Dalam entry sebelum ini, aku maklumkan yang baru saja mendaftar Facebook. Sama seperti blog, Facebook aku turut dijangkiti penyakit "malas update". Aku lebih banyak melawat wall orang lain dan membuat komen sekali sekala.
Tapi ada satu hal yang aku terperasan dalam seminggu dua ni, munculnya iklan menjana pendapatan "Login Facebook Dapat RM 100 Setiap Hari". Fuuhhh macam best je bisnes ni. Sekali pandang macam skim piramid pun ada. Malangnya aku tak dapat nak komen kat iklan tu sebab selalunya aku terjumpa iklan ni dalam wall member kepada member aku. So tak dapat nak tinggalkan apa-apa komen.
Aku pulak jenis yang ragu-ragu pada apa jua bisnes ala-ala MLM ni. Jadi aku pun buat sikit carian pasal bisnes "Login Facebook Dapat RM 100 Setiap Hari" ni di web Ustaz Zaharuddin. Aku kalau bab-bab perniagaan ni selalunya akan merujuk web ni dahulu. Hasilnya memang ada tulisan Ustaz pasal skim perniagaan ni yang juga dikenali sebagai Infinity Downline. Korang boleh baca di sini.
Kesimpulan oleh Ustaz Zaharuddin, skim bisnes ni patut diharamkan kerana ada melanggar hukum syarak. Pada yang dah terlajak tu, berhenti dan bertaubatlah. Di akhir tulisan ustaz siap bagi lagi cara-cara bertaubat (jika nak buat). Di ruangan komen, ada juga yang menghentam ustaz. Bagi aku benda ni mudah aje, ustaz memberi hukum setelah membuat kajian atas skim tersebut dan berdasarkan ilmu agama yang beliau pelajari. Bukan suka-suka main cakap aje. Jadi kalau korang rasa nak ikut hukum (Islam), berhentilah dari skim ni. Kalau rasa tak nak ikut pun, terpulanglah. Tak perlu nak marah-marah pada ustaz (atau aku). Tapi ingatlah, rezeki Allah yang halal masih luas dan banyak lagi boleh dicari. Biarlah lambat kaya atau tak kaya langsung, asalkan rezeki yang diperolehi halal.
Pada sesiapa yang masih risau kehilangan punca rezeki, renung-renungkanlah ayat Al-Quran dan juga nasihat dari ahli sufi Abu Yazid Al-Bustami di bawah ini. Sekian.
Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan). (Hud : 6)
"Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya". - (Al-Baqarah : 172)
Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman. - (Al-Maidah : 88)
Katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu hukum): Sudahkah kamu nampak baik-buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram dan sebahagian lagi halal? Katakanlah lagi (kepada mereka): Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah?. (Yunus : 59)
Serta Kami katakan: Makanlah dari benda-benda yang baik yang Kami kurniakan kepada kamu dan janganlah kamu melampaui batas padanya, kerana dengan yang demikian kamu akan ditimpa kemurkaanKu dan sesiapa yang ditimpa kemurkaanKu, maka sesungguhnya binasalah ia. (Toha: 81)
Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (rezeki itu) baginya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Al-Ankabut : 62)
Dan sebaliknya apabila dia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (dia tidak bersabar bahkan dia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: Tuhanku telah menghinakan daku! (Al-Fajr : 16)
Abu Yazid Al-Bustami, seorang ahli sufi terkenal, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lalai saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah tidur, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki , Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"
Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah riak mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya."
Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.
Sebagaimana kata Rasulullah,"Sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai keindahan." Namun demikian tidak bererti Islam mengajarkan kemewahan. Islam justeru menganjurkan kesederhanaan. Baik dalam berpakaian, merias tubuh maupun dalam sikap hidup sehari-hari. Nabi sendiri jubahnya seringkali sudah luntur warnanya tapi senantiasa bersih. Umar bin Khattab walaupun jawatannya kalifah, pakaiannya sangat sederhana dan bertambal-tambal. Tetapi keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah, wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Raut mukanya berseri. Tak hairan jika Imam Hasan Al-Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah riak muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.
6 komen:
oh hukumnya haram..bgusla da kuar fatwa macam ni ..kalo tak nanti org keliru
Belum keluar fatwa kebangsaan lagi, tp pendapat Ustaz Zaharuddin. Beliau pernah bekerjasama dgn Majlis Fatwa Kebangsaan dalam meneliti beberapa permasalahan hukum perniagaaan di Malaysia. Beliau adalah pakar perbankan / muamalat Islam dan penulis jemputan di akhbar Mingguan Malaysia?
selalu ada iklan login fb ni kat fb, kadang2 baca gak komen orang yang kena tagged gambar login fb dapat duit tu, banyak bagi komen teringin nak masuk, bukan nak kaji dulu haram ke tak..
Yang tukang buat iklan tu sepatutnya kaji dulu halal haram, baru ajak org join...
kalau yg HyProBulkSMS tu ape cite plak ye? Byk gk iklan tu aku tgk..ala2 ID je..musykil aku..
saya pown ade dga jugak pasal ney.. lagipun saya tak tergerak pown nak ikot, cuma saya nak tanya la, apa yang menyebabkan ia haram ek? dalam ney ada kata bisnes tu ada melanggar hukum syarak, tapi yang bagaimana?
Post a Comment