Friday, April 24, 2009

Jom Heboh? Nak kena penaboh?


Esok dan lusa akan berlangsunglah acara Jom Heboh TV3 di Pengkalan TLDM Lumut. Warga Perak tidak kiralah yang gemuk, kurus, miskin, kaya, tua, muda, jauh dan dekat pasti akan turun memeriahkan acara. Cuma yang pasti, bangsa Melayu paling ramai. Even petang ni pun dah mula aktiviti bersukan MyTV3 dengan penduduk setempat di Padang Astaka, Sitiawan. Rumah aku dengan padang tu dalam 200 meter je. Dekat sangat. Tapi aku memang tak pergi. Sekarang pun aku masih di ofis lagi. Wife aku pun tak pergi. Dia macam aku, tak minat benda-benda macam ni. 

Nama asal Jom Heboh adalah Sure Heboh. Sure Heboh memang dah lama tak masuk Perak, sejak keputusan Majlis Mufti-Mufti Malaysia yang dibuat pada 30 Julai 2004 memutuskan bahawa konsert Sure Heboh TV3 adalah HARAM kerana ia melalaikan dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda. Selepas fatwa tersebut, TV3 mengambil inisiatif dengan menukar perkataan "Sure" kepada "Jom", kononnya yang diharamkan adalah kerana perkataan "Sure"  itu sahaja. Kesian TV3 atas kecetekan agama mereka. Sebenarnya tidak kisahlah perkataan apa pun yang dipakai, itu sekadar nama sahaja. Pengisian program yang sepatutnya dilihat.

Tetapi nampaknya, selepas perubahan tampuk kepimpinan negeri Perak di bawah Dato Dr. Zambry, Jom Heboh dibenarkan semula masuk. Ramai orang tuduh Mufti Perak, Dato Seri Harussani Zakaria berat sebelah, tak berani bersuara. Aku tak nak menuduh melulu macam tu, kerana kita tidak tahu adakah benar Dato Mufti tidak pernah bersuara langsung? Siapa tahu mungkin Dato Mufti  pernah menasihatkan Dato Dr. Zambry berkaitan hal ini. Dan jika Dr. Zambry yang berdegil, apa yang Dato Mufti boleh lakukan lagi? Kuasa Mufti terhad, hanya fatwa yang mampu dikeluarkan.

Ada yang berpendapat, setakat pergi ke gerai-gerai pameran tak mengapa, jangan pergi Konsert sudah. Aku no komen. Bagi aku, apa yang istimewanya gerai-gerai tu sampai bersesak tengah panas pun orang sanggup? Ada jualan barang-barang murah ke? Rasanya tak ada apa pun, selain dapat jumpa selebriti-selebriti dedah aurat penyeri gerai aje.

Bagi yang pergi, mungkin ikut pendapat Dr. Zambry. Bagi yang tak pergi, mungkin ikut pendapat Majlis Mufti. Bagi aku, keputusan Majlis Mufti-Mufti Malaysia pada 2004 tu masih sah dan terpakai, sebab pengisian program TV3 tu tetap tak berubah. Terpulang la pada kita untuk patuh atau tidak. Aku dan wife cetek agama, jadi kami patuh je keputusan Mufti tu, risau juga mati nanti kena *penaboh. Kalo tak disebabkan fatwa pun, memang aku dan wife tak suka beratur-atur, bersesak-sesak dalam cuaca panas. Mungkin aku suka lapang2 kut...


*Penaboh = pukul, belasah, hentam




0 komen:

Abang Insaf © 2009. Original by Yanku. Modified by Abang