Dah masuk tahun 2010. Sambutan tahun baru secara tenung jam analog sambil countdown ramai-ramai detik 12 malam dan tengok bunga api dah jadi satu upacara wajib. Dan secara tiba-tiba juga jam besar di tengah bandar yang sebelum ini berkarat tak dicuci cantik tak dipeduli, dapat menunjuk lagak seketika menjadi tumpuan manusia yang datang berbondong-bondong entah dari mana. Agaknya jam pun hairan apa yang ditunggu oleh manusia-manusia ini?
Sambutan Tahun Baru untuk orang Islam adalah Awal Muharam, bukannya 1 Januari. Tapi orang Islam yang nampaknya lebih semangat menyambut 1 Januari, kalah orang bukan Islam. Kalau tak percaya serbulah hotel-hotel (murah) pada malam tahun baru, confirm banyak jumpa budak Melayu je. Yang duk pergi melangut tenung jam pun banyak budak Melayu. Menurut seorang Ustaz yang turun buat operasi malam tu, budak Cina ada la dalam 5 6 orang aje, itu pun tak ada apa kes. Yang lain semua Melayu. Budak Cina banyak yang tengok sambutan ikut TV agaknya, memang bijak.
Sebenarnya tak salah pun kalau manusia (Islam) nak sambut tahun baru Masihi. Nak keluar bersesak-sesak di jalanraya pun tak salah. Nak selang sesaat tenung menara jam tu pun tak salah. Cuma perbuatan yang lagho (sia-sia). Yang salah adalah berkonsert atau berhimpun laki perempuan berhimpit-himpit. Yang salah mabuk-mabuk minum arak. Lagi-lagi salah kalau selepas sambutan pergi cari hotel murah atau semak samun. Dan paling-paling salah kalau...... baca di bawah nanti.
Dengan kekuasaan Allah s.w.t, malam tahun baru 2010 ini juga ada terjadinya gerhana bulan. Pukul 1.27 pagi kalau tak salah aku. Tapi peliknya brader-brader ni tak pulak tenung menara jam waktu 1.27 pagi tu? Mana diaorang pergi masa tu hah? Adakah mereka bersama-sama berpimpin tangan ke masjid untuk solat gerhana berjemaah....... oh tidak. Mungkin mereka sedang memimpin tangan awek masing-masing melayari bahtera indah di celah semak yang biawak pun tak mengaku sarang.
Islam menganjurkan kita untuk memperingati kebesaran Allah sewaktu gerhana dan melakukan solat sunat gerhana. Korang tau ke solat sunat gerhana? Aku percaya kalau disuruh brader-brader yang bersesak pergi tenung jam tu untuk demo solat gerhana, 99% gagal, ntah-ntah yang tak tahu solat langsung pun berlonggok. Solat gerhana tak sama macam solat sunat yang lain kerana adanya 2 kali rukuk setiap rakaat. Confirm banyak yang kantoi punya.
Dan paling aku terkilan sekali, aku sendiri pun tak sempat solat gerhana arrggghhhhhhh.... cilakak. Sebabnya aku tak tau pun akan terjadinya gerhana malam tahun baru tu. Mana aku pernah belajar astronomi dulu nak tau bila gerhana datang. TV dan suratkhabar yang aku harapkan, memang jadi bisu, banyak heboh hal tahun baru la, bunga api la, konsert la. Pasal gerhana, anjuran solat gerhana, cara-cara solat sunat gerhana haram satu pun aku tak nampak. Kalau AF, awal-awal lagi masa sesi pemilihan pun dah heboh, selang setengah jam duk iklan dalam TV. Jadi TV dan suratkhabar yang paling-paling salah sebenarnya. Atau mungkinkah aku yang salah tengok saluran? Astro Ria?
p/s : Apa mimpi aku update blog ni???
0 komen:
Post a Comment