Tuesday, June 30, 2009

Hari Bersama Pelaggan


Hari ni ada program "Agensi Kerajaan Bersama Pelanggan". Sebagai sebuah organisasi utama yang memberikan khidmat kepada rakyat, ofis aku wajib terlibat sama.

Program ini adalah hasil kehendak MB Perak, Y.A.B Dato' Dr. Zambry sendiri. Ada dua sesi iaitu pagi dan petang. Sesi pagi bertempat di Arena Square, Pengkalan Bahru. Petang pulak di Pusat Latihan Pertanian, Lekir.

Agenda utama program ini adalah :

1) Memberi peluang kepada rakyat mendapat perkhidmatan terus di kaunter khas agensi
2) Sesi soal jawab Menteri Besar dan pemimpin bersama rakyat

Jadi banyaklah agensi kerajaan yang membuka kaunter pada hari ni. Tugas aku adalah untuk membuat persiapan sistem komputer di Pengkalan Bahru. Kononnya akan naik kenderaan pejabat seawal jam 7 pagi. Terconggok aku tunggu, sapa pun tak ada. Rupanya ada miscommunication pada driver, last-last jam 8 lebih baru bertolak.

Bila sampai lewat, biasa la, kelam kabut sikit. Anyway laptop pun dipasang dan sistem komputer beroperasi dengan jayanya. Orang ramai dah mula membanjiri kawasan pameran sambil menunggu ketibaan MB.

MB sampai dalam jam 9 lebih dan terus masuk dewan sebelah. Antara pemimpin lain yang hadir adalah ADUN Pengkalan Bahru, Y.B Dato' Hamdi bin Abu Bakar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Y.B Dato' Dr. Abdul Rahman bin Hashim.

Antara kaunter yang best adalah kaunter kami (semestinya), kaunter KEMAS (ada rawatan facial RM15) dan juga kaunter Kesihatan (checkup penyakit percuma).

Tapi pemenang kaunter paling laku adalah kaunter Makcik Jual Air. Jam baru pukul 11 pagi, dah settle produknya, terutamanya air tebu. Sebabnya cuaca pagi tu agak panas, dan tiada kipas disediakan. Kalau nak sedap sikit kena masuk dewan, dapat la jugak rasa tempias air-cond. 

Banyak juga warga kampung yang datang bertanya soalan pada Menteri Besar. Dato' Zambry beri jaminan semua soalan akan diberi jawapan on the spot jika boleh, atau selewat-lewatnya 2 minggu.

Dalam tengahari, banyak agensi dah mula tutup kaunter. Semua hendak mengikut MB ke Lekir pula bagi sesi petang. Kami pun kemaskan barang dan terus ke Lekir. Nasib baik disana dah ada team lain yang handle, kami cuma hantar barang pameran dan terus balik semula ke ofis. 

Sampai ofis semua rasa lega, kena air-cond puas-puas...


Inilah suasana di Arena Square, Pengkalan Bahru


Inilah kaunter ofis aku.. canggih tak?


Pantang tak ada customer, nak bergambar aje..


Suasana dalam dewan dialog


Trivia :
1) Ramai tak tahu, kaunter kami buat potongan kompaun parking sebanyak 50%.
2) Kaunter kesihatan tak ada nurse-nurse muda, ceh.
3) Melalui kaunter Pendaftaran, baru diketahui IC orang asli dulu2 berbentuk besi nipis bulat berlubang. 
4) Semua petugas lain makan nasi yang disediakan oleh urusetia kecuali kami, ofis belikan lain.
5) Semua orang tertunggu-tunggu jika ada soalan politik diajukan pada MB, tapi tiada.
6) Ketika pulang kami ikut jalan Changkat Kruing - Kg. Merbau. Rasanya dah 10 tahun aku tak lalu jalan tu.



Monday, June 29, 2009

Aku kena tag..


Tadi masa check blog, aku perasan ada mesej kat shoutmix aku, daripada setiasahabat. Katanya aku dah kena tag, dan aku kena jawab. Huh? Apa tu?

Aku sebenarnya tak pernah ditag dan tak tahu pun apa benda tag ni. Cuma aku tau bila kita ditag, kita kena buat apa yang disuruh (walaupun tak wajib). Selalunya ada beberapa soalan yang kita kena jawab.

Kalo malu bertanya sesat jalan. Jadi aku tanya la Wati, apa mende tag ni? Bila dah diexplain, baru aku faham sikit. Jadi sekarang aku jawab yek, setiasahabat.

1) Copy gambar amal islam di atas..

- Ya, aku dah copy dan pamer dalam post ni..


2) Pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama....

- Banyak sgt la 10 org... kalo tengok link kawan aku pun cuma ada 2 orang je.. Apapun aku tag je dulu, entah diaorang akan jawab ke tidak huhu...



Oklah setiasahabat, aku dah jawab. Harap berpuas hati ye...



Tuesday, June 23, 2009

PPSMI untuk semua sekolah?


Isu PPSMI memang telah lama dan hangat diperkatakan. Rata-rata ahli akademik membantah PPSMI ini. Begitu juga aktivis-aktivis bahasa Melayu. Bukan sahaja bantahan bertulis, bahkan hingga ke tahap demonstrasi aman (walau tak berapa aman) dah dibuat. 

Walau kerajaan ada berjanji untuk membuat kajian semula, tapi hingga kini belum ada tanda-tanda PPSMI akan dimansuhkan. Aku tak nak komen apa lagi, sebab dah cukup rasanya korang baca ribuan komentar berkaitan isu ini dalam internet.

Cuma aku tertarik dengan tulisan Pn. Ainon di sini. Jika benar kerajaan menganggap PPSMI super penting untuk kecemerlangan pendidikan, kenapa tidak dibuat menyeluruh? Kenapa ada diskriminasi dalam pelaksanaannya? Ini aku memang pelik. Kat bawah ini adalah salinan tulisan Pn. Ainon tersebut:


Diskriminasi Kejam dalam Pelaksanaan PPSMI: SRJK(C) Diberi Layanan Istimewa

Semasa dasar PPSMI mula-mula diumumkan, parti GERAKAN membantah keras dasar itu kerana ia akan menyebabkan kesan negatif terhadap mutu pendidikan di sekolah-sekolah Cina, dan mengancam budaya Cina. Parti MCA (yang terkenal sebagai parti Cina kaya) tidak membantah kerana parti itu didominasi oleh pemimpin-pemimpin yang berpendidikan Inggeris dan kayaraya.

Tetapi, permuafakatan lebih 600 buah pertubuhan pendidikan dan kebudayaan Cina yang bersatu di bawah nama Dong Ziong telah menghasak MCA supaya menolak PPSMI, dan akhirnya kerana takut hilang sokongan, MCA juga turut menolak.

Apabila parti GERAKAN dan MCA semakin kuat menentang PPSMI, disebabkan Tun Mahathir takut perpaduan dalam Barisan Nasional (BN) akan lemah, maka sekolah-sekolah Cina dibenarkan terus mengajarkan sains dan matematik dalam bahasa Cina.

Pada sebelah petang, sekolah-sekolah Cina mengadakan kelas tambahan di mana murid-murid di SRJK(C) mengulang pelajaran sains dan matematik itu dalam bahasa Inggeris. Inilah yang menyebabkan murid-murid sekolah Cina kekal faham apa yang mereka pelajari walaupun bahasa Inggeris mereka lemah.

Perkara yang sama tidak diizinkan bagi guru-guru di sekolah Melayu dan sekolah-sekolah Tamil. Mereka sama sekali tidak dibenarkan mengajar dalam bahasa Melayu ataupun bahasa Tamil, walaupun murid-murid melopong.

Para pejuang bahasa dan pendidikan Melayu juga turut bangun menentang dasar PPSMI  tetapi Tun Mahathir menggelapkan apa jua maklumat berkenaan perjuangan itu daripada dilaporkan dalam media yang dikontrol oleh BN. 

MCA dan GERAKAN kemudian meminta pula supaya buku-buku teks sains dan matematik bagi SRJK(C) dicetak menggunakan 2 bahasa, iaitu bahasa Cina dan bahasa Inggeris. Ini membolehkan murid-murid di sekolah Cina langsung tidak ada masalah membaca buku teks mereka, kalau tidak faham teks Inggeris, teks Cinanya ada.

Kelulusan buku teks dwi-bahasa untuk SRJK(C) itu diluluskan oleh bekas menteri pelajaran Datuk Hishamuddin Hussein.

Perkara yang sama tidak diizinkan untuk sekolah-sekolah Melayu dan Tamil. Buku teks sains dan matematik semata-mata dalam bahasa Inggeris, meskipun murid melopong.

Diskriminasi antara SRJK(C) dengan SRJK dan SRJK(T) ini masih berterusan hingga pada saat entri ini ditulis. 

Puan Ainon Mohd 
Presiden, 
Universiti Terbuka PTS 
ainon@pts.com.my 




Aku menyeru pembaca semua, selalulah beringat dengan ayat Quran ini :

"Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam) dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam)..." - (Al-Fath : 29)


Monday, June 22, 2009

Puasa Rejab?


Aku terbaca dalam satu site di internet, berkaitan kelebihan puasa bulan Rejab. Kalo aku bukak emel pun, rasanya benda-benda macam ni yang banyak. Maklumlah, bulan Rejab makin hampir. Tiap-tiap tahun memang begini. Tak cukup dalam emel, kadang-kadang melalui Yahoo Mesengger pun ada aku terima. Aku percaya korang semua pun dapat dan mungkin turut sama menyebarkannya.

Tapi pernah tak korang semua terfikir, apakah hadis-hadis berkaitan kelebihan bulan Rejab ni benar? Adakah sumber hadis tersebut ada disertakan sekali? Pernah tak korang saja rajin-rajin buat kajian? Atau korang jenis yang memang tak kisah, cuma "cut n paste" aje?

Aduh, sebenarnya memang malas kalo nak tulis semula bab ni. Dulu aku pernah tulis panjang berjela dalam satu forum, sekarang dah tak ingat kat mana. Tapi kalo tak tulis, rasa macam tak kena pula. Mahu tak mahu kena tulis jugak la.

Sebelum tu, ini adalah hadis yang dimaksudkan :

Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini..........BULAN REJAB

Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.
Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang memb ac a selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan so lat malam satu tahun."


Amacam? Best tak kelebihan puasa di bulan Rejab? Apa? Korang dah tak sabar tunggu bulan Rejab tiba? Dah tak sabar nak puasa? Eh nanti-nanti... Rileks dulu brother.. Tarik nafas panjang-panjang, lepas... Tarik nafas lagi, lepas... Tarik lagi dalam-dalam, tahan, dan sila mula membaca khutbah aku bawah ni...

Berkenaan hadis-hadis kelebihan bulan Rejab, harap semua pembaca sila berhati-hati. Banyak yang sebenarnya daif, palsu dan tiada asas. Bulan Rejab adalah sama seperti bulan-bulan Islam yang lain. Memang tak menjadi  kesalahan kalo kita nak berpuasa pada bulan Rejab, tapi janganlah kerana menganggap terdapatnya kelebihan-kelebihan tertentu khas di bulan Rejab itu sahaja. Kalo ada kelebihan pun, ianya cuma disebabkan Rejab adalah salah satu daripada bulan-bulan haram dalam Islam. 

Menurut Syeikh `Atiyyah Saqr (Bekas Pengerusi Lajnah Fatwa Al-Azhar): 

"Adalah disunatkan berpuasa pada bulan suci atau Al-Ashhur Al-Hurum (Bulan Haram) termasuk bulan Rejab. Baginda S.A.W diriwayatkan telah menyuruh sahabat2 R.A berpuasa di dlm Ashhur Al-Hurum. Baginda S.A.W menggalakkan berpuasa 3 hari pada setiap bulan. Oleh yg demikian, berpuasa di bulan Rejab adalah harus tetapi tiada hadith yang sahih menyatakan tentang berpuasa di bulan Rejab secara khusus, sbg contohnya, berpuasa pada hari pertama Rejab mendapat sekian pahala (fadhilat tertentu).” 

Menurut Al-Saqr lagi bahawa:

"Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Mohammad bin Hajar Asqalaani meletakkan didalam risalahnya dengan topiknya : Penjelasan yg datang didalam Fadilat Rejab, pengumpulan jumhur Hadis menyebut mengenai Fadilat-Fadilat Rejab, Puasa dan Solat didalamnya. Ia dikelaskan sebagai Lemah dan Mawdhu"

Tiada nas bahawa Rasululah banyak berpuasa dalam bulan Rejab. Yang ada cuma bulan Syaaban, hadis daripada Aisyah r.a :

“Aku tidak pernah melihat Nabi S.A.W. berpuasa penuh sebulan melainkan dibulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat baginda banyak berpuasa melainkan dibulan Syaaban”. (Riwayat al-Imam al-Bukhari, Kitab Puasa:1969, al-Imam Muslim, Kitab Puasa: 1156)

Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengatakan bahawa fadilat Rejab adalah sama seperti yg terdapat didalam 3 bulan-bulan Haram yg lain. Katanya :

"tidaklah ada kesahihan didalam bulan Rejab, melainkan ia merupakan salah satu dari bulan-bulan haram, bahawa Allah swt telah menyebut didalam kitabnya - didalamnya ada 4 bulan haram - Al-Taubah:36. Iaitu Rejab, Zulqaedah, Zulhijah dan Muharram....Itulah bulan-bulan yg mempunyai fadilat. Tidak terdapat Hadis Sahih bahawa Rejab khusus mengatakan Rejab lebih afdal, melainkan Hadis Hasan: Sesungguhnya Nabi saw banyak berpuasa didalam Sya'ban.."

Al-Hafiz Ibn Haja berkata dlm kitabnya, Tabayyun Al-`Ajab Bimaa Wurida Fi Fadl Rajab: 

“Tidak ada satu hadith yg sahih mengenai puasa di bulan rajab atau berpuasa pada hari khusus di bulan rajab, atau qiyamulail yg khusus di bulan ini. Imam Abu Ismaa’eel Al-Harawi Al-Haafiz juga telah berkata perkara yg sama sebelum aku, dan kami juga meriwayatkan dari yang lain.”

Para ulama’ hadith telah menyenaraikan antara ciri-ciri mengenali hadith palsu adalah mubalaghat (melampau) dalam sesuatu. Dalam perkara ini apa yang melampau ialah amal ibadah yang tidak seberapa membawa kepada ganjaran yang besar. Contohnya dengan berpuasa sehari 27 Rejab, mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa. Fadilat begini seolah2 mcm dah melebihi fadilat puasa bulan Ramadhan pulak.

Di awal hadis lagi sudah boleh diketahui ianya palsu, kerana menyebut Rejab adalah bulan Allah. Terdapat sebuah hadis palsu lain yang hampir sama bunyinya iaitu :

“Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”.

Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah, Halab , Syria)


Aku cuma mahu berpesan (ntah kali ke berapa dah) pada pembaca-pembaca, berhati-hatilah sebelum "copy n paste" apa-apa hadis, terutamanya yang berkaitan dengan fadhail amal (kelebihan amalan). Ini kerana terlalu banyak hadis-hadis berkaitan hal ini yang daif atau palsu. Takutlah kita kepada amaran Nabi s.a.w :

“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka)

Kata al-Imam Ibn al-Salah : 

“Tidak halal kepada sesiapa yang mengetahui ianya hadis palsu meriwayatkannya dalam apa bentuk sekalipun, melainkan disertai dengan menerangkan kepalsuannya” (Ibn al-Salah,`Ulum al-Hadis, m.s.98)


Begitu juga dengan fadilat malam Nisfu Syaaban. Banyak hadis-hadis yang palsu. Hadis dhaif (ada pendapat mengatakan tidak sahih) yang saya ketahui cumalah :

"Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci)". - Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain.


Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Syaaban:
 
“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid.
Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka. 

(Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut ).


Beliau juga pernah menyatakan :

"Tentang malam Nisfu Syaaban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam Nisfu Syaaban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi s.a.w. hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini, tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah salah.



KESIMPULAN : 

1) Tidak ada fadilat KHAS yg ditujukan pada bulan Rejab, yangg ada cuma fadilat umum kepada ke empat-empat bulan haram. (Al-Saqr, Al-Qardhawi)

2) Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yang lain, disunatkan melakukan puasa sunat dan banyakkan bertaubat. ( Imam Al-Sya'rawi)

3) Berpuasalah secara biasa pada bulan Rejab (sunat Isnin-Khamis dan 3 hari pertengahan bulan), dan BUKAN berpuasa sepenuhnya dalam bulan tersebut.

4) Hadis sahih berkaitan malam Nifsu Syaaban memang ada, tetapi amalan-amalan dan doa-doa khusus pada malam tersebut TIDAK ADA.

Wallahualam.


Sumber : Internet dan buku-buku agama



Friday, June 19, 2009

Pencuri tabung masjid


Tadi aku agak terlewat ke masjid untuk solat Jumaat. Masa nak parking kereta dengar imam dah angkat takbir. Kelam kabut aku berlari sampai lekang kasut sebelah. 

Bukan apa lewat, hidung aku buat hal hari ni, asyik meleleh je dari pagi. Nampaknya resdung aku tahap kronik jugak ni. Tapi apa pun aku masih sempat juga berdiri rakaat pertama bersama imam.

Habis solat, aku dengar bunyi riuh rendah kat perkarangan masjid. Ramai jemaah berkerumum. Aku syak ada kes curi motor atau kereta. Aku pergi dekat-dekat sikit.

Dari celah-celah orang ramai aku nampak ada dua orang brader polis, tengah soal siasat seorang brader yang duduk atas kerusi luar masjid. Brader duduk tu berbaju kemeja hitam, seluar jeans dan kasut kelabu, rambut pendek tapi mengerbang. Sekali tengok macam orang kerja ofis, dua kali tengok macam Mat Pit pun ada. Keliling dia penuh manusia duk terjenguk-jenguk. Aku start pasang telinga.

Fuh, kes curi duit tabung masjid rupanya. Bukan tabung besar dalam masjid, tapi tabung kecil yang bergerak-gerak semasa bacaan khutbah tu. 

Aku tengok ada seorang brader baju Melayu hijau, badan kecik, muka bengang giler, berdiri tepi Mat Pit tu. Walau dihalang polis, sekali-sekali aku tengok dia sempat debik badan Mat Pit. Rupanya suara dia yang aku dengar terpekik-pekik dari dalam masjid tadi. Aku syak dia yang tangkap brader Mat Pit tu. 

Depan Mat Pit tu ada seorang lagi brader ketayap merah putih. Aku syak dia AJK masjid. Dia pun banyak bertanya jugak.

Antara perbualan yang aku dapat dengar:

Mat Pit : Aku belum ambil lagi la, aku baru je nak ambil.
Brader ketayap : Abis tadi orang nampak kau buat apa? Kau tahu, masjid ni aku yang jaga tau.

Pastu aku tak dengar perbualan diaorang...

Mat Pit : Bukan aku nak curi. Aku lapar sangat, berapa hari tak makan..
Brader tepi aku : Badan besar, sihat, bukan nak pergi kerja. (sambil menggeleng kepala)

Pastu aku tak dengar jelas...

Brader baju hijau : Dia ni  kes pecah kereta sekali? Kurang ajar %*#$@.. (sambil mendebik2 Mat Pit)

Pastu polis bagitau nak bawa ke balai. Minta siapa-siapa tolong buat kes. Then ada sorang brader polis lain kebetulan solat situ, dia heret Mat Pit bawa ke balai polis. 

Sambil diaorang berjalan aku nampak sesekali brader polis tu lempang muka Mat Pit. Mesti sebab Mat Pit tu banyak mulut. Kalau aku di tempat dia, baik diam je.

Mula-mula ringan je tangan aku nak tangkap gambar, tapi fikir-fikir balik, buat aib orang, tak elok. Sepanjang aku solat kat Masjid Sitiawan tu, tak pernah lagi dengar atau nampak kes curi duit tabung masjid. Ini pertama kali. Setakat curi selipar tu, biasa la kan... 



Monday, June 15, 2009

Kenapa tak update blog?


Post aku yang terakhir adalah 4 Jun. Hari ni dah 15 Jun. Ikut ilmu hisab, dah 11 hari aku tak tulis blog. Kenapa?

Ada beberapa sebab sebenarnya. Aku list kat bawah ni:

1) Busy
Ini usah cakaplah, memang sentiasa. Korang pun tau bos aku tengah cuti bersalin. Jadi banyak kerja tanggung. 
Perumpamaan : Berat mata memandang, berat lagi badan aku sekarang ni (sbb x jogging).

2) Cuti
Aku jarang cuti. Tapi minggu lepas aku cuti 3 hari, dari 9hb - 11hb Jun. Sebabnya aku tak sihat. Hidung aku buat hal sikit, macam resdung pun ada.
Perumpamaan : Sepandai-pandai tapir melompat, jatuh ke kubang juga.

3) Balik kampung
Hujung minggu lepas aku balik kampung bini. Kampung dia tak ada internet. Actually rumah aku pun tak ada jgk. Selalunya aku berinternet di ofis je.
Perumpamaan : Hujan pasir di negeri orang. Hujan batu di negeri sendiri. Eloklah di ofis sendiri.

4) Komen
Aku lebih banyak bagi komen kat blog orang lain. Last2 blog aku sendiri tak sempat tulis. 
Perumpamaan : Jaga di tepi kain orang. Tapi sendiri tak pakai kain.

5) Angan-angan
Aku kononnya tak mahu tulis post baru, selagi belum backdated post2 lama (sewaktu aku cuti dan balik kampung tu). Sebabkan angan-angan aku terlampau tinggi, last2 satu post pun tak keluar. 
Perumpamaan : Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran, kaki dah kelenguhan, air minum dah kehabisan.


Dan nak best lagi, jam 9.30 pagi nanti aku dan rakan2 ofis akan bergerak ke Putrajaya. Kami ada lawatan sambil belajar ke Kementerian, Subang Jaya dan Melaka. Berapa lama? Hehe 4 hari, dari 15hb hingga 18hb Jun. 

Korang doa2kanlah hotel sana ada wifi...



Thursday, June 04, 2009

Pondan Chulan mengganas!


Dalam merayau alam siber ni, aku terbaca satu berita pelik. Pasal pondan. Pondan memang dah sedia pelik. Tapi pondan yang mengganas, bertambah-tambah lagi pelik.

Benda ni terjadi dalam bulan April lepas. Ada masuk suratkhabar MalayMail dan The Star. Suratkhabar Melayu entah masuk ke tidak. Setahu aku, pondan adalah lelaki yang nak jadi macam perempuan, malu-malu dan control ayu gitu. Tapi pondan yang aku baca ni lain. Dia ganas dan hobinya adalah memukul wanita lain tanpa sebarang sebab tertentu. 

Pondan ganas ni selalu kelihatan berkeliaran di Jalan Raja Chulan, maka digelarlah "Pondan Chulan". Motif keganasannya? Tidak diketahui. Namun ada cakap-cakap belakang ianya disebabkan dendam. Dendam pada perempuan, sebab dia cuba nak jadi full perempuan tapi tak boleh. Ini serupa kes iri hati kronik yang bertukar menjadi ganas.

Setakat ni, 4 wanita dan seorang remaja dah jadi mangsa. Walaupun pondan, gaya belasahan yang digunakan suspek adalah gaya seorang lelaki tulen. Pondan ini berbakat dalam menumbuk muka dan menendang punggung mangsa. Ada juga antara mangsa luka di kening akibat cakaran pondan tersebut. Polis hingga kini masih belum dapat mengenalpasti jenis seni bela diri yang diamalkan suspek.

Ketika diaju soalan berkaitan, pakar cabut lari bela diri, Mahaguru Abang Terrer menyatakan, "Seni bela diri lelaki seperti Judo, Taekwondo dan Silat memang keras dan berbahaya. Seni bergaduh perempuan seperti tarik rambut, cakar muka dan ganyang-mengganyang pula memang telah diakui efektif dan turut digeruni lelaki. Jadi apabila kedua-dua unsur ini digabungkan, maka terhasilah sejenis seni bela diri pondan yang amat-amatlah ditakuti. Wallahualam."

Tapi sampai sekarang, Pondan Chulan belum berjaya diberkas. Kalau ditangkap pun, penjara manakah dia akan dihantar? Penjara lelaki atau perempuan?


Inilah antara mangsa amukan. 
Tengok lebam dia, korang bayangkan kederat pondan tu..


Demi pembaca sekalian, aku telah bersusah payah menjalankan misi menjejak dan mengintip Pondan Chulan yang ganas itu. Misi tahap A ini, walaupun berbahaya, tapi demi keseronokan pembaca, aku tempuhi juga. Dan inilah hasilnya, gambar Pondan Chulan yang digembar-gemburkan itu. Kalau korang jumpa, larilah. Jangan cuba melanggan pula. Haram


Inilah Pondan Chulan.. awasi amukannya!



Berikut adalah komen daripada orang awam :

"Pondan? Ada orang tuduh gua melanggan pondan. Gua memang anti-pondan. Dulu gua bagi kurus badan, niat gua nak tackle awek. Tapi pondan yang tunjuk minat. Bukan salah gua. Gua fed up terus kawin dan pergi Johor." - En. Xpuasati

"Aku memang risau dengan pondan ni. Selalu diaorang ushar2 aku. Diaorang dah la kuat-kuat, ditangkapnya aku, naya je nanti. Minta simpang aku jumpa pondan tu." - En. SM Sharom

"Alaa kat ofis ni pun ada jugak geng2 "lelaki lembut". Baik je diaorang tu aku tengok. Takkan la ada pondan ganas macam tu sekali? Ada ke?" - Atie  

"Aku dulu masa kerja KFC Shah Alam, duduk serumah dengan pondan. Bukan seorang, tapi 3 4 orang. Selalu diaorang belai-belai rambut aku, belanja aku makan, dan dakap aku. Bagi aku biasa je tu, rakan sesama lelaki. Tak gitu?" - Yeop (kawan lama aku)

"Pondan? Nak aku tolong bedah bagi normal?" - Liebe Dich


SUDUT INFO AGAMA :

Apa itu khunsa :

Khunsa dari bahasa Arab bermaksud ‘lembut’. Dari sini timbulnya istilah kaum lembut, mak nyah atau pondan. Menurut kamus dewan, pondan ialah lelaki yg memiliki sifat perempuan atau sebaliknya (perempuan yg memiliki sifat lelaki).

Menurut syara’: khunsa ialah seseorang yang diragui seksnya (jantinanya) sama ada mempunyai kedua-dua alat kelamin lelaki dan perempuan, atau tiada langsung alat kelamin dan hanya mempunyai lubang untuk membuang air kecil. - Mausua’ah Fiqhiyyah Kuwaitiah: 20/22 ; Mu’jam Lughatul Fuqaha’: m/s 201 


Sebab terjadinya khunsa :

Manusia khunsa adalah ciptaan Allah s.w.t juga. Namun ada hadis yang menyatakan antara punca terjadinya khunsa adalah disebabkan berlakunya persetubuhan ketika haid. Sepertimana yang kita tahu, persetubuhan ketika haid adalah haram hukumnya. Walaubegitu, bukanlah bermaksud khunsa itu terjadi hanya disebabkan oleh faktor ini sahaja semata-mata. Banyak faktor-faktor lain lagi yang memungkinkan terjadinya khunsa.


Kategori khunsa :

- Menurut Syaikh Hasanain Muhammad Makhluf, Fatwa Darul Ifta’, ada dua jenis khunsa: khunsa ghair musykil (khunsa yg senang ditentukan kecenderungan seksnya; dan khunsa musykil (yang sukar ditentukan).

- Imam Nawawi telah mengatakan bahawa khunsa ada dua jenis iaitu pertama, yang ada dua alat kelamin, wanita dan lelaki, kedua, yang tidak mempunyai sebarang alat tersebut selain jalan keluar najis sahaja. Adapun khunsa jenis pertama ini dapat dikenali dengan cara kencingnya, kalau kencingnya melalui alat kelamin lelaki sahaja maka dia dikira lelaki atau sebaliknya maka dia dikira wanita. Tetapi kalau kedua-duanya berhenti serentak maka perlulah dilihat mana yang dulu keluar. Sekiranya ia bermula serentak maka dikira dengan yang paling terkemudian selesainya. Tetapi kalau yang satu alat itu terlebih dulu berfungsi maka yang dahulu itulah yang dikira dan diambil hukumnya dan kalau bersama pada kedua-duanya (keluar dan berhenti ) maka dikira termasuk dalam hukum khunsa musykil yang mempunyai hukumnya yang khusus. Begitu juga haidnya. Tetapi disyaratkan keadaan itu berulangkali berlakunya sebagaimana apa yang ditetapkan oleh Syaikhan (Nawawi dan Shafie). Adapun hukum khunsa musykil itu panduannya kenalah diambil dengan cermat dan selamat serta ditinggalkan apa yang diragui pada hak mereka, iaitu seperti hukum wanita dalam masalah masuk bilik mandi air panas, cukur kepala, bulu ari-ari, azan dan iqamat, aurat, kafan, pengurusan jenazah dan lain-lain. Manakala dalam beberapa masalah lain dia dikira seperti lelaki, iaitu dalam hukum memakai pakaian sutera, perhiasan emas dan berdiri semasa menjadi imam bagi kaum wanita di depan mereka, bukan di tengah mereka seperti imam wanita biasa kerana dikhuatiri mereka dari kalangan lelaki dan haram mengkhatankan mereka atas satu pendapat. Demikianlah hukum yang lain-lain lagi. Wallahualam.


Menukar jantina :

Menukar jantina ialah menukar jantina seseorang melalui proses pembedahan dari lelaki menjadi perempuan, atau dari perempuan menjadi lelaki, atau dari khunsa menjadi salah satu dari dua jantina.

Perlu dinyatakan di sini bahawa terdapat dua bentuk pembedahan menukar jantina, iaitu:

1. Taghyir atau Tabdil (Menukar jantina)
2. Takmil (Menyempurnakan jantina)


Taghyir atau Tabdil :

Seorang lelaki yang sempurna/normal kejadian jantina luarannya (alat seksnya-zakar) bersesuaian dengan organ jantina dalaman, kemudian dia menukar jantinanya kepada jantina wanita. Atau seorang wanita yang kejadian jantina luarannya (faraj) sempurna/normal dan bersesuaian dengan organ jantina dalamannya, kemudian dia menukar jantinanya kepada jantina lelaki.


Takmil :

1. Seorang dilahirkan dengan dua alat kelamin (zakar dan faraj), kemudian dia melakukan pembedahan untuk mematikan salah satu dari dua alat kelaminnya, dengan menghidupkan yang satu lagi. Dia menghidupkan salah satu alat kelaminnya bersesuaian dengan organ kelamin dalamannya. Tujuan pembedahan ini ialah untuk memperjelaskan identiti jantinanya yang sebenar.

2. Seseorang dilahirkan dengan alat kelamin yang tidak sempurna, contohnya keadaan zakar seorang lelaki atau faraj seorang wanita tidak berlubang. Lalu dia menjalankan pembedahan untuk membuat lubang di bahagian yang sepatutnya.


Hukum menukar jantina :

1. Taghyir atau Tabdil = HARAM
2. Takmil = HARUS


Status selepas menukar jantina menurut syara' :

1. Taghyir (mengubah) = maka mereka tetap dengan status asal jantinanya. Walaupun seseorang perempuan selepas pembedahan telah menjadi seorang lelaki, namun Islam masih memandangnya sebagai seorang wanita. Dari itu apa sahaja hukum-hakam berlaku ke atasnya sebagai seorang wanita, bukan lelaki. Samada hukum-hakam mengenai warisan, aurat, perkahwinan dan sebagainya.

ii. Takmil = maka mereka berstatus dengan jantina selepas proses bedah dijalankan. Segala hukum-hakam berjalan menurut status tersebut.



Hukum berkahwin bagi khunsa :

Sebelum mereka dibenarkan berkahwin, jantina mereka hendaklah ditentukan terlebih dahulu berdasarkan fitrah (semulajadi) mereka yang hakiki. Pakar genetik dan perubatan hendaklah mengesahkan status mereka samada lelaki atau perempuan. Jika sudah pasti mereka dibenarkan menjalani rawatan hormon dan pembedahan jantina. Selepas alat kelamin itu berfungsi dengan baik, maka mereka boleh melansungkan perkahwinan seperti biasa. Inilah fatwa al-Azhar, Syaikh Ali Jadul Haq.


Kedudukan khunsa di dalam saf solat :

Jumhur menetapkan khunsa berada di barisan ke tiga :

1) Lelaki dewasa
2) Kanak-kanak lelaki
3) Khunsa
4) Wanita 

-(al-Mughny, 2/42) Berdasarkan hadis umum dari Abu Daud, Sunan, 1/181.



Abang Insaf © 2009. Original by Yanku. Modified by Abang