Friday, July 03, 2009

Labun telah berubah


Semalam dan hari ni ada temuduga terbuka kat ofis aku. Jawatan ditawarkan adalah Pembantu Kesihatan selama 18 bulan. Berduyun-duyun manusia yang datang mencuba nasib.

Dalam ratusan yang datang, aku terserempak dengan seorang sahabat lama. Tapi tak sempat nak borak, sebab dah sampai giliran dia. Tak lama lepas tu, aku try cari dia semula tapi urusetia bilang dia dah balik. Aduh...

Then, tengah aku kusyuk buat kerja, tetiba Wati laung cakap ada orang cari. Aku jenguk keluar, nampak sahabat aku tu tengah melambai. Hah, ada pun..

Sahabat aku ni namanya Huzaimi, tapi masa sekolah dulu kami panggil Labun. Sebabnya dia kuat melabun (sembang sambil mengauta), dan kalo dia mula melabun ramai la yang akan terpengaruh haha.

Last aku tau pasal dia, tengah buat business pertanian. Malah muka dia pernah masuk satu rancangan TV pasal usahawan muda. Bangga jugak aku tengok member masuk TV. Muka aku rancangan kartun pun tak pernah masuk.

Tapi sejak tu aku memang lost contact dengan dia, sebab no handphone dia bertukar. Bila aku tanya adik dia (kerja ofis aku jugak), pun tak tahu. Hebat sungguh ilmu ghaib dia, maklum la dulu dia pernah belajar silat ghaib Chakra Alam. Aku pun pernah, tapi Alam Dan Manusia masa darjah enam dulu.

Sekarang ni Labun makin aktif. Business pertanian dia dah bagi member lain uruskan. Jadi dia lebih banyak berada di kampung sekarang. Berita terbaru dia tengah nak tubuhkan koperasi di kampung tu. Memang gempak.

Labun jugak aktif berpolitik. Masa pilihanraya kecil Bukit Gantang baru-baru ni, dia pun pergi berkempen. Punya hebat sampai naik moto accident langgar lembu. Nasib tak "arwah" katanya.

Dan paling syok sekali, Labun sekarang dah cool down. Dia tak kuat melabun lagi. Dia lebih tenang dan berminat dengan agama sekarang. Perjumpaan kami yang singkat tu, lebih banyak berkisar hal-hal agama.

Banyak benda Labun tanya aku, dari zikir, tareqat, tabligh sampai la Wahabi. Aku jawab apa yang termampu. Apa pun aku seronok dengan perubahan Islamik Labun ni.

Kalau aku cerita kat member-member lain hal Labun ni, mesti diaorang kurang percaya. Tapi itulah hakikatnya. Pada member lama aku semua: Labun dah insaf woi, korang bila lagi??


Mr. Labun




5 komen:

Xpuasati said...

Labun is back.. gua ingat dia dah halimunan buat selamanya... Sejak lepas singgah rumah zack dulu... memang x de khabar berita pasal labun ni. Tapi gua agak konfius sikit la... kalo dah terlebih keje sampai mintak keje lain.. baik bagi gua je projek pertanian dia tu. Atlist dapat jugak gua masuk tv nanti.

Basuh Baju said...

so member tu dpt kerja x?

Basuh Baju said...

so member tu dpt kerja x?

Abang Terrer said...

Entah... result bukan on the spot... kemudian nanti baru tahu...

Abang Terrer said...

Xpuasati:
Mungkin dia nak cari keje sampingan lain kut... business pertanian dah tender pada member, jadi dia relaks kat kg, mungkin rasa jemu...

Abang Insaf © 2009. Original by Yanku. Modified by Abang