Thursday, July 16, 2009

Menentukan Arah Kiblat


Salam semua. Sorry wa lama talak update blog. Wa balu balik dari berkursus selama 3 hari di Gerik. Semua aktiviti kursus tersebut akan wa celitakan kemudian.

Ini hari wa cuma mau buat satu pengumuman penting. Berkenaan arah kiblat. 

Dalam satu tahun, ada terjadi 2 kali matahari tepat berada di atas Kaabah. Peristiwa ini kita panggil Istiwa A'dzam (utama). Bila matahari sulah berada tepat di atas Kaabah, bayang-bayang objek yang terbentuk sulah pasti akan menghala ke arah Kaabah. Ini secara tidak langsung adalah penunjuk ke arah kiblat.

Peristiwa ini cuma terjadi 2 kali setahun. Wa kasi sini waktu untuk Malaysia sahaja. Lu olang hafal betul-betul ok.

1)  28 Mei  - 5.16 petang
2)  16 Julai - 5.28 petang

Jadi ini hali peristiwa itu akan terjadi lor. Nanti petang standby, dan check semula lu olang punya kiblat. Mesti mau risau maa, mana tau selama ini lu olang solat tapi kiblat sudah salah meh? Lu olang jangan ketawa kelana wa ada terbaca berita lebih kurang 200 masjid di sekitar Mekah didapati tidak menghadap kiblat. Jadi wa sendili pun ala risau sikalang.

Tapi amcam mau check? Manyak senang kawan.

1)  Cali satu kawasan lapang, yang ada kena pancaran matahari.
2)  Pacak satu tiang secara tegak dan lurus.
3) Kalo lu risau itu tiang talak tegak dan lurus, lu boleh semak ketegakkannya dengan menggunakan benang yang diikat pemberat di puncak tiang tersebut.
4)  Bayang-bayang tiang itulah yang menunjuk tepat ke arah kiblat.

Talak faham? Tidak mengapa. Wa ada curi pinjam satu gambar kasi lu olang tengok.



Sikalang sudah faham? Kalo faham kasi tau lain orang sama ok.


Makluman:

1) Kalo jam tangan lu olang tercepat atau terlambat bebelapa minit pun tidak mengapa, kerana matahari berubah kedudukan cuma suku darjah saja setiap minit. 
2) Kalo lu olang check semalam atau esok, pun tidak mengapa, kerana masa isitiwa berbeza dari sehari ke sehari cuma lebih kurang 10-20 saat sahaja.


SUDUT INFO AGAMA :

1) Empat mazhab utama ASWJ bersepakat menghadap kiblat adalah syarat sah solat.

2) “Apabila kamu berdiri untuk mengerjakan shalat, sempurnakanlah wudhu, kemudian menghadaplah kearah kiblat, lalu bertakbirlah (takbiratul ihram).”(HR Bukhari – Muslim)

3) Sebelum ini, arah kiblat adalah di Baitul Maqdis. Kemudian turun ayat Al-Quran yang memerintahkan agar arah kiblat di Masjidil Haram (Kaabah). Ayat tersebut adalah :

“Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah kelangit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram…”(Al Baqarah : 144)



Saturday, July 11, 2009

Lawatan Sambil Belajar - Day 1 & 2


Halo. Selupa yang wa pernah bagitau lu olang sini, bulan lepas wa punya ofis ala pegi lawatan sambil belajar ke bebelapa tempat.

Kita olang pergi itu Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Lu olang tau ka itu tempat?

Oleh kelana wa punya hotel talak internet, wa talak dapat post aktiviti-aktiviti sukalia di sana.

Jadi sikalang wa ada sikit free time, wa mau backdated itu event lor. So lu olang baca ok...



====================
DAY 1 - Isnin 15/6/09
==================

Jam 9.30 pagi, semua sulah kumpul. Kitaolang pegi naik bas saja maa. Tapi itu bas manyak ngam oo. Wa duduk solang, manyak selesa. En. Sharil lead bacaan doa mau kasi selamat perjalanan. 


Lu olang tengok, muka semua ala sinyum..


Kutu-kutu semua mau belakang lepak..


Kitaolang sampai Damansara sulah tengahari. Telus pergi bangunan KPKT dan masuk dewan perbincangan. Kitaolang dengar taklimat dalipada Menteli sendiri, iaitu Y.A.B Dato' Kong Cho Ha. Tapi Menteli manyak pandai, dia tau kitaolang semua sulah lapar. Dia suluh kitaolang pegi makan dulu, laksa Johor meh..


Lu tengok ini 2 olang hensem boy makan.. manyak sedap


Lepas makan telus masuk dewan


Menteli kasi taklimat sama kitaolang.. ngam weh..


Habis taklimat, kitaolang telus cari hotel. Kita sulah booking itu Subang Valley Hotel maa. Wa dapat bilik sama En Riduan. Manyak sporting punya olang.


Haiyaa semua lebut-lebut mau masuk bilik


Ini wa punya bilik.. amacam ada ong ka?


Makan malam, semua manyak lapar wooo...


Sulah menjamu selela, kitaolang ada wat sikit discussion pasal Strategic Planning. Wa tengok semua olang sudah selupa ular sawa, mau cari bantal tido meh. Tapi apa boleh bikin, keje mesti mau buat lor..


Semua olang pura-pura serius


Lain olang ngantuk, ini amoi gelak manyak, apahal?


Ini olang sulah talak boleh tahan lagi..




====================
DAY 2 - Selasa 16/6/09
==================

Ini hali kitaolang pergi MPSJ. Kitaolang mau tau, apamacam diaolang boleh manyak kaya? Yearly income 200 juta meh. Sampai sana kitaolang diberi taklimat oleh Tuan Setiausaha MPSJ. Manyak hal dia celita sama kitaolang. Then ada satu amoi masuk, wa lasa macam pernah tengok ini amoi. Wa talak sempat mau tanya, dia sulah keluar, haiyaa.


Dalam dewan


Habis taklimat, kitaolang pusing-pusing itu bangunan. Manyak tempat diaolang tunjuk. Wa ada tangkap manyak gambar, tapi talak mau tunjuk semua. Lu mau tengok lu sendiri datang lor.



Ini CCTV Control Room. Ada latus-latus kamera dalam Subang Jaya.
Semua tempat diaolang boleh nampak. Kalo lu mau buang air tepi jalan
pun mesti mau hati2 lor.


Sulah penat round, kitaolang makan. Sambil makan boleh dengar live band, manyak syok woo. Kebetulan itu hali adalah besday Tuan Setiausaha MPSJ. Jadi kitaolang sama-sama sambut.



Kitaolang makan sambil dengar live band


Kitaolang hantam cukup-cukup


Ini amoi la yang nyanyi sama kitaolang... leng oo?


Besday boy "dipaksa" menyanyi lagu P. Ramlee

 
Ada brader nyanyi lagu "Lamunan Terhenti". Dia punya suara manyak
selupa original singer. Wa tengok itu brader betul2.
Haiya cilakak, memang Aris Ariwatan meh. 


Then wa balu tau, Aris Ariwatan memang kerja sama MPSJ maa. Dia incharge bahagian band. Sulah lama wa talak nampak dia dalam TV. Wa ingat dia sulah pencen. 

Macam-macam lagu dia boleh main. Lagipun dia manyak kelakar punya olang. Then MPSJ minta seolang wakil dari ofis wa untuk nyanyi. Wa dengar nama member wa Issa telah dicalonkan (sebab itu hali besday Issa juga). 

Tapi Issa manyak pandai, dia pura-pura terima call, then tlus hilang meh. Kalo talak orang mau nyanyi, ofis wa malu woo. Nasib baik En. Sharil jadi kitaolang punya hero. Walau nervous dia naik jugak itu pentas.


Aris kasi selikit petua darah gemuluh pada En Sharil 



En Sharil hantam lagu "Senyumlah Kuala Lumpur"


Sesi tangkap gambar lamai-lamai.. cari mana wa?



Semua talak malu mau bergambar sama Aris


Sebelum balik, wa jumpa lagi  itu amoi (kanan) dalam dewan tadi.
Baru wa ingat, dia nama Lin member ofis wa dulu-dulu.
 Sikalang dia sulah kawin dan keje MPSJ sini.
Dia jugak sulah kurus meh, leng oo?



Abis selesai urusan di MPSJ, kitaolang semua checkout dan telus bergerak ke Melaka. Kitaolang sampai sudah petang dan check-in Emperor Hotel.


Kitaolang check-in sini, belum tau akan menyesal


Inilah wa punya bilik, sama En. Riduan



Dari bilik wa, view manyak cantek


Lu olang boleh nampak Eye of Melaka?



Waiiha... itu hotel manyak teruk maa. Arah kiblat pun talak, nasib wa ala bawa kompas kiblat. Lain-lain kutu wa talak tau apa macam diaolang solat. 

Itu kepala shower paip pun pecah, air keluar talak straight tapi bercabang-cabang selupa bunga api. Apa macam wa mau basuh air kecil? Air besar? Air-cond manyak slow, wa kena tutup langsir mau kasi sejuk. 

TV talak remote control, kalu lu mau tukar siaran lu kena turun dari katil. Manyak leceh meh.

Paling suwey dia punya lif. Itu hotel manyak tinggi, sampai 22 tingkat. Lif cuma ala 2 saja, itupun manyak kecik. Boleh masuk 10 orang saja meh, cukup ka? Kalang2 tunggu 10 minit pun belum boleh turun lagi. Manyak suwey...

Makan malam kitaolang pergi hantam ikan bakar. Lokasi sana perkampungan terapung, Umbai. Manyak syok woo..


Inilah Umbai. Lokasi memang atas air.
Kitaolang makan di tingkat atas tu. 


Meja telah dibook untuk kitaolang


Inilah antala menu di sini


Lu olang boleh pilih ikan sendili


Meja wa banyak kutu kuat makan.
Letak je makanan telus abis, selupa pirana..


Lu tengok, ada percaya sikalang?


Sulah kenyang, kutu-kutu tayang pelut lor


Tapi ala kutu sangat ekstrim. 
Mau angkat signboard bawa balik.
Mana boleh meh?


Sulah makan kitaolang balik hotel, tido. Esok pagi punya aktiviti mau pergi Taman Botanikal dan Taman Bunga. Mesti manyak penat woo...


p/s: Haiiyaa first time wa post manyak gambar. Manyak penat mau upload...



Monday, July 06, 2009

Misteri air hujan


Sampai je ofis pagi ni, aku tengok lantai bilik aku bertakung air. Aku syak air hujan, sebab malam tadi hujan lebat. Cuma yang aku tak faham, ini bukan kali pertama area aku dilanda hujan lebat. Sebelum-sebelum ni pun ada, tapi tak pernah pulak sampai banjir bilik aku.

Hasil permerhatian, air bertakung cuma di sesetengah bahagian lantai aje. Bahagian lain mungkin dah kering. Rupanya air tu mengalir hingga ke bilik kiri dan kanan aku. Bilik Isa kena, bila bos pun kena sikit. 

Yang misterinya, dinding dan siling bilik aku tak ada langsung tanda-tanda air bocor. Tingkap semuanya bertutup rapat. Fail-fail aku atas meja semuanya kering. Cuma lantai je bergenang air. 

Seolah-olahnya air datang dari bawah tanah. Bilik aku memang ground floor tapi lokasinya tu tak pernah pula diwartakan sebagai sumber air bawah tanah.

Apapun, nasib makcik cleaner dah tolong mopkan. Technician bahagian bangunan pun dah turun buat siasatan. Dia pun pening kepala macam mana lantai saja yang basah.

"Selalunya kalo ground floor, mungkin paip pecah..." katanya perlahan.

"Tapi kalo paip pecah, akan nampak kesan rekahan dan non-stop mengalir" sambungnya was-was.

"Habis puncanya? " aku tanya tak sabar.

"Entah. Nanti aku bincang dengan yang lebih pakar." dia balas sambil menangkap gambar.

Tak apalah, slow2 siasat ye. Aku syukur sangat sebab fail-fail aku atas meja tu semuanya selamat. Paling aku risau fail ISO, berminggu-minggu aku buat tu. Kalo basah, aku nangis....


Inilah lokasi air bertakung (dah mop). Korang tengok plug letrik
tu rendah je kan? Air tu mengalir sampai ke bilik-bilik sebelah...


Update on 6.00 PM : 
- Tengahari tadi hujan lagi. Air bertakung balik...

Akibat terlalu tension, tanpa disedari 
aku tengah duk main bot kertas atas lantai tu... 


Update on 8 Julai:
- Punca banjir adalah kebocoran paip bawah tanah. Actually mungkin dah lama bocor tanpa disedari. Punca utama paip dah ditutup. Akibatnya kantin tak beroperasi hari ini sebab tiada bekalan air.




Katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir? - Al-Mulk : 30



Friday, July 03, 2009

Labun telah berubah


Semalam dan hari ni ada temuduga terbuka kat ofis aku. Jawatan ditawarkan adalah Pembantu Kesihatan selama 18 bulan. Berduyun-duyun manusia yang datang mencuba nasib.

Dalam ratusan yang datang, aku terserempak dengan seorang sahabat lama. Tapi tak sempat nak borak, sebab dah sampai giliran dia. Tak lama lepas tu, aku try cari dia semula tapi urusetia bilang dia dah balik. Aduh...

Then, tengah aku kusyuk buat kerja, tetiba Wati laung cakap ada orang cari. Aku jenguk keluar, nampak sahabat aku tu tengah melambai. Hah, ada pun..

Sahabat aku ni namanya Huzaimi, tapi masa sekolah dulu kami panggil Labun. Sebabnya dia kuat melabun (sembang sambil mengauta), dan kalo dia mula melabun ramai la yang akan terpengaruh haha.

Last aku tau pasal dia, tengah buat business pertanian. Malah muka dia pernah masuk satu rancangan TV pasal usahawan muda. Bangga jugak aku tengok member masuk TV. Muka aku rancangan kartun pun tak pernah masuk.

Tapi sejak tu aku memang lost contact dengan dia, sebab no handphone dia bertukar. Bila aku tanya adik dia (kerja ofis aku jugak), pun tak tahu. Hebat sungguh ilmu ghaib dia, maklum la dulu dia pernah belajar silat ghaib Chakra Alam. Aku pun pernah, tapi Alam Dan Manusia masa darjah enam dulu.

Sekarang ni Labun makin aktif. Business pertanian dia dah bagi member lain uruskan. Jadi dia lebih banyak berada di kampung sekarang. Berita terbaru dia tengah nak tubuhkan koperasi di kampung tu. Memang gempak.

Labun jugak aktif berpolitik. Masa pilihanraya kecil Bukit Gantang baru-baru ni, dia pun pergi berkempen. Punya hebat sampai naik moto accident langgar lembu. Nasib tak "arwah" katanya.

Dan paling syok sekali, Labun sekarang dah cool down. Dia tak kuat melabun lagi. Dia lebih tenang dan berminat dengan agama sekarang. Perjumpaan kami yang singkat tu, lebih banyak berkisar hal-hal agama.

Banyak benda Labun tanya aku, dari zikir, tareqat, tabligh sampai la Wahabi. Aku jawab apa yang termampu. Apa pun aku seronok dengan perubahan Islamik Labun ni.

Kalau aku cerita kat member-member lain hal Labun ni, mesti diaorang kurang percaya. Tapi itulah hakikatnya. Pada member lama aku semua: Labun dah insaf woi, korang bila lagi??


Mr. Labun




Abang Insaf © 2009. Original by Yanku. Modified by Abang