Korg tau ke apa tu ISO? Ala yg slalu ada logo SIRIM tu. ISO ni adalah satu pengiktirafan pada organisasi sbgai simbol bahawa organisasi tu telah menepati satu piawaian antarabangsa dlm apa jua bidang diceburinya. Nak dpt sijil ISO ni bukan mudah, ada prosedur2 dia yg kena ikut, kena buat dokumen, dan kena audit oleh SIRIM dulu. Hari ni kat ofis, spnjang hari ada ceramah penerangan ISO, khusus berkaitan dgn Kawalan Dokumen dan juga Kawalan Rekod. Setiap Ketua Jabatan bersama 2-3 org kakitangan bawahannya dikehendaki hadir ceramah ini. Untuk Jabatan IT, aku, bos dan Tina yg masuk. Ceramah disampaikan oleh Pn. Hajah Rosida daripada UiTM Perak. Untuk pengetahuan semua, organisasi aku ni dlm proses untuk mendapatkan pensijilan bagi MS ISO 9001:2008. Actually kami dah ada dokumen utk ISO 9001: 2000 tp bila versi 2008 keluar, kami tangguh dulu versi 2000 tu. ISO versi 2008 adalah yang paling terbaru dan sehingga blog ni ditulis, belum ada mana2 organisasi dlm Malaysia yang diberi sijil ISO 9001:2008. Jadi kami cuba jadi yg first dlm Malaysia dpt versi 2008 kiranya hehehe cayok cayok!.. Kenapa aku terlibat? Sbb bos aku telah dilantik sebagai Pegawai Pengawal Dokumen (PPD) ISO, dan aku pemangkunya huhu... Susah rupanya tugas PPD ni, kalo boleh nak bagi kat org lain je... Tulun tulun... Penerangan oleh Pn. Rosida mmg jelas dan best, pandai dia guna kuasa pukau smpai staf2 lain x jadi nak tido hihi.
return of Smshahrom
12 years ago
0 komen:
Post a Comment