Monday, June 22, 2009

Puasa Rejab?


Aku terbaca dalam satu site di internet, berkaitan kelebihan puasa bulan Rejab. Kalo aku bukak emel pun, rasanya benda-benda macam ni yang banyak. Maklumlah, bulan Rejab makin hampir. Tiap-tiap tahun memang begini. Tak cukup dalam emel, kadang-kadang melalui Yahoo Mesengger pun ada aku terima. Aku percaya korang semua pun dapat dan mungkin turut sama menyebarkannya.

Tapi pernah tak korang semua terfikir, apakah hadis-hadis berkaitan kelebihan bulan Rejab ni benar? Adakah sumber hadis tersebut ada disertakan sekali? Pernah tak korang saja rajin-rajin buat kajian? Atau korang jenis yang memang tak kisah, cuma "cut n paste" aje?

Aduh, sebenarnya memang malas kalo nak tulis semula bab ni. Dulu aku pernah tulis panjang berjela dalam satu forum, sekarang dah tak ingat kat mana. Tapi kalo tak tulis, rasa macam tak kena pula. Mahu tak mahu kena tulis jugak la.

Sebelum tu, ini adalah hadis yang dimaksudkan :

Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini..........BULAN REJAB

Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.
Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang memb ac a selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan so lat malam satu tahun."


Amacam? Best tak kelebihan puasa di bulan Rejab? Apa? Korang dah tak sabar tunggu bulan Rejab tiba? Dah tak sabar nak puasa? Eh nanti-nanti... Rileks dulu brother.. Tarik nafas panjang-panjang, lepas... Tarik nafas lagi, lepas... Tarik lagi dalam-dalam, tahan, dan sila mula membaca khutbah aku bawah ni...

Berkenaan hadis-hadis kelebihan bulan Rejab, harap semua pembaca sila berhati-hati. Banyak yang sebenarnya daif, palsu dan tiada asas. Bulan Rejab adalah sama seperti bulan-bulan Islam yang lain. Memang tak menjadi  kesalahan kalo kita nak berpuasa pada bulan Rejab, tapi janganlah kerana menganggap terdapatnya kelebihan-kelebihan tertentu khas di bulan Rejab itu sahaja. Kalo ada kelebihan pun, ianya cuma disebabkan Rejab adalah salah satu daripada bulan-bulan haram dalam Islam. 

Menurut Syeikh `Atiyyah Saqr (Bekas Pengerusi Lajnah Fatwa Al-Azhar): 

"Adalah disunatkan berpuasa pada bulan suci atau Al-Ashhur Al-Hurum (Bulan Haram) termasuk bulan Rejab. Baginda S.A.W diriwayatkan telah menyuruh sahabat2 R.A berpuasa di dlm Ashhur Al-Hurum. Baginda S.A.W menggalakkan berpuasa 3 hari pada setiap bulan. Oleh yg demikian, berpuasa di bulan Rejab adalah harus tetapi tiada hadith yang sahih menyatakan tentang berpuasa di bulan Rejab secara khusus, sbg contohnya, berpuasa pada hari pertama Rejab mendapat sekian pahala (fadhilat tertentu).” 

Menurut Al-Saqr lagi bahawa:

"Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Mohammad bin Hajar Asqalaani meletakkan didalam risalahnya dengan topiknya : Penjelasan yg datang didalam Fadilat Rejab, pengumpulan jumhur Hadis menyebut mengenai Fadilat-Fadilat Rejab, Puasa dan Solat didalamnya. Ia dikelaskan sebagai Lemah dan Mawdhu"

Tiada nas bahawa Rasululah banyak berpuasa dalam bulan Rejab. Yang ada cuma bulan Syaaban, hadis daripada Aisyah r.a :

“Aku tidak pernah melihat Nabi S.A.W. berpuasa penuh sebulan melainkan dibulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat baginda banyak berpuasa melainkan dibulan Syaaban”. (Riwayat al-Imam al-Bukhari, Kitab Puasa:1969, al-Imam Muslim, Kitab Puasa: 1156)

Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengatakan bahawa fadilat Rejab adalah sama seperti yg terdapat didalam 3 bulan-bulan Haram yg lain. Katanya :

"tidaklah ada kesahihan didalam bulan Rejab, melainkan ia merupakan salah satu dari bulan-bulan haram, bahawa Allah swt telah menyebut didalam kitabnya - didalamnya ada 4 bulan haram - Al-Taubah:36. Iaitu Rejab, Zulqaedah, Zulhijah dan Muharram....Itulah bulan-bulan yg mempunyai fadilat. Tidak terdapat Hadis Sahih bahawa Rejab khusus mengatakan Rejab lebih afdal, melainkan Hadis Hasan: Sesungguhnya Nabi saw banyak berpuasa didalam Sya'ban.."

Al-Hafiz Ibn Haja berkata dlm kitabnya, Tabayyun Al-`Ajab Bimaa Wurida Fi Fadl Rajab: 

“Tidak ada satu hadith yg sahih mengenai puasa di bulan rajab atau berpuasa pada hari khusus di bulan rajab, atau qiyamulail yg khusus di bulan ini. Imam Abu Ismaa’eel Al-Harawi Al-Haafiz juga telah berkata perkara yg sama sebelum aku, dan kami juga meriwayatkan dari yang lain.”

Para ulama’ hadith telah menyenaraikan antara ciri-ciri mengenali hadith palsu adalah mubalaghat (melampau) dalam sesuatu. Dalam perkara ini apa yang melampau ialah amal ibadah yang tidak seberapa membawa kepada ganjaran yang besar. Contohnya dengan berpuasa sehari 27 Rejab, mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa. Fadilat begini seolah2 mcm dah melebihi fadilat puasa bulan Ramadhan pulak.

Di awal hadis lagi sudah boleh diketahui ianya palsu, kerana menyebut Rejab adalah bulan Allah. Terdapat sebuah hadis palsu lain yang hampir sama bunyinya iaitu :

“Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”.

Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah, Halab , Syria)


Aku cuma mahu berpesan (ntah kali ke berapa dah) pada pembaca-pembaca, berhati-hatilah sebelum "copy n paste" apa-apa hadis, terutamanya yang berkaitan dengan fadhail amal (kelebihan amalan). Ini kerana terlalu banyak hadis-hadis berkaitan hal ini yang daif atau palsu. Takutlah kita kepada amaran Nabi s.a.w :

“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka)

Kata al-Imam Ibn al-Salah : 

“Tidak halal kepada sesiapa yang mengetahui ianya hadis palsu meriwayatkannya dalam apa bentuk sekalipun, melainkan disertai dengan menerangkan kepalsuannya” (Ibn al-Salah,`Ulum al-Hadis, m.s.98)


Begitu juga dengan fadilat malam Nisfu Syaaban. Banyak hadis-hadis yang palsu. Hadis dhaif (ada pendapat mengatakan tidak sahih) yang saya ketahui cumalah :

"Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci)". - Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain.


Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Syaaban:
 
“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid.
Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka. 

(Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut ).


Beliau juga pernah menyatakan :

"Tentang malam Nisfu Syaaban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam Nisfu Syaaban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi s.a.w. hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini, tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah salah.



KESIMPULAN : 

1) Tidak ada fadilat KHAS yg ditujukan pada bulan Rejab, yangg ada cuma fadilat umum kepada ke empat-empat bulan haram. (Al-Saqr, Al-Qardhawi)

2) Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yang lain, disunatkan melakukan puasa sunat dan banyakkan bertaubat. ( Imam Al-Sya'rawi)

3) Berpuasalah secara biasa pada bulan Rejab (sunat Isnin-Khamis dan 3 hari pertengahan bulan), dan BUKAN berpuasa sepenuhnya dalam bulan tersebut.

4) Hadis sahih berkaitan malam Nifsu Syaaban memang ada, tetapi amalan-amalan dan doa-doa khusus pada malam tersebut TIDAK ADA.

Wallahualam.


Sumber : Internet dan buku-buku agama



7 komen:

Basuh Baju said...

esok puasa sunat la..jimat duit..dan dapat keredhaan.. :)

Abang said...

Hehe..

Anonymous said...

kt mktb dlu siap ad pose 1 rejab lg,,rmai2 student pose,,tp xde plk ustaz2 o ustazah kte pape,siap join lg..cmne 2..??

Farhana said...

salam, thx fizal membetul ape yg tak btul.. tp tu la.. amalan ni mmg dah lama kan.. mngkin kt kene betulkan sume2 ni balik.. :) akak dah refer link fizal pada org yg baca tuu hehe...

Abang said...

Liebe Dich:
Ustaz tu cuma posa sunat biasa je kut, korg yg pandai2 posa sunat Rejab hehe...

Nana:
X apa, sama2 saling mengingati...

alizankamar said...

oh..baru sya paham....
terima kasih atas teguran abang terrer

Abang said...

Tak apa... sama2 mengingati..

Abang Insaf © 2009. Original by Yanku. Modified by Abang