Tuesday, June 23, 2009

PPSMI untuk semua sekolah?


Isu PPSMI memang telah lama dan hangat diperkatakan. Rata-rata ahli akademik membantah PPSMI ini. Begitu juga aktivis-aktivis bahasa Melayu. Bukan sahaja bantahan bertulis, bahkan hingga ke tahap demonstrasi aman (walau tak berapa aman) dah dibuat. 

Walau kerajaan ada berjanji untuk membuat kajian semula, tapi hingga kini belum ada tanda-tanda PPSMI akan dimansuhkan. Aku tak nak komen apa lagi, sebab dah cukup rasanya korang baca ribuan komentar berkaitan isu ini dalam internet.

Cuma aku tertarik dengan tulisan Pn. Ainon di sini. Jika benar kerajaan menganggap PPSMI super penting untuk kecemerlangan pendidikan, kenapa tidak dibuat menyeluruh? Kenapa ada diskriminasi dalam pelaksanaannya? Ini aku memang pelik. Kat bawah ini adalah salinan tulisan Pn. Ainon tersebut:


Diskriminasi Kejam dalam Pelaksanaan PPSMI: SRJK(C) Diberi Layanan Istimewa

Semasa dasar PPSMI mula-mula diumumkan, parti GERAKAN membantah keras dasar itu kerana ia akan menyebabkan kesan negatif terhadap mutu pendidikan di sekolah-sekolah Cina, dan mengancam budaya Cina. Parti MCA (yang terkenal sebagai parti Cina kaya) tidak membantah kerana parti itu didominasi oleh pemimpin-pemimpin yang berpendidikan Inggeris dan kayaraya.

Tetapi, permuafakatan lebih 600 buah pertubuhan pendidikan dan kebudayaan Cina yang bersatu di bawah nama Dong Ziong telah menghasak MCA supaya menolak PPSMI, dan akhirnya kerana takut hilang sokongan, MCA juga turut menolak.

Apabila parti GERAKAN dan MCA semakin kuat menentang PPSMI, disebabkan Tun Mahathir takut perpaduan dalam Barisan Nasional (BN) akan lemah, maka sekolah-sekolah Cina dibenarkan terus mengajarkan sains dan matematik dalam bahasa Cina.

Pada sebelah petang, sekolah-sekolah Cina mengadakan kelas tambahan di mana murid-murid di SRJK(C) mengulang pelajaran sains dan matematik itu dalam bahasa Inggeris. Inilah yang menyebabkan murid-murid sekolah Cina kekal faham apa yang mereka pelajari walaupun bahasa Inggeris mereka lemah.

Perkara yang sama tidak diizinkan bagi guru-guru di sekolah Melayu dan sekolah-sekolah Tamil. Mereka sama sekali tidak dibenarkan mengajar dalam bahasa Melayu ataupun bahasa Tamil, walaupun murid-murid melopong.

Para pejuang bahasa dan pendidikan Melayu juga turut bangun menentang dasar PPSMI  tetapi Tun Mahathir menggelapkan apa jua maklumat berkenaan perjuangan itu daripada dilaporkan dalam media yang dikontrol oleh BN. 

MCA dan GERAKAN kemudian meminta pula supaya buku-buku teks sains dan matematik bagi SRJK(C) dicetak menggunakan 2 bahasa, iaitu bahasa Cina dan bahasa Inggeris. Ini membolehkan murid-murid di sekolah Cina langsung tidak ada masalah membaca buku teks mereka, kalau tidak faham teks Inggeris, teks Cinanya ada.

Kelulusan buku teks dwi-bahasa untuk SRJK(C) itu diluluskan oleh bekas menteri pelajaran Datuk Hishamuddin Hussein.

Perkara yang sama tidak diizinkan untuk sekolah-sekolah Melayu dan Tamil. Buku teks sains dan matematik semata-mata dalam bahasa Inggeris, meskipun murid melopong.

Diskriminasi antara SRJK(C) dengan SRJK dan SRJK(T) ini masih berterusan hingga pada saat entri ini ditulis. 

Puan Ainon Mohd 
Presiden, 
Universiti Terbuka PTS 
ainon@pts.com.my 




Aku menyeru pembaca semua, selalulah beringat dengan ayat Quran ini :

"Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam) dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam)..." - (Al-Fath : 29)


1 komen:

Basuh Baju said...

PPSMI? hmm..tak tahulah nak cakap apa. dah letih dah..

aku rasa dari segi ideanya bagus. tapi realitinya hampeh. adek2 aku pening asyik2 tukar. last2 habuk pun tarak..

Abang Insaf © 2009. Original by Yanku. Modified by Abang