Aku menyeru semua muslim di Malaysia ini, lupakan sebentar perbezaan politik, pangkat, darjat dan keturunan kita. Marilah sama-sama kita bersatu dan bertegas dalam melarang penggunaan nama Allah oleh puak Kristian ini. Kukuhkan akidah kita, pertahankan agama Islam. Dan ingatlah, setiap apa yang kita niatkan atau lakukan, akan disoal di akhirat kelak oleh Allah s.w.t.
(Keadaan mereka) serupa dengan kaum Firaun dan orang sebelum mereka. Mereka kufur terhadap ayat-ayat Allah, maka Allah menyeksa mereka disebabkan dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah adalah al-Qawiy (Maha Kuat), lagi sangat pedih seksaan-Nya (seksaan Allah). - Al Anfal : 52
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: “Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah”, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. - At Taubah : 38
Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. - At Taubah : 39
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”. - Al Kafirun : 1-6
4 komen:
assalamualaikum..
bro pendapat aku tajuk ko tu agak tak betul la..
how come god is not necessarily Allah? as a muslim i think we should be aware that there is no god except Allah. even in syahadah we would said the same thing.
tak kira samada yang hidup, yang mati, yang bernyawa, yang tak bernyawa, manusia atau jin semuanya tuhannya adalah Allah. samada orang itu muslim atau kafir kita sebagai muslim perlu yakin yang tuhan yang sebenar adalah Allah. Tuhan itu satu dan Allah adalah tuhan sekalian alam.
sukiprattle.com
Wsalam,
Secara kasarnya betul apa yg bro tegur tu. Memang sebagai org Islam akidah kita hanya Allah sajalah Tuhan yang kita iktiraf dan sembah, tiada Tuhan lain lagi. Tapi sebenarnya bro, istilah "Tuhan" itu adalah merujuk kepada jawatan, yg bermaksud sesuatu yg menjadi tumpuan pujaan atau sembahan. Dengan itu setiap agama mempunyai Tuhan (tumpuan sembahan) masing2 contohnya Kristian dgn Tuhan Jesus-nya, Hindu dgn Tuhan Krishna-nya etc. Dan jika kita belajar Sifat 20, ada dihuraikan definisi Tuhan itu sendiri. Pendek cerita, semua berhala2 itu juga "Tuhan" bagi penganut masing2, tetapi tidak sama taraf lgsg dengan "Tuhan" org Islam iaitu Allah kerana sifat2 lain lagi yg ada dijelaskan dalam Sifat 20 itu.
Kalimah syahadah berbunyi "Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah". Ini adalah terjemahan Melayu. Jika ikut terjemahan nahu Arab, yg sebenar adalah "Aku naik saksi bahawa tiada JENIS Tuhan yang disembah melainkan Allah..." "Jenis" disini bermaksud makhluk atau setiap yg diciptakan. Jadi ertinya Tuhan yg "berjenis" (makhluk) seperti Jesus, Krishna etc itu tidak kita sembah lgsg melainkan Allah sahaja kerana Allah bukan makhluk. Ada juga ulamak menterjemahkan kalimah syahadah sebagai "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yg BERHAK disembah melainkan Allah...". Ertinya Jesus, Krishna etc juga Tuhan mengikut kepercayaan penganutnya masing2, tetapi tidak layak atau berhak lgsg disembah mengikut akidah Islam kita kerana ciri2 Tuhan mereka itu yg tidak sempurna, tidak sedikitpun menyamai kesempurnaan Allah s.w.t.
Lagi satu, bro perlu melihat kepada tujuan tajuk itu ditulis, berkaitan isu apa. Isu larangan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian. Di dalam Bible istilah bagi Tuhan adalah God. Jika saya tulis tajuk "Allah is God, God is Allah", seolah2 menyokong puak Kristian utk menterjemahkan God sebagai Allah dalam AlKitab mereka. Tapi jika saya tulis "Allah is God, but God is not necessarily Allah", ertinya secara tidak lgsg saya menafikan permintaan puak Kristian utk menggunakan nama Allah dalam AlKitab mereka. Ini kerana jika diterjemah "God" bererti Tuhan, yg merujuk kepada jawatan, jadi mana logiknya jika mereka mahu menterjemahkan God kepada Allah?
Contohnya Ali adalah seorang jurutera. Jurutera itu adalah jawatan, penyandangnya Ali. Begitu juga Tuhan adalah jawatan, penyandangnya berbeza2 mengikut agama masing2. Allah adalah Tuhan org Islam, Jesus/Tuhan Bapa adalah Tuhan org Kristian. Jadi Kristian patut gunakan Jesus (sebagai penyandang jawatan God) dalam terjemahan mereka, kerana Jesus adalah penyandang jawatan Tuhan dalam agama mereka, kenapa mahu gunakan Allah pula?
Maaflah jika tajuk saya mengelirukan bro. Berkaitan kalimah syahadah tu boleh bro rujuk pada guru2 tauhid untuk lebih penjelasan. Harap huraian ringkas saya ini dapat memuaskan hati bro. Peace.
Nak komen yang sama seperti sukiminna tapi dah ada penjelasan. :)
:)
Post a Comment