti nak panggil cikgu tu pun dah pandai sembang Facebook kat kantin. Hebat.

Ada yang cakap dalam Facebook boleh jumpa kawan lama. Aku tanya berapa lama? Katanya sehingga zaman tadika pun ada. Aku tercengang. Ada lagi yang cakap dalam Facebook ada games, boleh main kat ofis. Aku terlopong. Kemudian aku dengar pulak dalam Facebook ada Ayah Pin. Aku histeria. Ketua kerajaan langit pun pakai Facebook? Kesimpulannya macam-macam ada dalam Facebook, patutlah boleh naik sebagai laman web sosial paling popular di dunia.

Tapi sejak akhir-akhir ini tekanan aku untuk berfesbuk makin kuat. Member-member yang aku ajak jenguk blog, buat-buat tak dengar je. Semua layan Fesbuk. Macam hampeh. Aku tengok ustaz-ustaz pun dah banyak masuk Fesbuk. Paling terbaru bila aku baca tulisan Ustaz Zaharudin pasal hukum Fesbuk. Akhirnya terjawablah keraguan aku selama ini.

Jadi tanpa buang masa aku mempersembahkan Fesbuk aku pada korang. Untuk ke sana korang boleh klik pada lesung pipit baby comel di sebelah kanan atas blog ni. Apa yang aku nak isi dalam Fesbuk ni tak tahu lagi. Yang penting daftar dulu. Function-function dalam tu pun aku baru nak belajar. Kalo sesapa berselera nak jadi kawan aku, boleh add nanti. Jangan risau aku akan accept je korang walaupun aku tak berselera. Bye.


Monday, March 15, 2010

Usia Aisyah r.a. Ketika Berkahwin Dengan Rasulullah

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seorang kanak-kanak perempuan 11 tahun yang dikahwinkan oleh bapanya sendiri dengan seorang lelaki lain berusia 41 tahun. Difahamkan perkahwinan itu berlaku tanpa pengetahuan ibu kanak-kanak tersebut. Lelaki 41 tahun itu yang merupakan ketua kumpulan jemaah (tabligh?) pada si bapa, khabarnya menggunakan alasan bahawa memang sunnah Nabi s.a.w berkahwin dengan kanak-kanak (Aisyah r.a). Lalu bagi mengamalkan sunnah maka si bapa tanpa banyak soal lagi mengahwinkan anaknya yang berusia 11 tahun itu dengan si ketua.

Pertama kali terbaca berita ni, aku tak rasa terkejut pun, tapi aku sedih atas sebab-sebab yang akan aku ceritakan nanti. Tambah-tambah bila dimaklumkan si bapa ni merupakan ahli satu kumpulan jemaah. Kisah ahli-ahli jemaah yang taksub dengan ketua mereka bukanlah sesuatu yang baru atau pelik, mungkin korang masih ingat lagi kisah Al-Arqam?

Cuma yang aku nak fokuskan adalah alasan "sunnah" yang digunakan ketua jemaah itu. Kita semua faham bahawa apa sahaja amalan yang dilakukan oleh Nabi s.a.w adalah merupakan satu sunnah untuk diikuti oleh umatnya. Dalam hadis tercatat, Nabi s.a.w berkahwin dengan Aisyah r.a. ketika beliau berumur 6 tahun, dan tinggal bersamanya ketika berusia 9 tahun.

Bagi kebanyakan orang, persoalannya adakah benar berkahwin dengan kanak-kanak itu memang merupakan satu sunnah yang mesti diikuti? Kebanyakan orang berhujah dan berdebat di atas persoalan ini dengan memberikan pelbagai hujah. Antaranya kajian bahawa perempuan Arab zaman dahulu rata-rata telah baligh seawal usia 9 tahun berbanding perempuan sekarang dan pelbagai hujah lain bagi menyokong pernyataan ini.

Bagi aku, persoalan samada ianya sunnah yang boleh diikuti atau tidak, sepatutnya tidak berlaku. Persoalan yang lebih besar lagi yang patut disahihkan terlebih dahulu adalah, adakah memang benar fakta bahawa Nabi s.a.w berkahwin dengan Aisyah r.a seawal usia 6 tahun itu?

Ini kerana musuh-musuh Islam sering mempergunakan kisah Nabi s.a.w berkahwin dengan kanak-kanak sebagai bahan sendaan dan menuduh Nabi s.a.w sebagai pedophelia dan gila seks. Nauzubillah. Nauzubillah. Adalah menjadi kewajipan kita orang Islam dan golongan ulamak khususnya bagi mengkaji sedalam-dalamnya fakta ini dan menperjelaskan kekeliruan yang timbul berkaitan umur Aisyah r.a ketika beliau menikah dengan Nabi s.a.w. Adalah menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam untuk membersihkan semua tuduhan-tuduhan jahat terhadap Nabi junjungan kita Muhammad s.a.w.

Tidak dapat saya bayangkan bagaimanakah kita mahu mengharapkan syafaat Nabi s.a.w di akhirat kelak, sedangkan kita gagal mempertahankan maruah baginda di dunia ini daripada hinaan musuh-musuh Islam, yang mana semuanya disebabkan oleh kelemahan dan kelalaian kita sendiri dalam mengkaji sejarah baginda, hingga memberi ruang dan peluang kepada musuh Islam menghina baginda. Nauzubillah. Nauzubillah.

Cukuplah aku membebel. Sekarang kita terus fokus kepada punca masalah. Berdasarkan kajian oleh Maulana Muhammad Farooq Khan, terdapat beberapa percanggahan ketara dari segi fakta sejarah berkaitan umur Aisyah r.a. ketika menikah dengan Nabi s.a.w yang mungkin telah terlepas pandang oleh ulamak-ulamak terdahulu. Sebelum kita terus ke bahagian kajian, elok kita kenal dulu siapa itu Aisyah r.a.

Aisyah r.a. merupakan anak kepada Abu Bakar As-Sidiq hasil perkahwinannya dengan isteri kedua iaitu Umm Ruman. Beliau merupakan isteri ke-3 Nabi s.a.w dan merupakan satu-satunya isteri yang dikahwini Nabi ketika masih perawan. Beliau merupakan seorang yang bijak dan tinggi daya fahamannya serta banyak meriwayatkan hadis-hadis Rasulullah s.a.w.


KRONOLOGI ASAL MENGIKUT SEJARAH:

  570 M                       - Nabi lahir. 
  610 M                       - Nabi diangkat menjadi Rasul. 
    **614 M                 - Aisyah lahir. 
  619 M                       - Khadijah r.a meninggal dunia. 
    **620 M                 - Nabi s.a.w meminang Aisyah r.a. 
  622 M                       - Hijrah ke Madinah. 
    **623-624 M / 2 H - Nabi s.a.w menikah / tinggal  dengan Aisyah r.a. 
  632 M / 10 H            - Nabi wafat. 
  672 M / 50 H            - Aisyah r.a. meninggal dunia.

Menurut sejarah, Aisyah r.a. lahir pada 614M, berusia 6 tahun (620M) ketika dipinang Nabi, 9 tahun (623-624M) ketika tinggal bersama Nabi, 18 tahun (632M / 10H) ketika Nabi wafat, dan meninggal dunia ketika berusia 58 tahun (672M / 50H).

Ini berdasarkan pada kenyataan Ibn Sa'd di dalam "Tabaqat", bahawa Aisyah lahir pada tahun keempat ke-Rasulan (614M). Ini bertepatan dengan dua hadis didalam Al-Bukhari:

5.43. 234. Narrated Aishah: The Prophet engaged me when I was a girl of six (years). We went to Madinah and stayed at the home of Bani-al-Harith bin Khazraj. Then I got ill and my hair fell out. Later on my hair grew (again) and my mother, Umm Ruman, came to me while I was playing in a swing with some of my girl friends. She called me, and I went to her, not knowing what she wanted to do to me. She caught me by the hand and made me stand at the door of the house. I was breathless then, and when my breathing became normal, she took some water and rubbed my face and head with it. Then she took me into the house. There in the house I saw some Ansari women who said, “Best wishes and Allah’s Blessing and a good luck.” Then she entrusted me to them and they prepared me (for the marriage). Unexpectedly Allah’s Messenger came to me in the forenoon and my mother handed me over to him, and at that time I was a girl of nine years of age.

5.43. 236. Narrated Hisham’s father: Khadijah died three years before the Prophet departed to Madinah. He stayed there for two years or so and then he married Aishah when she was a girl of six years of age, and he consummated that marriage when she was nine years old.

Bagaimanapun, fakta-fakta sejarah ini setelah dikaji, didapati terdapat beberapa percanggahan berdasarkan hujah-hujah berikut.


HUJAH 1 : SUMBER HADIS

Hadis-hadis di dalam al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, an-Nisa’I and Ibn Majah mencatatkan bahawa Aisyah menikah ketika berumur 6 tahun dan tinggal bersama Nabi ketika berumur 9 tahun.

Namun, kesemua hadis tersebut menggunakan riwayat daripada Hisham dalam perkara ini. Hisham adalah cucu kepada Asma (kakak Aisyah). Hisham banyak mendapat maklumat daripada bapanya, Urwah.

Kebanyakan ulamak seperti Ajurri, Uqayli, Abu al-Aswad and Imam Malik mengatakan bahawa semua riwayat daripada Hisham daripada bapanya berkaitan Aisyah tidak boleh dipercayai, kerana semuanya riwayat tersebut berasal dari Iraq.

Yaqub ibn Abi Shaybah, Ibn Kharash dan Imam Malik, Ajurri, Uqayli dan Abu al-Aswad, semua bersepakat bahawa riwayat Hisham dari Iraq tidak boleh dipercayai, kerana langsung tidak pernah diketahui oleh ulamak-ulamak Madinah.

Imam Malik dan Imam al-Shafie mengatakan: 'Setiap riwayat yang tiada sumber dari Hijaz tiada asasnya, dan tidak boleh dipercayai'.

Tehzibu’l-Tehzib, salah satu buku yang cukup terkenal yang berisi catatan para periwayat hadis, menurut Yaqub ibn Shaibah mencatat : ”Hisham sangat boleh dipercayai, riwayatnya dapat diterima, kecuali apa-apa yang dia ceritakan setelah berpindah ke Iraq ” (Tehzi’bu’l-tehzi’b, Ibn Hajar Al-`asqala’ni, Dar Ihya al-turath al-Islami, 15th century. Vol 11, p.50).

Sebagai makluman, Hisham tinggal di Madinah dan berpindah ke Iraq ketika berusia 71 tahun.

Dalam pernyataan lebih lanjut bahawa Malik ibn Anas menolak riwayat Hisham yang dicatat dari orang-orang Iraq: ”Saya pernah diberitahu bahawa Malik menolak riwayat Hisham yang dicatat dari orang-orang Iraq” Tehzi’b u’l-tehzi’b, IbnHajar Al- `asqala’ni, Dar Ihya al-turath al-Islami, Vol.11, p. 50).

Mizanu’l-ai`tidal, buku lain yang berisi uraian riwayat hidup pada periwayat hadis Nabi s.a.w mencatat: “Ketika masa tua, ingatan Hisham mengalami kemunduran yang teruk” (Mizanu’l-ai`tidal, Al-Zahbi, Al-Maktabatu’l-athriyyah, Sheikhupura, Pakistan, Vol. 4, p. 301)

Jadi, kerana semua hadis berkaitan dengan pernikahan Aisyah berasal dari Iraq dan tidak diketahui langsung oleh ulamak Madinah, maka ianya tidak boleh dipercayai walaupun hadis tersebut memenuhi syarat-syarat di dalam Sihah Sitah.

Ulamak-ulamak hadis amat berhati-hati dengan hadis dari Iraq, kerana banyak direka-reka dan diseleweng oleh puak Syiah. Puak Syiah amat membenci Aisyah r.a dan tidak mustahil mereka mengubahsuai hadis atau mereka-reka hadis berkaitan umur Aisyah untuk memalukan beliau.

Satu-satunya riwayat bukan dari Iraq ialah riwayat Muhammad ibn Shihab al-Zuhri dengan matan yang sama, juga dengan sanad dari bapa Hisham, Urwah. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan samaada al-Zuhri mendengar sendiri dari Urwah. Ibn Hajar dalam menghuraikan al-Bukhari, mengatakan:

Tiada bukti bahawa Muhammad ibn Shihab sendiri berjumpa Urwah secara langsung, namun dibuktikan bahawa beliau ada mendapat maklumat dari sumber yang lain, lebih dari Urwah."

KESIMPULAN: Semua hadis berkaitan perkahwinan Aisyah hanya bersumber dari satu sumber sahaja iaitu Hisham ibn Urwah di Iraq, dan tidak pernah diketahui oleh ulamak Madinah. Kebanyakan ulamak hadis menolak riwayat Hisham yang berasal dari Iraq.


HUJAH 2 : PEMINANGAN AISYAH

Menurut Tabari (juga menurut Hisham ibn `Urwah, Ibn Hunbal and Ibn Sad), Aisyah dipinang pada usia 7 tahun dan mulai berumah tangga (tinggal bersama Nabi) pada usia 9 tahun.

Tetapi, di bahagian lain, Al-Tabari mengatakan: “Semua anak Abu Bakr (4 orang) dilahirkan pada masa jahiliyah dari 2 isterinya.” (Tarikhu’l-umam wa’l-mamlu’k, Al-Tabari (died 922), Vol. 4,p. 50, Arabic, Dara’l-fikr, Beirut, 1979).

Jika Aisyah dipinang pada 620M (Aisyah umur 7 tahun) dan berumah tangga (tinggal bersama Nabi) pada tahun 623/624M (usia 9 tahun), ini bererti bahawa Aisyah dilahirkan pada 613M (selepas zaman jahiliah). Al-Tabari bercanggah dalam penulisannya sendiri, bahawa Aisyah sepatutnya dilahirkan ketika zaman jahiliah, iaitu sebelum tahun 610M.

Jika kita tetap mengunapakai penyataan Al-Tabari bahawa Aisyah memang lahir di zaman jahiliah iaitu sebelum 610M, ertinya Aisyah ketika tinggal bersama Nabi mesti paling kurang telah berusia 13 tahun, bukannya 9 tahun.

 KESIMPULAN: Periwayatan Al-Tabari mengenai umur Aisyah adalah tidak konsisten.


HUJAH 3 : UMUR AISYAH BERBANDING KAKAKNYA ASMA

Menurut Abda’l-Rahman ibn abi zanna’d: "Asma lebih tua 10 tahun dibanding Aisyah" (Siyar A`la’ma’l-nubala’, Al-Zahabi, Vol. 2, p. 289, Arabic, Mu’assasatu’l-risalah, Beirut, 1992).

Menurut Ibn Kathir: “Asma lebih tua 10 tahun dari adiknya [Aisyah]” (Al-Bidayah wa’l-nihayah, IbnKathir, Vol. 8, p. 371,Dar al-fikr al-`arabi, Al-jizah, 1933).

Menurut Ibn Kathir: “Asma melihat pembunuhan anaknya pada tahun 73 H, dan 5 hari kemudian Asma meninggal. Menurut riwayat lainya, dia meninggal 10 atau 20 hari kemudian, atau beberapa hari lebih dari 20 hari, atau 100 hari kemudian. Riwayat yang paling kuat adalah 100 hari kemudian. Pada waktu Asma Meninggal, dia berusia 100 tahun” (Al-Bidayah wa’l-nihayah, Ibn Kathir, Vol. 8, p. 372, Dar al-fikr al-`arabi, Al- jizah, 1933)

Menurut Ibn Hajar Al-Asqalani: “Asma hidup sampai 100 tahun dan meninggal pada 73 atau 74 H.” (Taqribu’l-tehzib, Ibn Hajar Al-Asqalani,p. 654, Arabic, Bab fi’l-nisa’, al-harfu’l-alif, Lucknow).

Menurut sebahagian besar ahli sejarah, Asma, saudara tertua Aisyah, berbeza umur sebanyak 10 tahun. Jika Asma wafat pada usia 100 tahun iaitu tanggal 73 H / 695M, Asma seharusnya berusia 27 ketika hijrah (622M).

Jika Asma berusia 27 ketika hijrah (622M), Aisyah pula seharusnya berusia 17 tahun ketika hijrah kerana beza umur mereka 10 tahun. Dan mengikut kronologi asal diatas, Aisyah mula tinggal bersama-sama Nabi s.a.w pada tahun 623-624M/2H sekaligus membuktikan Aisyah berusia 19 atau 20 tahun ketika mula tinggal serumah bersama Nabi s.a.w., dan bukannya 9 tahun.

Berdasarkan Hajar, Ibn Katir, and Abda’l-Rahman ibn abi zanna’d, terbukti usia Aisyah ketika beliau berumah tangga dengan Rasulullah adalah 19 atau 20 tahun.

Namun pada HUJAH 4 berikutnya Ibn Hajar akan menyanggahi sendiri kenyataannya itu.


HUJAH 4 : UMUR AISYAH BERBANDING FATIMAH

Menurut Ibn Hajar, “Fatima dilahirkan ketika Ka`bah dibangunkan semula, ketika Nabi s.a.w berusia 35 tahun. Fatimah 5 tahun lebih tua dari Aisyah.” (Al-isabah fi tamyizi’l-sahabah, Ibn Hajar al-Asqalani, Vol. 4, p. 377, Maktabatu’l-Riyadh al-haditha, al-Riyadh,1978).

Jika kenyataan Ibn Hajar adalah fakta, bererti Aisyah dilahirkan ketika Nabi berusia 40 tahun. Jika Aisyah dinikahi Nabi s.a.w pada saat usia Nabi 52 tahun, maka usia Aisyah ketika menikah adalah 12 tahun.

KESIMPULAN: Ibn Hajar, Tabari, Ibn Hisham, dan Ibn Humbal bercanggah antara satu sama lain. Jelasnya riwayat mengatakan Aisyah menikah pada usia 9 tahun tidak berasas sama sekali.


HUJAH 5 : PERTUNANGAN AISYAH

Menurut sejarah, sebelum berkahwin dengan Nabi s.a.w, Aisyah merupakan tunangan kepada Jubayr ibn Mut‘im ibn Adi, seorang kafir. Setelah datangnya Islam, ibubapa Jubayr bimbang anaknya akan dipaksa memeluk Islam jika mahu meneruskan perkahwinan kerana Aisyah telah memeluk Islam. Justeru, ibubapa Jubayr telah mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan anak mereka, yang mana Aisyah kemudiannya dikahwinkan dengan Nabi s.a.w.

Satu fakta disini, ialah pertunangan Aisyah dan Jubayr terjadi sebelum kedatangan Islam (jahiliah), kerana setelah Islam datang dan Aisyah memeluk Islam, perkara itu dijadikan alasan oleh ibubapa Jubayr untuk memutuskan pertunangan mereka. Dengan erti kata lain, pertunangan mereka berlaku di zaman jahiliah.

Tetapi, jika dirujuk kronologi asal sejarah seperti diatas, Aishah didapati lahir pada 614M, iaitu selepas kedatangan Islam (610M). Jadi mana mungkin Aisyah boleh lahir pada 614M iaitu selepas kedatangan Islam, sedangkan fakta kukuh mengatakan beliau telah pun bertunang sejak zaman jahiliah lagi?

Jika beliau telah pun lahir sejak zaman jahiliah lagi, ertinya umur beliau pastilah melebihi 6 tahun ketika dipinang Nabi dan melebihi dari 9 tahun ketika tinggal bersama Nabi. Apatah lagi jika sejak zaman jahiliah itu pun beliau sudah bertunang, pastilah umurnya ketika menikah dengan Nabi jauh lebih dewasa lagi.

KESIMPULAN: Aisyah bukan berumur 6 tahun ketika dipinang Nabi dan bukan juga 9 tahun ketika tinggal bersama Nabi, bahkan lebih dewasa dari itu.


HUJAH 6 : KEBIMBANGAN ABU BAKAR

Setelah Hijrah, Nabi s.a.w masih belum juga mengambil Aisyah menjadi isterinya sepenuhnya. Ini membimbangkan Abu Bakar, lantas terus bertanya kepada Nabi sebab penangguhan. Nabi menjawab bahawa dia tidak mempunyai belanja kahwin yang mencukupi untuk diberi kepada Aisyah. Mendengar itu, Abu Bakar lantas membayar sendiri masa kahwin tersebut bagi pihak Nabi serta mengahwinkan Aisyah.

Jika difikir secara logik, apa sangat yang perlu dibimbangkan oleh seorang ayah berkaitan perkahwinan jika anak gadisnya masih muda berusia 9 tahun? Namun berdasarkan kebimbangan Abu Bakar tersebut, lebih munasabah untuk menganggap bahawa Aisyah ketika itu sudah jauh dewasa dan bersedia untuk menikah, mungkin dalam usia 19 tahun, berbanding jika baru berusia 9 tahun.


HUJAH 7 : TAHUN KEWAFATAN AISYAH

Kebanyakan ahli sejarah bersetuju bahawa Aisyah wafat ketika berusia 67 tahun. Bahkan menurut Hisham ibn Urwah, cucu kepada Asma, tahun kewafatan Aisyah adalah pada 50H / 672M.

Khalifa ibn al-Khayyat al-Usfuri dan Imam Ahmad ibn Hanbal juga memaklumkan tarikh yang sama.

Dengan kata lain, jika dipersetujui beliau berusia 67 tahun pada 50H/672M, ertinya beliau telah lahir pada tahun 605M, dan pada Hijrah 622M beliau berusia 17 tahun. Ini sekali lagi membuktikan bahawa beliau berusia 19 tahun ketika bernikah dan tinggal bersama Nabi pada 2H/624M, bukannya 9 tahun.

KESIMPULAN: Aisyah berusia 19 tahun ketika menikah dan tinggal bersama Nabi s.a.w.


HUJAH 8 : SURAH AL-QAMAR

Menurut beberapa riwayat, Aisyah dilahirkan pada tahun kelapan sebelum Hijrah. Tetapi menurut sumber lain dalam Bukhari, Aisyah tercatat mengatakan hal ini: “Saya seorang gadis muda (jariyah dalam bahasa arab)” ketika Surah Al-Qamar diturunkan(Sahih Bukhari, kitabu’l-tafsir, Bab Qaulihi Bal al-sa`atu Maw`iduhum wa’l-sa`atu adha’ wa amarr).

Surat ke-54 dalam al-Quran diturunkan pada tahun kelapan sebelum Hijrah (Bounteous Koran, M.M. Khatib, 1985), menunjukkan bahwa surah tersebut diturunkan pada tahun 614 M. jika Aisyah memulai berumahtangga dengan Rasulullah pada usia 9 di tahun 623/624M, ertinya Aisyah masih bayi yang baru lahir (sibyah dalam bahasa Arab) pada saat Surah Al-Qamar diturunkan.

Menurut riwayat diatas, secara jelas dimaklumkan bahawa Aisyah adalah gadis muda, bukan bayi yang baru lahir ketika pewahyuan Al-Qamar. Jariyah bererti gadis muda yang masih suka bermain. Jadi, Aisyah, telah menjadi jariyah bukan sibyah (bayi), jadi telah berusia 6-13 tahun pada saat turunnya surah Al-Qamar, dan oleh kerana itu sudah pasti berusia 14-21 tahun ketika dinikahi Nabi.

KESIMPULAN: Riwayat ini juga bercanggah dengan sejarah Aisyah berkahwin pada usia 9 tahun.


HUJAH 9 : RAKAN-RAKAN AISYAH

Hadis dari Aisyah r.a:

"Sedang aku bermain dengan permainanku, bersamaku ada kawan-kawanku, dan datang baginda Rasulullah kepadaku, lalu mereka akan keluar meninggalkanku, akan tetapi Rasulullah keluar mendapatkan rakan-rakanku itu dan membawa mereka kembali kerana baginda senang denganku bermain dengan mereka. Kadangkala baginda berkata, “Tinggal di situ, wahai Aisyah,” dan sebelum sempat rakan-rakanku meninggalkanku, baginda akan turut serta dalam permainan kami."(al-Bukhari and Muslim).

Jika Aisyah dan rakan-rakanya adalah kanak-kanak ketika itu, agak tidak munasabah jika mereka berhenti bermain apabila Rasullulah datang. Ini kerana kanak-kanak tidak tahu erti segan atau malu ketika bermain.

Bahkan, Rasulullah terkenal sebagai seorang yang sukakan kanak-kanak, bahkan terdapat riwayat yang menyatakan apabila Rasulullah keluar, kanak-kanak mengerumuni baginda dan menarik tangan baginda untuk diajak bermain.

Jika Aisyah dan rakan-rakannya masih kanak-kanak ketika itu, pasti mereka akan suka dengan kehadiran Nabi, dan bukannya merasa malu lalu menyorok. Ertinya Aisyah pada ketika itu sudah dewasa atau remaja barangkali.

KESIMPULAN: Aisyah bukanlah kanak-kanak kecil ketika tinggal bersama Nabi s.a.w.


HUJAH 10 : TENUNAN AISYAH

Terdapat beberapa hadis mengenai Aisyah menenun langsir dan hamparan yang mana ditegur oleh Nabi kerana mengandungi gambar di atasnya. Kerja-kerja tenunan dan jahitan ini tidak mungkin dilakukan oleh seorang kanak-kanak, malah lebih sesuai sebagai pengisi masa lapang oleh seorang gadis dewasa.


HUJAH 11 : ISRAK DAN MIKRAJ

Antara hadis berkaitan Israk dan Mikraj salah satunya diriwayatkan oleh Aisyah. Peristiwa Israk Mikraj terjadi pada 619M. Jika menurut kronologi asal sejarah, Aisyah lahir pada 614M dan berusia 5 tahun ketika peristiwa itu berlaku. Adalah kurang munasabah bagi kanak-kanak seawal usia itu untuk dapat memberikan gambaran hadis yang jelas dan terperinci berkaitan peristiwa besar Israk Mikraj.

Jika kita bersetuju dengan teori bahawa Aisyah lahir pada 605M, ertinya Aisyah berumur 14 tahun ketika peristiwa Israk Mikraj, dan lebih sesuai dengan kematangannya dalam meriwayatkan hadis tersebut.


HUJAH 12 : PERANG BADAR DAN UHUD

Sebuah riwayat mengenai penglibatan Aisyah dalam perang Badar dikhabarkan dalam hadis Muslim, (Kitabu'l-jihad wa'l-siyar, Bab karahiyati'l-isti`anah fi'l-ghazwi bikafir): Aisyah, ketika menceritakan salah satu moment penting dalam perjalanan selama perang Badar, mengatakan: "ketika kita mencapai Shajarah". Dari pernyataan ini nampak jelas, Aisyah merupakan anggota perjalanan menuju Badar.

Sebuah riwayat mengenai penglibatan Aisyah dalam Uhud tercatat dalam Bukhari (Kitabu'l-jihad wa'l-siyar, Bab Ghazwi'l-nisa' wa qitalihinnama`a'lrijal): "Anas mencatat bahawa pada hari Uhud, orang-orang tidak dapat berdiri dekat Rasulullah. [pada hari itu,] Saya melihat Aisyah dan Umm-i-Sulaim dari jauh, Mereka menyingsingkan sedikit pakaiannya [untuk mencegah halangan gerak dalam perjalanan tersebut."

Di dalam perang Uhud, Aisyah bertugas mengangkut air minuman dari Madinah ke bukit Uhud untuk diberikan kepada para pejuang. Perang Uhud terjadi pada 2H/625M.

Diriwayatkan oleh Bukhari (Kitabu'l-maghazi, Bab Ghazwati'l-khandaq wa hiya'l-ahza'b): "Ibn `Umar menyatakan bahwa Rasulullah tidak mengizinkan dirinya menyertai dalam perang Uhud, pada ketika itu, Ibnu Umar berusia 14 tahun. Tetapi ketika perang Khandaq, ketika berusia 15 tahun, Nabi mengizinkan Ibnu Umar ikut dalam perang tersebut."

Berdasarkan riwayat diatas, (a) kanak-kanak lelaki berusia dibawah 15 tahun akan dipulangkan dan tidak diperbolehkan ikut dalam perang, dan (b) Aisyah ikut dalam perang badar dan Uhud.

KESIMPULAN: Aisyah ikut dalam perang Badar dan Uhud jelas menunjukkan bahawa beliau tidak berusia 9 tahun ketika itu, tetapi pasti melebihi 15 tahun. Ini kerana kanak-kanak lelaki pun hanya dibenarkan menyertai perang jika telah melebihi umur 15 tahun.


HUJAH 13 : KEBIJAKSANAAN AISYAH

Aisyah terkenal sebagai seorang yang bijak dan mahir dalam beberapa bidang. Antaranya syair, perubatan, salasilah dan ilmu al-Quran.

Tidak dapat dinafikan bahawa ilmu Aisyah dalam al-Quran adalah hasil tunjuk ajar suami dan guru terbaik iaitu Rasulullah s.a.w. Namun tiada bukti yang menunjukkan bahawa Rasulullah turut mengajar perubatan dan syair kepada Aisyah. Juga tiada bukti bahawa terdapat guru lain di Madinah yang mengajar Aisyah dalam perkara ini.

Urwah ibn Zubayr ketika dipuji orang kerana bait-bait syairnya, mengatakan bahawa makciknya, Aishah jauh lebih unggul darinya dalam syair.

Rumusan yang boleh dibuat, Aisyah belajar ilmu-ilmu ini daripada ayahnya, Abu Bakar yang juga pakar dalam bidang salasilah dan juga syair. Ini juga membuktikan bahawa Aisyah tidak mungkin meninggalkan rumah (berkahwin) seawal usia 9 tahun kerana jika begitu beliau pasti tidak sempat untuk belajar semua ilmu tersebut daripada ayahnya. Namun jika diguna teori Aisyah keluar dari rumah pada usia 19 tahun, maka cukup masa untuk beliau belajar.


KESIMPULAN AKHIR

Berdasarkan hujah-hujah ilmiah dan percanggahan fakta sejarah yang dibincangkan di atas, maka berikut adalah kronologi yang lebih tepat bagi menggambarkan tahun dan umur Aisyah r.a ketika berkahwin dengan Rasulullah s.a.w:

 570 M                       - Nabi lahir.
   **605 M                 - Aisyah lahir.
 610 M                       - Nabi diangkat menjadi Rasul.
 619 M                       - Khadijah r.a meninggal dunia.
   **620 M                 - Nabi s.a.w meminang Aisyah r.a.
 622 M                       - Hijrah ke Madinah.
   **623-624 M / 2 H - Nabi s.a.w menikah / tinggal dengan Aisyah r.a.
 632 M / 10 H            - Nabi wafat.
 672 M / 50 H            - Aisyah r.a. meninggal dunia.

Dengan kata lain, sepatutnya kronologi yang menepati fakta sejarah adalah Aisyah r.a. lahir pada 605M, dipinang Rasulullah pada 620M ketika berusia 15 tahun, berkahwin pada 623-624M/2H ketika berusia 19 tahun dan wafat pada 50H/672M pada usia 67 tahun.


p/s: Kalau siapa-siapa jumpa mamat ni, tolong picit kerandut telor dia sekuat-kuat hati bagi pihak aku. Terima kasih diucapkan.



Abang Insaf © 2009. Original by Yanku. Modified by Abang