Tuesday, June 30, 2009

Hari Bersama Pelaggan


Hari ni ada program "Agensi Kerajaan Bersama Pelanggan". Sebagai sebuah organisasi utama yang memberikan khidmat kepada rakyat, ofis aku wajib terlibat sama.

Program ini adalah hasil kehendak MB Perak, Y.A.B Dato' Dr. Zambry sendiri. Ada dua sesi iaitu pagi dan petang. Sesi pagi bertempat di Arena Square, Pengkalan Bahru. Petang pulak di Pusat Latihan Pertanian, Lekir.

Agenda utama program ini adalah :

1) Memberi peluang kepada rakyat mendapat perkhidmatan terus di kaunter khas agensi
2) Sesi soal jawab Menteri Besar dan pemimpin bersama rakyat

Jadi banyaklah agensi kerajaan yang membuka kaunter pada hari ni. Tugas aku adalah untuk membuat persiapan sistem komputer di Pengkalan Bahru. Kononnya akan naik kenderaan pejabat seawal jam 7 pagi. Terconggok aku tunggu, sapa pun tak ada. Rupanya ada miscommunication pada driver, last-last jam 8 lebih baru bertolak.

Bila sampai lewat, biasa la, kelam kabut sikit. Anyway laptop pun dipasang dan sistem komputer beroperasi dengan jayanya. Orang ramai dah mula membanjiri kawasan pameran sambil menunggu ketibaan MB.

MB sampai dalam jam 9 lebih dan terus masuk dewan sebelah. Antara pemimpin lain yang hadir adalah ADUN Pengkalan Bahru, Y.B Dato' Hamdi bin Abu Bakar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Y.B Dato' Dr. Abdul Rahman bin Hashim.

Antara kaunter yang best adalah kaunter kami (semestinya), kaunter KEMAS (ada rawatan facial RM15) dan juga kaunter Kesihatan (checkup penyakit percuma).

Tapi pemenang kaunter paling laku adalah kaunter Makcik Jual Air. Jam baru pukul 11 pagi, dah settle produknya, terutamanya air tebu. Sebabnya cuaca pagi tu agak panas, dan tiada kipas disediakan. Kalau nak sedap sikit kena masuk dewan, dapat la jugak rasa tempias air-cond. 

Banyak juga warga kampung yang datang bertanya soalan pada Menteri Besar. Dato' Zambry beri jaminan semua soalan akan diberi jawapan on the spot jika boleh, atau selewat-lewatnya 2 minggu.

Dalam tengahari, banyak agensi dah mula tutup kaunter. Semua hendak mengikut MB ke Lekir pula bagi sesi petang. Kami pun kemaskan barang dan terus ke Lekir. Nasib baik disana dah ada team lain yang handle, kami cuma hantar barang pameran dan terus balik semula ke ofis. 

Sampai ofis semua rasa lega, kena air-cond puas-puas...


Inilah suasana di Arena Square, Pengkalan Bahru


Inilah kaunter ofis aku.. canggih tak?


Pantang tak ada customer, nak bergambar aje..


Suasana dalam dewan dialog


Trivia :
1) Ramai tak tahu, kaunter kami buat potongan kompaun parking sebanyak 50%.
2) Kaunter kesihatan tak ada nurse-nurse muda, ceh.
3) Melalui kaunter Pendaftaran, baru diketahui IC orang asli dulu2 berbentuk besi nipis bulat berlubang. 
4) Semua petugas lain makan nasi yang disediakan oleh urusetia kecuali kami, ofis belikan lain.
5) Semua orang tertunggu-tunggu jika ada soalan politik diajukan pada MB, tapi tiada.
6) Ketika pulang kami ikut jalan Changkat Kruing - Kg. Merbau. Rasanya dah 10 tahun aku tak lalu jalan tu.



0 komen:

Abang Insaf © 2009. Original by Yanku. Modified by Abang