Wednesday, April 22, 2009

Latihan MPIS di Kedah


Hari ni aku kena pergi Cinta Sayang Resort, Sg. Petani, Kedah. Ada latihan untuk sistem pemantauan portal, MPIS. Latihan ini dikendalikan oleh pihak Skali Web Services, syarikat yg telah berjaya mendapat kontrak untuk membangunkan semula portal2 agensi kerajaaan. Baha dgn Fiza pulak kena pergi SUK Ipoh, ada meeting technician2 kat sana. Tp aku diberitahu, Fiza x jadi pergi sbb nenek dia meninggal. Takziah aku ucapkan... 

Aku pergi dgn Tina, dan dipandu oleh Abg Sham. Kami bertolak pukul 10 pagi, naik Waja dan sampai Kedah dlm pukul 1 tghari. Tak cakap byk, terus cari kedai makan dulu. Abg Sham bawa kami ke sebuah kedai yg didirikan btul2 sebelah rumah je. Rumah tauke tu rumah teres lot tepi sekali, jadi ruang lebih corner tu dia bubuh bumbung dan wat kedai makan. Byk giler lauk-pauk dia, sama mcm kedai bos aku, Silaturahim kat jalan Teluk Batik tu. Cuma dia x ada sayur dan ulam2 je mcm Silaturahim. Aku bantai sotong besar dgn lempung, tina hentam lauk keli dan abang sham makan apa ntah x ingat. Campur minuman semua jumlah harga RM 11. Hah?? Murah giler!. Abis makan kami trus g Cinta Sayang Resort. Latihan mula pukul 2.30 ptg. Antara PBT yg hadir adalah Kampar, Kuala Kangsar, Batu Gajah dan Tapah. Selesai latihan, sesi soal-jawab dgn Pengarah ICT EPU, En. Abdul Ghani Botok. Byk jgk isu yg dibangkitkan oleh aku dan wakil2 PBT lain.

Pukul 6 ptg kami bertolak balik. Pukul 7.30 mlm singgah jap solat Maghrib kat Masjid An-Nawawi, Pengkalan Baru. Pastu g kedai makan 3R kat Kg. Hujung Pasir. Aku n Tina pekena nasi goreng paprik, Abg Sham balun nasi udang lipan. Pastu sambung perjalanan dlm pukul 9.30 mlm baru smpai umah. Letihnya....

Nota : Gambar Tina tgh "fokus" dgn latihan... 


3 komen:

babysyahirah said...

untuk makluman semua...mase men game tu kusus x stat lagi ye...jgn salah anggap lak...

Abang said...

Kursus dah start pun main jgk hehehe...

babysyahirah said...

smpai ati en fizal memecahkan rahsia... =(

Abang Insaf © 2009. Original by Yanku. Modified by Abang