Monday, June 01, 2009

Kisah Sepotong Roti


Sejak akhir-akhir ni, aku dilanda krisis ekonomi. Baru seminggu gaji, tapi aku dan mula kesempitan. Mungkin tanggungan aku makin berat, atau kos hidup makin tinggi, atau gaji kerajaan patut dikaji semula. Dan yang peliknya, slalu time-time gini ni la aku asyik duk teringat nak bersedekah atau menderma. 

Bagi sesetengah orang, bersedekah ni masa kita mampu sahaja. Kalau "sempit", tak payah la buat. Betul jugak tu. Tapi aku teringat pula sebuah hadis Qudsi :


Dalam sebuah hadis qudsi, Allah berfirman (bermaksud): 

Aku cintakan tiga jenis manusia, tetapi Aku jauh lebih cinta kepada tiga jenis manusia lainnya, iaitu: 
Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, tetapi Aku lebih cinta lagi orang miskin yang pemurah. 
Aku cintakan orang yang rendah hati/diri, tetapi Aku lebih cinta orang kaya yang rendah hati. 
Aku cintakan orang yang bertaubat, tetapi Aku lebih cinta lagi orang muda yang bertaubat.   


Ertinya kalau aku nak lebih ganjaran dari Allah, masa tengah sengkek ni la elok bersedekah, ye tak? Tapi mampu ke aku buat? Kalau dulu boleh bagi alasan sebab malas nak cari tong masjid. Harapkan time solat Jumaat je. Tapi sekarang, bila aku pergi bank cucuk duit, akan tercegat seorang muslimin / muslimah di luar pintu bank, di tepinya ada satu kotak bulat berlubang. Di kotak tu tertulis "DERMA ANAK YATIM". Kadang-kadang bertulis "DERMA PEMBINAAN ASRAMA". Sejuk je muka-muka si pengutip derma tu. Berjam-jam diaorang tercegat kat situ setiap hari.

Ada kawan pernah bagitau aku, pengutip derma macam tu jangan percaya sangat. Banyak yang tipu. Entahlah, aku tak tau pulak. Aku tengok diaorang ada surat pengesahan dari pejabat agama. Kalau surat palsu, wallahualam. Bagi aku itu satu kemudahan. Lepas cucuk duit, terus boleh menderma, buat pahala.

Tapi aku tengok ramai jugak yang selamba degil buat-buat tak nampak tong tu. Atau mungkin jugak diaorang dah menderma di waktu yang lain. Atau mungkin nak menderma senyap-senyap untuk mengelakkan riak (aku ber"husnu zhan"). 

Tapi bagi aku, tak tergamak pulak rasanya nak keluar bank terus mengabaikan tong tu, tambah-tambah kalau bertulis "DERMA ANAK YATIM". Menangis kat situ pun aku boleh. 

Aku cuba jadi pemurah, dengan harapan esok-esok di akhirat nanti Allah akan "pemurah" pulak dengan aku. Sebabnya aku tau syurga Allah tak mampu dibeli dengan amalan kita. Kalo beribadah seumur hidup pun, belum tentu cukup untuk bayar walau sebelah telinga kurniaan Allah sw.t. ini. Dalam Quran ada disebut :


"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)" - (Al-Mulk : ayat 2)


Dalam ayat tu Allah tak sebut pun "yang lebih banyak amalnya". Tapi disebut "yang lebih baik amalnya". Kualiti penting, bukan kuantiti. Di sini aku nak berkongsi kisah pemberi roti untuk dijadikan panduan hidup kita.


Diriwayatkan dari Abu Burdah, ia bercerita, "Menjelang wafatnya Abu Musa berpesan, 'Wahai anakku, ingatlah tentang kisah si pemilik roti'.

Dikisahkan ada seorang laki-¬laki yang beribadah dalam pondoknya selama 70 tahun, tidak pernah turun (beranjak), kecuali satu hari saja. Ketika itu ada syaitan yang datang menyerupai seorang perempuan. Tewas dengan godaan, ahli ibadah ini tinggal bersama perempuan tersebut selama 7 hari 7 malam.

Setelah itu terbukalah tabirnya, dia pun keluar dan bertaubat. Setiap kali dia melangkahkan kaki untuk melakukan sesuatu, ia akan bersolat dan bersujud.

Suatu malam ia berlindung ke sebuah toko, di sana terdapat 12 orang miskin. Karena merasa sangat lelah, akhirnya dia beristirahat di celah-celah antara dua orang lelaki miskin.

Tiba-tiba seorang dermawan datang, dia diutus mendatangi orang-orang miskin ini setiap malam dengan membawa roti yang banyak, lalu memberikannya ke setiap orang sekeping roti. Dermawan itu sampai di laki-laki yang bertaubat tersebut, mengira bahwasanya dia juga orang miskin. Akhirnya dia pun memberinya roti.

Ada satu orang miskin yang belum mendapat roti, lalu bertanya kepada dermawan, 'Mengapa kamu tidak memberi aku roti?' Dermawan yang membahagikan roti itu menjawab, 'Telah aku berikan secukupnya seperti biasa. Mungkin ada antara rakanmu yang mendapat lebih. Sungguh malam ini aku tidak memberimu sesuatu apa pun'.

Si miskin itu bertanya kepada rakannya tetapi tiada siapa yang mendapat lebih. Kemudian laki-laki yang bertaubat itu memperhatikan roti yang dipegangnya, lalu memberikannya kepada si miskin tadi kerana dia lebih memerlukan karena lapar dan lelah.

Keesokan harinya, laki-laki bertaubat itu meninggal ....

Kemudian, ibadahnya selama 70 tahun ditimbang dengan kemaksiatannya selama 7 malam. Ternyata lebih berat maksiatnya yang 7 malam itu. Dan kebaikannya memberi sepotong roti ditimbang pula dengan kemaksiatannya selama 7 malam, dan ternyata kebaikannya memberi sepotong roti itu yang lebih berat.

Abu Musa berkata, 'Wahai anakku, ingat-ingatlah kisah si pemberi roti itu'."


Kalau si pengutip derma tu menipu, biarlah dia berjawab di depan Allah kelak. Aku cuma harap kalau-kalau sedekah kecil di pintu bank itu akan dianggap besar nilainya di sisi Allah s.w.t dan menjadi penyelamat aku di akhirat kelak... Siapa tahu...






9 komen:

miss ahjumma said...

tq en. fizal..entry yg bfaedah..insaf slps bace..huhuhu..

moh le kita same² bsedekah..

Abang said...

Cis.. ingat nak bagi pinjam duit tadi.. baru berfaedah...

Basuh Baju said...

bukak kilang roti barulah dpt duit..haha

salam ziarah..

Abang said...

Terima kasih sudi berziarah.. insya Allah saya akan melawat blog awak..

Basuh Baju said...

hello lagi skalu lagi abang terer..haha

tq memberi respon yg baik..

bila nak pergi ke majlis rasmi? haha

Abang said...

Tq2 melawat sekali lagi.. aku link ke blog hang.. majlis rasmi? malas nak pergi haha..

Xpuasati said...

Nampaknya gua sibuk giler time skrg ni.. Gua baru derma tabung kat bank tadi.. pastu baru baca blog lu.. Macam ada kene mengena je ngan gua.. apa2 pun gua setuju ngan penulisan lu 100%

Abang said...

Lu bagi tabung kat bank? Tabung apa lu kasi?

zerusrus said...

salam .. mohon share cerita

Abang Insaf © 2009. Original by Yanku. Modified by Abang