Tadi aku agak terlewat ke masjid untuk solat Jumaat. Masa nak parking kereta dengar imam dah angkat takbir. Kelam kabut aku berlari sampai lekang kasut sebelah.
Bukan apa lewat, hidung aku buat hal hari ni, asyik meleleh je dari pagi. Nampaknya resdung aku tahap kronik jugak ni. Tapi apa pun aku masih sempat juga berdiri rakaat pertama bersama imam.
Habis solat, aku dengar bunyi riuh rendah kat perkarangan masjid. Ramai jemaah berkerumum. Aku syak ada kes curi motor atau kereta. Aku pergi dekat-dekat sikit.
Dari celah-celah orang ramai aku nampak ada dua orang brader polis, tengah soal siasat seorang brader yang duduk atas kerusi luar masjid. Brader duduk tu berbaju kemeja hitam, seluar jeans dan kasut kelabu, rambut pendek tapi mengerbang. Sekali tengok macam orang kerja ofis, dua kali tengok macam Mat Pit pun ada. Keliling dia penuh manusia duk terjenguk-jenguk. Aku start pasang telinga.
Fuh, kes curi duit tabung masjid rupanya. Bukan tabung besar dalam masjid, tapi tabung kecil yang bergerak-gerak semasa bacaan khutbah tu.
Aku tengok ada seorang brader baju Melayu hijau, badan kecik, muka bengang giler, berdiri tepi Mat Pit tu. Walau dihalang polis, sekali-sekali aku tengok dia sempat debik badan Mat Pit. Rupanya suara dia yang aku dengar terpekik-pekik dari dalam masjid tadi. Aku syak dia yang tangkap brader Mat Pit tu.
Depan Mat Pit tu ada seorang lagi brader ketayap merah putih. Aku syak dia AJK masjid. Dia pun banyak bertanya jugak.
Antara perbualan yang aku dapat dengar:
Mat Pit : Aku belum ambil lagi la, aku baru je nak ambil.
Brader ketayap : Abis tadi orang nampak kau buat apa? Kau tahu, masjid ni aku yang jaga tau.
Pastu aku tak dengar perbualan diaorang...
Mat Pit : Bukan aku nak curi. Aku lapar sangat, berapa hari tak makan..
Brader tepi aku : Badan besar, sihat, bukan nak pergi kerja. (sambil menggeleng kepala)
Pastu aku tak dengar jelas...
Brader baju hijau : Dia ni kes pecah kereta sekali? Kurang ajar %*#$@.. (sambil mendebik2 Mat Pit)
Pastu polis bagitau nak bawa ke balai. Minta siapa-siapa tolong buat kes. Then ada sorang brader polis lain kebetulan solat situ, dia heret Mat Pit bawa ke balai polis.
Sambil diaorang berjalan aku nampak sesekali brader polis tu lempang muka Mat Pit. Mesti sebab Mat Pit tu banyak mulut. Kalau aku di tempat dia, baik diam je.
Mula-mula ringan je tangan aku nak tangkap gambar, tapi fikir-fikir balik, buat aib orang, tak elok. Sepanjang aku solat kat Masjid Sitiawan tu, tak pernah lagi dengar atau nampak kes curi duit tabung masjid. Ini pertama kali. Setakat curi selipar tu, biasa la kan...
5 komen:
Masjid sitiawan pun dah ada pencuri, ini la pekembangan yang gua x suka dgr. kalo gua ada kat situ.. mau gua fliying kick mat pit tu.
aik, keje kat mpm semayang kat masjid sitiawan..agak terkejut jgak le kes ni..aku dah lame tak smayang kat masjid sitiawan, slalu smayang kat dewan mpm manjung due to masjid manjng tgh renovate. kalau aku jadi polis aku lempang jgak mamat tu...(ooppss confius...name aku mamat jgak..)
Aku kalo lapar balik umah makan nasik.. so trus solat masjid Sitiawan...
aku macam kesian kat mat pit..nape perlu ke balai dan buat report?
nape tak bagi dia makan?
bukankah dgn cara itu hatinya mungkin tersentuh?
kita patut bimbing bukan menghukum..
kalau asyik nak debik je. apa yg dapat?
ini baru orang di masjid..kalau orang di jalan raya bagaimana agaknya?
sekdar pandangan..
Basuh baju:
Sebab muka dia tak macam org kelaparan.. macam Mat Pit... gua syak kalo bagi duit pun bukan dia beli nasik, tp beli ganja..
Post a Comment