Salam semua..
Macam mana nak mula ntah? Sbnrnya kali pertama dan terakhir aku guna blog adalah sekitar Julai 2004 lalu. Mmg sebelum tu pun aku dah celik teknologi blog ni, tp blum smpai seru nak buat. Nak jadikan cerita, kat ofis aku masa tu semua kakitgn jabatan IT ni kena ada buku catatan kerja harian, kira mcm diari la dari pukul 8am smpai 5pm. Tujuannya utk memudahkan bos pantau kerja2 anak buah. Tp disebabkan kami ni org2 IT, jadi x riak ler kalo tulis diari pakai buku, justeru timbul idea bongkak (ntah drpd sapa) utk guna blog. Maka serentak dgn itu bos pun bagi arahan "semua staff buat blog, rekod kerja2 harian dlm tu, nnt saya nak tgk". Maka lahirlah pelbagai blog skema oleh staf2 IT, termasuklah aku. Ayat2 dlm blog mmg skema2 jer, sbb bos nak baca nnt. Ada la dlm bbrp hari je aku ghairah berblog pun, pastu aku dah bz terlampau. Bos pun bz x ada masa layan blog merepek kami tu. Akhirnya blog aku tinggalkan tidak bertuan dan aku pun teruskan life mcm biasa, tanpa blog. Dan dari hari ke sehari, aku dpt perhatikan teknologi blog makin popular. Kalo dulu blog sekadar tmpt luahkan idea, tp skrg blog dh mcm2. Ada jd tmpt tabur fitnah, berita2 terkini, kempen politik, download2 file, jiwang2 dan mcm2 lagi ler. Masa tu usah ckp ler, URL blog aku pun dah lama aku lupa....
Tetapi, sejak kebelakang dan kedepanan ini, aku mcm dihasut2 utk berblog. X tau nape, adakah sbb kempen politik dah mula pakai blog? atau sbb sahabat2 dlm JTKPK makin ramai memperagakan blog mereka? atau sbb mata aku asyik terserempak blog kat skrin PC budak2 praktikal ofis ni? Aku sendiri pun x tau. Cuma aku rasa byk benda aku buat selama ni, x ada direkodkan dan hanya tinggal sejarah. Kdg2 benda ilmiah/muhasabah pun x dpt nak dikongsi dgn org lain, rugi pahala. Tp bila fikir2 balik mcm malas plak nak mula, URL blog pun dah x ingat..
Ptg smlm, masa tgh borak2 dgn sahabat ofis ni, dia bukak cite pasal blog. Katanya dia bukak blog utk business, n wife dia pun ada blog utk share kreativiti. Kata2nya tu menimbulkan tekanan yg amat kuat pd mendula oblangata otak aku ni smpai aku terus order Kopi Red Guara (gaji nnt bayar) drpd dia. Perbualan tu pula aku jadikan alasan utk ghairah berblog semula. Aku tanpa pantauan sesiapa trus memeras otak mencari URL blog lama aku dulu tu. Mcm2 aku try x berjaya. Then aku g kat site blogger dan try fungsi "Lost Password", x berjaya jgk. Atas prinsip "gagal sekali bukan bererti gagal selamanya", aku keep trying smpai senja, baru jumpa. Rupanya2 dulu aku daftar blog ni atas URL "www.abang81.blogspot.com". Terima kasih Power Root.
Sekarang, dah hampir 5 tahun sejak kali terakhir aku menaip blog, kini aku sambung semula. Interface blog aku pun nmpk purba, akan aku tukar dlm masa terdekat Insya Allah. Rasanya byk benda aku nak taip semula dlm blog ni, dan kalo perlu back-dated, aku back-dated. Harap2 semangat semerah padi aku ni akan kekal lama, bukan hangat2 tahi ayam. Jadi kpd shbt2 luar sana silakan terus menyokong blog aku ni (kalo ada penyokong ler). Bak kata Zainal Alam Kadir, "blog siapa kalau bukan blog kita"....
0 komen:
Post a Comment