Monday, July 06, 2009

Misteri air hujan


Sampai je ofis pagi ni, aku tengok lantai bilik aku bertakung air. Aku syak air hujan, sebab malam tadi hujan lebat. Cuma yang aku tak faham, ini bukan kali pertama area aku dilanda hujan lebat. Sebelum-sebelum ni pun ada, tapi tak pernah pulak sampai banjir bilik aku.

Hasil permerhatian, air bertakung cuma di sesetengah bahagian lantai aje. Bahagian lain mungkin dah kering. Rupanya air tu mengalir hingga ke bilik kiri dan kanan aku. Bilik Isa kena, bila bos pun kena sikit. 

Yang misterinya, dinding dan siling bilik aku tak ada langsung tanda-tanda air bocor. Tingkap semuanya bertutup rapat. Fail-fail aku atas meja semuanya kering. Cuma lantai je bergenang air. 

Seolah-olahnya air datang dari bawah tanah. Bilik aku memang ground floor tapi lokasinya tu tak pernah pula diwartakan sebagai sumber air bawah tanah.

Apapun, nasib makcik cleaner dah tolong mopkan. Technician bahagian bangunan pun dah turun buat siasatan. Dia pun pening kepala macam mana lantai saja yang basah.

"Selalunya kalo ground floor, mungkin paip pecah..." katanya perlahan.

"Tapi kalo paip pecah, akan nampak kesan rekahan dan non-stop mengalir" sambungnya was-was.

"Habis puncanya? " aku tanya tak sabar.

"Entah. Nanti aku bincang dengan yang lebih pakar." dia balas sambil menangkap gambar.

Tak apalah, slow2 siasat ye. Aku syukur sangat sebab fail-fail aku atas meja tu semuanya selamat. Paling aku risau fail ISO, berminggu-minggu aku buat tu. Kalo basah, aku nangis....


Inilah lokasi air bertakung (dah mop). Korang tengok plug letrik
tu rendah je kan? Air tu mengalir sampai ke bilik-bilik sebelah...


Update on 6.00 PM : 
- Tengahari tadi hujan lagi. Air bertakung balik...

Akibat terlalu tension, tanpa disedari 
aku tengah duk main bot kertas atas lantai tu... 


Update on 8 Julai:
- Punca banjir adalah kebocoran paip bawah tanah. Actually mungkin dah lama bocor tanpa disedari. Punca utama paip dah ditutup. Akibatnya kantin tak beroperasi hari ini sebab tiada bekalan air.




Katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir? - Al-Mulk : 30



7 komen:

Anonymous said...

mungkin smlm ada kucing tersesat dlm 2...takut disergah hantu smp terkencing..

miss ahjumma said...

sian en fizal..kalo banjir teruk nanti tmpt lame kosong lg..meh la..

SM Shahrom said...

Nape tak buat kapal selam skali..baru tau dalam ke tak dalam banjir bilik lu..

Abang said...

Kapal selam Malaysia x boleh selam bro.. parking kat port je...

Basuh Baju said...

kapal tu ada komisen x? haha

miss ahjumma said...

Tahniah...
Anda tlh ditagged!!
Terima lah award tu sekali ek..
Sama²..

Abang said...

Basuhbaju:
Mesti ada hahaha

Abang Insaf © 2009. Original by Yanku. Modified by Abang