Monday, June 15, 2009

Kenapa tak update blog?


Post aku yang terakhir adalah 4 Jun. Hari ni dah 15 Jun. Ikut ilmu hisab, dah 11 hari aku tak tulis blog. Kenapa?

Ada beberapa sebab sebenarnya. Aku list kat bawah ni:

1) Busy
Ini usah cakaplah, memang sentiasa. Korang pun tau bos aku tengah cuti bersalin. Jadi banyak kerja tanggung. 
Perumpamaan : Berat mata memandang, berat lagi badan aku sekarang ni (sbb x jogging).

2) Cuti
Aku jarang cuti. Tapi minggu lepas aku cuti 3 hari, dari 9hb - 11hb Jun. Sebabnya aku tak sihat. Hidung aku buat hal sikit, macam resdung pun ada.
Perumpamaan : Sepandai-pandai tapir melompat, jatuh ke kubang juga.

3) Balik kampung
Hujung minggu lepas aku balik kampung bini. Kampung dia tak ada internet. Actually rumah aku pun tak ada jgk. Selalunya aku berinternet di ofis je.
Perumpamaan : Hujan pasir di negeri orang. Hujan batu di negeri sendiri. Eloklah di ofis sendiri.

4) Komen
Aku lebih banyak bagi komen kat blog orang lain. Last2 blog aku sendiri tak sempat tulis. 
Perumpamaan : Jaga di tepi kain orang. Tapi sendiri tak pakai kain.

5) Angan-angan
Aku kononnya tak mahu tulis post baru, selagi belum backdated post2 lama (sewaktu aku cuti dan balik kampung tu). Sebabkan angan-angan aku terlampau tinggi, last2 satu post pun tak keluar. 
Perumpamaan : Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran, kaki dah kelenguhan, air minum dah kehabisan.


Dan nak best lagi, jam 9.30 pagi nanti aku dan rakan2 ofis akan bergerak ke Putrajaya. Kami ada lawatan sambil belajar ke Kementerian, Subang Jaya dan Melaka. Berapa lama? Hehe 4 hari, dari 15hb hingga 18hb Jun. 

Korang doa2kanlah hotel sana ada wifi...



4 komen:

Xpuasati said...

Sesibuk-sibuk abang terer akhirnye melancong jua...

Seburu-buruk blog lu, blog gua jua akhirnye buruk...

Siapa la opis lu, kalo lu tak de..

sekecil2 hati kuman, hati gua lebih tak puas hati ngan lu sebab pergi melancong... gua jelous giler ni..

SM Shahrom said...

aku takde bende nak komen, cume please update your blog frequently..
best tak ko gi melaka.aku ingat nak gi jalan-jalan sane..

Basuh Baju said...

abang terer boleh kerja DBP buat peribahasa baru..haha

Abang said...

SM Shahrom :
Besttt.......

Basuh baju :
Err... itu satu pujian ke?

Abang Insaf © 2009. Original by Yanku. Modified by Abang