Thursday, June 04, 2009

Pondan Chulan mengganas!


Dalam merayau alam siber ni, aku terbaca satu berita pelik. Pasal pondan. Pondan memang dah sedia pelik. Tapi pondan yang mengganas, bertambah-tambah lagi pelik.

Benda ni terjadi dalam bulan April lepas. Ada masuk suratkhabar MalayMail dan The Star. Suratkhabar Melayu entah masuk ke tidak. Setahu aku, pondan adalah lelaki yang nak jadi macam perempuan, malu-malu dan control ayu gitu. Tapi pondan yang aku baca ni lain. Dia ganas dan hobinya adalah memukul wanita lain tanpa sebarang sebab tertentu. 

Pondan ganas ni selalu kelihatan berkeliaran di Jalan Raja Chulan, maka digelarlah "Pondan Chulan". Motif keganasannya? Tidak diketahui. Namun ada cakap-cakap belakang ianya disebabkan dendam. Dendam pada perempuan, sebab dia cuba nak jadi full perempuan tapi tak boleh. Ini serupa kes iri hati kronik yang bertukar menjadi ganas.

Setakat ni, 4 wanita dan seorang remaja dah jadi mangsa. Walaupun pondan, gaya belasahan yang digunakan suspek adalah gaya seorang lelaki tulen. Pondan ini berbakat dalam menumbuk muka dan menendang punggung mangsa. Ada juga antara mangsa luka di kening akibat cakaran pondan tersebut. Polis hingga kini masih belum dapat mengenalpasti jenis seni bela diri yang diamalkan suspek.

Ketika diaju soalan berkaitan, pakar cabut lari bela diri, Mahaguru Abang Terrer menyatakan, "Seni bela diri lelaki seperti Judo, Taekwondo dan Silat memang keras dan berbahaya. Seni bergaduh perempuan seperti tarik rambut, cakar muka dan ganyang-mengganyang pula memang telah diakui efektif dan turut digeruni lelaki. Jadi apabila kedua-dua unsur ini digabungkan, maka terhasilah sejenis seni bela diri pondan yang amat-amatlah ditakuti. Wallahualam."

Tapi sampai sekarang, Pondan Chulan belum berjaya diberkas. Kalau ditangkap pun, penjara manakah dia akan dihantar? Penjara lelaki atau perempuan?


Inilah antara mangsa amukan. 
Tengok lebam dia, korang bayangkan kederat pondan tu..


Demi pembaca sekalian, aku telah bersusah payah menjalankan misi menjejak dan mengintip Pondan Chulan yang ganas itu. Misi tahap A ini, walaupun berbahaya, tapi demi keseronokan pembaca, aku tempuhi juga. Dan inilah hasilnya, gambar Pondan Chulan yang digembar-gemburkan itu. Kalau korang jumpa, larilah. Jangan cuba melanggan pula. Haram


Inilah Pondan Chulan.. awasi amukannya!



Berikut adalah komen daripada orang awam :

"Pondan? Ada orang tuduh gua melanggan pondan. Gua memang anti-pondan. Dulu gua bagi kurus badan, niat gua nak tackle awek. Tapi pondan yang tunjuk minat. Bukan salah gua. Gua fed up terus kawin dan pergi Johor." - En. Xpuasati

"Aku memang risau dengan pondan ni. Selalu diaorang ushar2 aku. Diaorang dah la kuat-kuat, ditangkapnya aku, naya je nanti. Minta simpang aku jumpa pondan tu." - En. SM Sharom

"Alaa kat ofis ni pun ada jugak geng2 "lelaki lembut". Baik je diaorang tu aku tengok. Takkan la ada pondan ganas macam tu sekali? Ada ke?" - Atie  

"Aku dulu masa kerja KFC Shah Alam, duduk serumah dengan pondan. Bukan seorang, tapi 3 4 orang. Selalu diaorang belai-belai rambut aku, belanja aku makan, dan dakap aku. Bagi aku biasa je tu, rakan sesama lelaki. Tak gitu?" - Yeop (kawan lama aku)

"Pondan? Nak aku tolong bedah bagi normal?" - Liebe Dich


SUDUT INFO AGAMA :

Apa itu khunsa :

Khunsa dari bahasa Arab bermaksud ‘lembut’. Dari sini timbulnya istilah kaum lembut, mak nyah atau pondan. Menurut kamus dewan, pondan ialah lelaki yg memiliki sifat perempuan atau sebaliknya (perempuan yg memiliki sifat lelaki).

Menurut syara’: khunsa ialah seseorang yang diragui seksnya (jantinanya) sama ada mempunyai kedua-dua alat kelamin lelaki dan perempuan, atau tiada langsung alat kelamin dan hanya mempunyai lubang untuk membuang air kecil. - Mausua’ah Fiqhiyyah Kuwaitiah: 20/22 ; Mu’jam Lughatul Fuqaha’: m/s 201 


Sebab terjadinya khunsa :

Manusia khunsa adalah ciptaan Allah s.w.t juga. Namun ada hadis yang menyatakan antara punca terjadinya khunsa adalah disebabkan berlakunya persetubuhan ketika haid. Sepertimana yang kita tahu, persetubuhan ketika haid adalah haram hukumnya. Walaubegitu, bukanlah bermaksud khunsa itu terjadi hanya disebabkan oleh faktor ini sahaja semata-mata. Banyak faktor-faktor lain lagi yang memungkinkan terjadinya khunsa.


Kategori khunsa :

- Menurut Syaikh Hasanain Muhammad Makhluf, Fatwa Darul Ifta’, ada dua jenis khunsa: khunsa ghair musykil (khunsa yg senang ditentukan kecenderungan seksnya; dan khunsa musykil (yang sukar ditentukan).

- Imam Nawawi telah mengatakan bahawa khunsa ada dua jenis iaitu pertama, yang ada dua alat kelamin, wanita dan lelaki, kedua, yang tidak mempunyai sebarang alat tersebut selain jalan keluar najis sahaja. Adapun khunsa jenis pertama ini dapat dikenali dengan cara kencingnya, kalau kencingnya melalui alat kelamin lelaki sahaja maka dia dikira lelaki atau sebaliknya maka dia dikira wanita. Tetapi kalau kedua-duanya berhenti serentak maka perlulah dilihat mana yang dulu keluar. Sekiranya ia bermula serentak maka dikira dengan yang paling terkemudian selesainya. Tetapi kalau yang satu alat itu terlebih dulu berfungsi maka yang dahulu itulah yang dikira dan diambil hukumnya dan kalau bersama pada kedua-duanya (keluar dan berhenti ) maka dikira termasuk dalam hukum khunsa musykil yang mempunyai hukumnya yang khusus. Begitu juga haidnya. Tetapi disyaratkan keadaan itu berulangkali berlakunya sebagaimana apa yang ditetapkan oleh Syaikhan (Nawawi dan Shafie). Adapun hukum khunsa musykil itu panduannya kenalah diambil dengan cermat dan selamat serta ditinggalkan apa yang diragui pada hak mereka, iaitu seperti hukum wanita dalam masalah masuk bilik mandi air panas, cukur kepala, bulu ari-ari, azan dan iqamat, aurat, kafan, pengurusan jenazah dan lain-lain. Manakala dalam beberapa masalah lain dia dikira seperti lelaki, iaitu dalam hukum memakai pakaian sutera, perhiasan emas dan berdiri semasa menjadi imam bagi kaum wanita di depan mereka, bukan di tengah mereka seperti imam wanita biasa kerana dikhuatiri mereka dari kalangan lelaki dan haram mengkhatankan mereka atas satu pendapat. Demikianlah hukum yang lain-lain lagi. Wallahualam.


Menukar jantina :

Menukar jantina ialah menukar jantina seseorang melalui proses pembedahan dari lelaki menjadi perempuan, atau dari perempuan menjadi lelaki, atau dari khunsa menjadi salah satu dari dua jantina.

Perlu dinyatakan di sini bahawa terdapat dua bentuk pembedahan menukar jantina, iaitu:

1. Taghyir atau Tabdil (Menukar jantina)
2. Takmil (Menyempurnakan jantina)


Taghyir atau Tabdil :

Seorang lelaki yang sempurna/normal kejadian jantina luarannya (alat seksnya-zakar) bersesuaian dengan organ jantina dalaman, kemudian dia menukar jantinanya kepada jantina wanita. Atau seorang wanita yang kejadian jantina luarannya (faraj) sempurna/normal dan bersesuaian dengan organ jantina dalamannya, kemudian dia menukar jantinanya kepada jantina lelaki.


Takmil :

1. Seorang dilahirkan dengan dua alat kelamin (zakar dan faraj), kemudian dia melakukan pembedahan untuk mematikan salah satu dari dua alat kelaminnya, dengan menghidupkan yang satu lagi. Dia menghidupkan salah satu alat kelaminnya bersesuaian dengan organ kelamin dalamannya. Tujuan pembedahan ini ialah untuk memperjelaskan identiti jantinanya yang sebenar.

2. Seseorang dilahirkan dengan alat kelamin yang tidak sempurna, contohnya keadaan zakar seorang lelaki atau faraj seorang wanita tidak berlubang. Lalu dia menjalankan pembedahan untuk membuat lubang di bahagian yang sepatutnya.


Hukum menukar jantina :

1. Taghyir atau Tabdil = HARAM
2. Takmil = HARUS


Status selepas menukar jantina menurut syara' :

1. Taghyir (mengubah) = maka mereka tetap dengan status asal jantinanya. Walaupun seseorang perempuan selepas pembedahan telah menjadi seorang lelaki, namun Islam masih memandangnya sebagai seorang wanita. Dari itu apa sahaja hukum-hakam berlaku ke atasnya sebagai seorang wanita, bukan lelaki. Samada hukum-hakam mengenai warisan, aurat, perkahwinan dan sebagainya.

ii. Takmil = maka mereka berstatus dengan jantina selepas proses bedah dijalankan. Segala hukum-hakam berjalan menurut status tersebut.



Hukum berkahwin bagi khunsa :

Sebelum mereka dibenarkan berkahwin, jantina mereka hendaklah ditentukan terlebih dahulu berdasarkan fitrah (semulajadi) mereka yang hakiki. Pakar genetik dan perubatan hendaklah mengesahkan status mereka samada lelaki atau perempuan. Jika sudah pasti mereka dibenarkan menjalani rawatan hormon dan pembedahan jantina. Selepas alat kelamin itu berfungsi dengan baik, maka mereka boleh melansungkan perkahwinan seperti biasa. Inilah fatwa al-Azhar, Syaikh Ali Jadul Haq.


Kedudukan khunsa di dalam saf solat :

Jumhur menetapkan khunsa berada di barisan ke tiga :

1) Lelaki dewasa
2) Kanak-kanak lelaki
3) Khunsa
4) Wanita 

-(al-Mughny, 2/42) Berdasarkan hadis umum dari Abu Daud, Sunan, 1/181.



13 komen:

Xpuasati said...

Tak sangka sekarang ni pondan pun dah pandai mengganas. Dah alang2 ganas baik diaorang ni jadi lelaki tulen je..

SM Shahrom said...

hmm..sejak bile aku di interview dan memberi jawapan yang bagus skali..tapi serously member aku pernah mati kene belasah ngan sekompolan pondan kat sabah..

miss ahjumma said...

mcm yg aku sy ckp td ms di intebiu..rupe2nye..kat kantin pd td pun terserempak ngan pondan yg dimaksudkan..lalu mereka melambai²kan tgn ala² pramugari air asia...

Abang said...

Nampaknya pondan Sabah lagi bahaya.. takut..

deja said...

hahaha....nak tgelak pun ade..gerun banget pun ade....arap2 MANJUNG xde la geng pondan ganas siot nih!!

miss ahjumma said...

uihh..yg manjung ni siap pandai men netball tau..seyess!!
skali men mcm jantan daa...

Jay Harun said...

uh,dah la aku dulu rajin jalan kaki kt situ....nasib baik skang dah jadi pemalas jalan kaki....

Basuh Baju said...

cakap pasal pondan ni- aku sgt risau. sebab aku budak debat. dan debat adalah tempat pondan2 ni merekrut 'anak2' ikan mereka..

camne agaknya nak tangani masalah ni ye?

Abang said...

Macam debat leh ada kaitan dgn pondan? Cite skit..

Xpuasati said...

Mungkin selalu basuh baju sambil berdebat kot..

hai said...

hehehe...nama pon pondan,kebanyakkannya lelaki yang sengaja memondankan diri,dah tentulah kederatnya jantan sejati.auw!auw! kononya lembut lebih pada pompuan,tapi lakonan semata... yang peliknya ramai lelaki2 hampeh yang tergoda...berlambak pompuan2 kat dunia ni,diorang tak nampak...yang palsu juga jadi pilihan..dunia..dunia..akhir zaman!

zahara sufian said...

wah..agak terasa saye dengan term 'pondan chulan' dan 'Raja Chulan'. waaaa... sebab nama bapak saya Raja Chulan. =( dan Raja Chulan yang sebenar tok moyang saya =( tapi takpe la, it wasnt a reference to them pun.. huhu

Abang said...

Zahara sufian:

Cerita ini tiada niat utk menyinggung perasaan sesiapa pun. Harap maaf hehe.

By the way, Pondan Chulan x sama dgn Raja Chulan.

Abang Insaf © 2009. Original by Yanku. Modified by Abang