Friday, May 29, 2009

Takziah pada Tina dan Shidi


Pagi semalam aku dapat berita sedih. Ibu kepada Shidi (mak mertua Tina) telah kembali ke rahmatullah. Dia meninggal dunia di hospital. Sehari sebelum tu pun Tina dah bagitau aku, yang mak mertuanya sakit. Dari apa yang aku dengar, allahyarhamha memang menghidap beberapa jenis penyakit.

Jenazah telah selamat dikebumikan tengahari semalam di kampungnya, Pulau Pangkor. Ramai kakitangan pejabat yang pergi melawat jenazah di hospital. Aku mengucapkan takziah kepada Tina dan Shidi, harap mereka berdua bersabar dengan dugaan ini. Juga semoga roh allahyarhamha dirahmati Allah hendaknya, Insya Allah.

Aku banyak membaca hal kematian ini. Setiap kali terdengar berita kematian, tetiba aku akan rasa takut, macam tak ada mood nak buat apa-apa. Mesti terfikir, bila agaknya masa aku akan tiba? Rasa macam aku dah buang banyak masa untuk hal-hal dunia. Bekal akhirat aku macam tak bertambah langsung. Aku cuma harap Allah s.w.t akan mengampunkan hamba-Nya yang selalu terleka ini. 

Paling aku takut adalah sakaratul maut tu sendiri. Pedih. Jadi di sini aku nak kongsi serba sedikit info berkaitan kematian, atau khususnya sakaratul maut (yang aku ingat la).


SUDUT INFO AGAMA :

Selalu orang tersilap pada panggilan perempuan yang meninggal dunia sebagai "allahyarhamah". Tiada perkataan Arab untuk itu. Yang sebenarnya :

Muslim      = allahyarham / allahyarhamuh
Muslimah  = allahyarhamha

Setiap yang hidup dalam dunia ini, pasti akan mati. Tidak terkecuali sesiapa pun. Firman Allah s.w.t:

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasai mati..." - (Ali Imran : ayat 185)

Dan tiada siapa yang tahu bila dia akan mati. Firman Allah s.w.t:

"Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila telah datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan". - (Al-Munafiqun : ayat 11) 

Ada sesetengah orang yang ambil jalan mudah bunuh diri bila menghadapi masalah. Dosanya satu hal, yang kedua ialah sakitnya mati itu. Kalo diaorang tau betapa pedihnya sakaratul maut tu, confirm tak ada yang mahu saja-saja bunuh diri. Kat bawah ni ada cerita pedihnya sakaratul maut pada sapa-sapa yang belum tahu.

Diriwayatkan tatkala Nabi Ibrahim a.s meninggal dunia, Allah s.w.t bertanya, "Bagaimana engkau mendapati kematian, wahai kekasih-Ku?". Ia menjawab, "Ia laksana besi panas yang dicengkam gumpalan bulu yang basah lalu ditarik". Allah s.w.t berfirman, "Padahal Kami telah meringkannya untukmu".

Diriwayatkan tentang Musa a.s bahwa ketika ruhnya akan menuju ke hadirat Allah SWT, Allah bertanya kepadanya, “Wahai Musa, bagaimana engkau merasakan kematian?” Musa menjawab, “Kurasakan diriku seperti seekor burung yang dipanggang hidup-hidup, tak mati untuk terbebas dari rasa sakit dan tak juga terbang untuk menyelamatkan diri.” Diriwayatkan juga bahwa dia berkata, “Kudapati diriku seperti seekor kambing yang dikuliti hidup-hidup.”

Diriwayatkan, ada sekelompok orang dari Bani Israil sedang melalui perkuburan. Sebahagian mereka berkata kepada sebahagian yang lain, "Seandainya saja kalian berdoa kepada Allah agar Dia mengeluarkan mayit dari kuburan ini untuk kalian tanya". Maka, mereka pun berdoa kepada Allah s.w.t. hingga tiba-tiba keluar dari kubur di hadapan mereka dan berdiri sesusuk tubuh yang terdapat bekas sujud di antara kedua matanya, lalu bertanya, "Wahai kaum, apa kalian mahu dariku? Sungguh aku telah mati sejak lima puluh tahun lalu, namun hingga sekarang pedihnya kematian itu masih aku terasa".

Umar r.a berkata kepada Ka'ab Al-Akhbar, "Wahai Ka'ab, ceritakan kepada kami mengenai kematian". Ka'ab berkata, "Baik wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya kematian itu laksana sebuah ranting pohon yang banyak durinya, yang dimasukkan ke dalam perut seseorang. Setiap duri mengenai satu urat. Kemudian, duri itu ditarik oleh seorang dengan tarikan yang kuat. Hingga terambillah apa yang terambil dan tertinggallah apa yang tertinggal".

Dan juga kisah Nabi Idris a.s dicabut nyawanya oleh Malaikat Izrail, kemudian dihidupkan semula oleh Allah s.w.t. Menurut Nabi Idris a.s, sakitnya 1000 kali lebih sakit daripada binatang hidup yang dikuliti. Malaikat Izrail mengatakan bahawa dia mencabut nyawa Nabi Idris itu dengan cara paling lembut sekali.


Korang tengoklah sendiri. Para Nabi pun merasakan pedihnya mati, apatah lagi kita yang banyak dosa ni. Itu baru sakaratul maut, belum masuk lagi bab seksa kubur. Sebab tu Rasulullah s.a.w sendiri selalu berdoa pada Allah agar diringankan sakaratul maut baginda kelak.

Dan ramai orang menangisi jika ada sanak saudara yang telah meninggal dunia. Tetapi mereka selalu terlupa yang mereka juga pasti akan mengikut jejak sanak saudara itu kelak.

Al-Hasan berkata, “Setiap hari malaikat maut memeriksa setiap rumah tiga kali dan mencabut nyawa orang-orang yang rezekinya telah habis dan umurnya telah berakhir. Apabila dia telah melakukan hal itu, maka seisi rumah yang bersangkutan akan meratap dan menangis. Sambil memegang gagang pintu, malaikat maut berkata, ‘Demi Allah, aku tidak memakan rezekinya, tidak menghabiskan umurnya, dan tidak memendekkan batas hidupnya. Aku akan selalu kembali dan kembali lagi ke tengah-tengah kalian hingga tak ada lagi yang tertinggal di antara kalian!’ “. Al-Hasan berkata, “Demi Allah, seandainya mereka boleh melihatnya berdiri di situ dan mendengar kata-katanya, niscaya mereka akan melupakan jenazah tersebut dan menangisi diri mereka sendiri.”

Kita disarankan untuk selalu berdoa agar mati dalam keadaan baik (husnul khatimah) dan jangan dimatikan dalam keadaan buruk (su'ul khatimah). Apa maksud husnul dan su'ul khatimah tu? Apa tanda-tandanya? Ada ke kisah-kisah pasal orang alim meninggal? Kisah orang jahat meninggal? Di mana ruh setelah kita mati? Bolehkah kita berjumpa orang yang dah meninggal dunia? Bolehkah si mati mendengar orang yang masih hidup? Boleh ke hantar pahala kepada si mati? 

Insya Allah lain kali ada masa, ada kerajinan, aku cerita lebih mendalam lagi bab mati ni. Itu pun kalau aku belum dijemput menghadap Allah s.w.t lagi...




Tuesday, May 26, 2009

Ichigo's Surprise


Petang Ahad lepas aku dan wife pergi hospital. Ada jiran kemalangan, depan Taman Melati. Pagi tu jiran aku ni makan ubat, tak sangka pulak kesan ubat tu kuat. Masa dia tengah memandu, sampai di selekoh Taman Melati, tetiba je dia "blank" dan tak membelok. Keretanya terus straight hentam tangga jejantas, pastu hentam pondok menunggu bas pulak, dan berpusing 3 kali. 

Nasib ada 3 org mat navy tolong bawa ke hospital. Masuk ICU dulu, beberapa jam lepas tu baru pindah ke wad biasa. Badan biasa ler luka-luka, dada dan leher bengkak. Ramai jugak datang melawat.

Dekat pukul 7 macam tu, aku angkat kaki. Masa di pintu hospital, tak jauh dari aku ada seorang brother India. Aku nak keluar pintu, dia pulak nak menghala masuk. Bila makin dekat, dia pandang aku dan senyum. Baru aku perasan, member lama aku rupanya, Sethu atau nama glamernya Ichigo.

Sethu ni member aku sejak sekolah menengah lagi. Masa aku giler main games (Playstation) dulu, dia la rakan subahat utama. Walaupun berbangsa India, sebenarnya jarang sangat aku dengar dia bercakap Tamil. Selalunya Bahasa Melayu atau English. Di sekolah pun dia banyak berkawan dengan budak Melayu je. Antara semua geng kami, hanya aku dan dia sahaja yang tak begitu mempunyai "sosial life". Duduk rumah, baca buku, main PC, layan games, tido. Itu je. Tak wujud istilah  jiwang-jiwang atau awek-awek ni. 

Jadi, bila tup2 tetiba kami dengar Sethu dah bertunang, dan akan kawin dalam sebulan dua, semua jadi macam beruk histeria. Serba tak kena, antara percaya atau tidak. Surprise sungguh! Dah la dia duduk keje di KL, selalu sibuk, jarang-jarang balik, tup2 masa bila boleh sempat bertunang dengan orang Sitiawan da?? Sedangkan member lain yang awek penuh kiri kanan pun tak ada berita. 

Tamparan hebat Sethu telah membuatkan semua ahli persatuan mula mencorak masa depan, termasuklah aku. Masing-masing mula pasang niat nak berkeluarga. Apa guna kepoh-kepoh tunjuk awek? Tengok Sethu, senyap-senyap je. Cis.

Lepas kawin, Sethu dan wife terus bermastautin di KL. Dia kerja kat TM Point.  Kadang-kadang dia balik, dia mesti cari aku, borak-borak. Last aku jumpa dia pun, lepas aku bertunang tahun lepas. Lama dah.

Yang aku terkejut sangat tu, sebab badan dia. Dulu Sethu adalah seorang yg sangat kurus. Aku ulangi, sangat kurus. Badan kurus ibarat dirempuh akan bersepai tulang rusuk. Tapi apa dah jadi sekarang? Perutnya kelihatan "sasa" macam perut aku. Bila aku tanya apa dah jadi, dia ketawa je. Hehehe agaknya memang betul la sumpahan bagi lelaki berkahwin, perut mesti naik. Aku sure member semua tak percaya kalau tengok gambar dia sekarang. Sethu memang man of surprise!

Tapi OK ler jugak, nampak macho sikit. Sethu bagitau yang wife dia bersalin semalam. Dapat baby girl. Lor, bos aku pun baby girl. Musim girl kut? Anyway tahniah aku ucapkan pada dia. Katanya baby ok, cuma wife dia tak boleh keluar lagi sebab ada complication sikit. Aku harap tak ada apa masalah besar.

Katanya lagi akan berada di Sitiawan sepanjang minggu ni. Aku just suruh dia calling-calling kalo nak hang out. Aku tengok dia kelam kabut je. Mata pun bengkak, sebab semalaman tak tido. Aku terfikir, agaknya bulan Oktober nanti aku pun kalut macam tu apa?


Member semua, tengoklah fizikal Ichigo sekarang..



Monday, May 25, 2009

Ibarat Upin dan Ipin


Hujung minggu lepas, adik beradik aku datang rumah. Kakak aku duduk Rawang, adik perempuan aku duduk Raub. Parent aku pulak memang dah sebulan lebih gilir-gilir duduk antara Rawang dan Raub. Tapi semuanya turun balik ke Sitiawan hujung minggu lepas. Jadi banyaklah aktiviti-aktiviti aku dengan diaorg 2 hari tu.

Cuma aku nak cerita pasal anak saudara aku. Kakak aku ada 2 orang anak, sorang lelaki (Syahmi), sorang pompuan (Damia). Adik aku plak ada sorang je anak lelaki brutal (Hazim). Tapi kedua-dua boy ni hampir sama umurnya, 2 tahun. Bila diaorg balik sini, memang kelam kabut jadinya rumah aku. Antara yang wajib dilakukan bila 2 boy tu nak datang :

1) Cermin solek yang digantung paras dada, perlu diangkat lebih tinggi sehingga atas kepala.
2) Papan penghadang setinggi lutut perlu dipasang di pintu depan dan belakang rumah.
3) Penutup atas akuarium terpaksa digam/diikat utk mengelakkan daripada barang seperti majalah Mastika dibaca oleh ikan-ikan. 
4) Seterika dan barangan elektrik kecil lain perlu disimpan dalam kotak, atau letak tinggi-tinggi.
5) Bilik aku terpaksa sentiasa ditutup, untuk mengelakkan dari menjadi cyber cafe kanak-kanak.
6) Spare duit poket untuk beli mainan (kereta atau lori) utk diaorg, walaupun tau mainan tu cuma akan bertahan bentuk azalinya 40 minit je, lepas tu akan di"pomen".
7) Melatih jari agar jangan gatal-gatal tertekan remote ke saluran kartun (kecuali jika diperlukan sangat je).
8) Mengemaskini pengetahuan tentang rancangan kanak-kanak, seperti Wonderpet dan Ultraman Cosmo.
9) Melatih diri awal2 supaya banyak bersabar apabila waktu tidur dan waktu rehat bersama isteri kelak akan diganggu oleh mereka.

Walaupun begitu, banyak benda aku belajar dari diaorg ni. Contohnya lagu Wonderpet. Dulu aku nyanyi lagu ni, salah lirik rupanya. Melalui Syahmi, aku belajar lirik sebenarnya ialah:

"..Wonderpet, Wonderpet,
   Kami nak lalu.
  Apa yang penting?
  Keje tama.."

Aku juga belajar meringkaskan perkataan. Spongebob Squarepants? Terlalu panjang. Menurut Hazim:

"Pon bob pen pen.."

Nanti bulan Oktober, selain 2 boy ni, aku jugak akan ada tentera sendiri untuk menambahkan lagi havoc di rumah aku tu. Insya Allah..


Inilah pasangan Upin dan Ipin yang dimaksudkan.. 
Syahmi (kiri) dan Hazim.


Adik bongsu aku mendukung Nur Damia Afiqah.. 


"Korang ingat lelaki tak comel pakai tudung?" -Syahmi


"Lu orang berani rempit dengan gua?" - Hazim


"Gua cakap pun lu orang takkan percaya.
Ni gua tengah bawak awek jalan-jalan.." - Hazim



Friday, May 22, 2009

Bos dah bersalin!


Pagi tadi aku SMS bos, tanya pasal hal keje. Dia tak balas. Then lepas solat Jumaat tadi, baru ada reply. Selain daripada jawab soalan aku,  bos maklumkan satu berita gembira. 

Alhamdulillah, bos selamat melahirkan seorang bayi perempuan jam 10.10 pagi tadi. Ini adalah anak kedua dia. Tahniah aku ucapkan pada bos. 

Dia bersalin di Hospital Pakar swasta, mungkin esok dah boleh balik rumah. Lain-lain maklumat aku tak tahu lagi. Mungkin esok atau lusa aku dan wife baru pergi melawat bos. Apa-apa info terbaru aku akan update semula nanti...


Bos aku, Kak Ina..


Anak pertama bos, Ainur Nabila.. dah darjah 1


p/s : Aku punya bulan Oktober, Insya Allah hehehe...


Thursday, May 21, 2009

Nyonya ICT


Dalam minggu-minggu terakhir sebelum bos aku mula bercuti, aku rajin keluar masuk bilik dia. Sebabnya aku nak kumpul segala amanat dia, terutamanya berkaitan ISO. Kalau tidak letih aku nak buat keputusan masa dia tak ada nanti. Ada sekali tu aku terpandang atas meja dia, surat jemputan ke demo sistem ICT di SUK Perak. Last-last tak ada siapa antara kami yang pergi sebab masing-masing sibuk.

Dan ntah kenapa, bila sebut je pasal demo ICT, aku mesti teringat satu kes sekitar November 2007 lalu. Masa tu aku dan Issa (member ofis) dijemput ke Penang ICT Roadshow 2007. Lokasinya of course la Penang, cuma hotel mana dah tak ingat. Perasmian oleh Menteri mana pun aku lupa. 

Bila sampai, kami terus ushar2 gerai pameran yang bersepah di luar dewan upacara tu. Banyak syarikat buat demo program masing-masing, antara yang aku ingat ialah Liebert (UPS) dan GIS. Kami kutip brochure, makan2, dan terus masuk dewan. Kami duduk meja belakang sekali.

Dalam tu ramai dah hadir. Pelbagai agensi yang datang , kerajaan, swasta, NGO semua ada. Ada 2 3 syarikat dijemput bagi ceramah berkaitan produk diaorg. Antaranya ialah McAfee Antivirus. Siap ada hadiah tu kalo sapa dapat jawab soalan. Aku banyak senyap je, malas. Tapi apa yang aku nak cerita kat korg ni bukan pasal ceramah tu. Tapi pasal salah seorang hadirin yang dijemput.

Of course la yang dijemput tu semua org2 berkepentingan dalam organisasi, pakaian pun smart2. Issa dan aku sendiri pun pakai segak2, mcm orang nak masuk meminang. Mana tau kut2 ada awek boleh sangkut. Tapi meja sebelah aku ni lain ceritanya. Ada dua org nyonya tua duduk situ. Kalo korg tengok pun janggal. Dah la tua, sandang beg pasar, pakai selipar, seluar katok takat lutut pulak tu. Aku teramat2 hairan, nyonya ni dari agensi mana? Kalo dari Persatuan Penjual Sayur, perlu ke pakai teknologi ICT canggih2 mcm ni? Takkan jual sayur pakai GIS? Nyonya tu kdg2 tertido, kdg2 terjaga. Kdg2 mengecilkan mata nak tgk slide nun jauh di depan sana.

Tapi apa-apa pun, jauh dalam hati, aku respek nyonya tu. Walau dah tua, diaorg still lagi berminat dengan dunia ICT. Kalo bukan untuk diri sendiri, mungkin untuk anak cucu dia. Mungkin jugak dia sebenarnya otai dalam ICT ni, sapa tau? Sepatutnya kita yang muda2 ni kena lebih lagi rajin. Bangsa kita bila dah tua banyak abiskan masa melepak di kedai kopi je. Kalo yang abiskan masa kat masjid tu, oklah.

Namun aku dan Issa seolah tak percaya dengan apa yang kami tengok. Dan nyonya dua orang tu terus kekal misteri dalam ingatan kami sampai sekarang...  


Suasana dalam dewan.. formal

Nyonya dua orang.. korg tengok la sendiri



Tuesday, May 19, 2009

Seronok tak kahwin?


Baru-baru ni masa bersembang dengan seorang sahabat baik melalui YM, dia bertanya satu soalan...

Dia : Seronok tak kahwin?
Aku : Hmmm.... (diam)
Dia : Hehehe tak apa kalo tak cakap pun. Saja je tanya...

Actually bukannya aku tak nak jawab. Tapi aku tak tau macam mana nak  jawab. Seronok tak kahwin?...  Bagi aku soalan tu terlalu subjektif dan tak dijangka oleh aku.

Contohnya kita bertanya pada kawan yang baru balik tengok wayang:

"Sedap tak popcorn?"

Walaupun soalan tu betul, tapi agak janggal. Lazimnya kita jangkakan soalan yang akan ditanya adalah:

"Best tak filem tu?"

Selalunya aku ditanya "macam mana life lepas kahwin?". Tapi kali ni dapat soalan lain pulak. Sebab tu aku diam. Dulu aku nak kahwin sebab dah sampai masa, dah ada calon dan ikut sunnah Nabi s.a.w.. Tak terfikir pulak akan seronok ke tidak nanti....

Dan lagi satu, apakah yang dimaksudkan dengan "seronok" tu? Ada macam-macam jenis keseronokan berkahwin. Seronok tidur bersama? Seronok ada pasangan? Seronok org layan? Seronok dapat anak? Aku diam sebab tak tau apa maksud "seronok" dalam soalan tu. Istilah seronok berkahwin ni hanya wujud dalam zaman sekarang. Jika zaman dulu2, zaman para sahabat, tak timbul perkara ni. 

Ibnu Abbas masa tengah nazak, dia minta orang kahwinkan dia. Pelik sungguh nak mati pun ingat kahwin lagi? Nak seronok lagi? Tapi apa alasan dia? Katanya malu jika dia mati nanti menghadap Allah s.w.t dalam keadaan bujang. Dia nak mati dalam mengikut sunnah Nabi iaitu berkahwin. 

Seronok atau tidak, jangan difikirkan sangat dulu. Kalo terlalu fikir, itu yang menjadi punca ramai bujang sampai tua. Benar memang kita kena fikir habis-habis soal pilihan hidup ni, supaya tidak menyesal. Tapi jangan terlalu cerewet, kerana dikhuatiri syaitan dah berjaya kawal kita.

Syaitan akan mengeluh bagi orang yang dah berkahwin, dan akan tersenyum bagi yang masih bujang. Syaitan akan membisikkan kepada orang bujang supaya kumpul dulu duit banyak2, barulah berkahwin. Bila duit dah banyak, dia bisikkan pula supaya beli kereta dulu, atau enjoy dulu. Begitulah seterusnya sampai jadi bujang tua. Sebab tu Nabi s.a.w ada bersabda :

"Apabila seseorang itu berkahwin, maka dia telah menyempurnakan separuh dari agamanya. Maka bertakwalah kepada Allah untuk menyempurnakan separuh yang berbaki".

Sebagai manusia kita diberi akal yang dibantu iman dalam membuat pilihan hidup. Bila dah pilih, berserah ajelah pada Allah s.w.t. . Kadang-kadang kita rasa sesuai, bila kawin bercerai pulak. Kadang-kadang rasa tak sesuai, bila kawin anak sampai 12 orang hahaha... Kita tak akan tahu apa yang akan terjadi. Dalam Quran juga disebutkan:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Lazimnya ramai orang melakukan solat Istikharah semasa hendak memilih calon hidup. Kemudian masing-masing berharapkan petunjuk. Ada yang tunggu datang melalui mimpi, ada yang tunggu getar hati, ada yang terdengar bisikan di telinga, macam2 lagilah. Kalo tak muncul petunjuk-petunjuk tu, kiranya bukan jodoh la tu. Siapa kata petunjuk Allah s.w.t mesti datang cara begitu? 


Jika pilihan kita itu terbukti baik akhlak dan agamanya, apa perlunya istikharah lagi? Istikharah adalah untuk membantu kita dalam membuat keputusan yang sukar, antara baik dan tidak baik. Kalo calon pasangan memang dah terang2 baik, terima sajalah. Bukan apa, dikhuatiri bila buat istikharah, dan "petunjuk" yang diharapkan tak muncul2, maka kita lepaskan calon terbaik tadi.


Istikharah tak semestinya datang dengan petunjuk yang jelas. Rasa hati itu pun dah dikira petunjuk. Kemudian satu langkah lagi (selalu org tinggal) adalah musyawarah. Selepas istikharah, berbincanglah dgn beberapa orang terdekat yang kita percaya akhlak dan ilmunya. Kemudian barulah kita buat keputusan. Kebanyakan orang mengharapkan istikarah semata-mata tanpa mahu bermusyawarah. Dan perlu baiki akhlak kita dahulu kalo nak dapat petunjuk. Kalo hari-hari pakai seluar pendek, lu fikirlah sendiri.


Boleh ke kalo kita tak mahu kahwin? Berkahwin adalah sunnah Nabi s.a.w. Dalam kita mengejar syurga Allah, kita juga dilarang berlebih-lebihan bagi mencapai maksud tersebut. Ini dinukilkan daripada hadis Nabi s.a.w:

Dari Anas bin Malik r.a. bahwa ia berkata, "Tiga orang Sahabat datang ke rumah Rasulullah untuk menanyakan tentang ibadah beliau. Setelah diceritakan kepada mereka tentang ibadah Rasulullah, mereka menganggapnya terlalu sedikit. Sehingga mereka berkata, 'Keadaan kita dengan beliau jauh berbeda, sesungguhnya Allah SWT telah mengampuni dosa-dosa beliau yang lalu dan yang akan datang!'

Maka salah seorang di antara mereka berkata, 'Aku akan shalat malam terus menerus.' Seorang lagi berkata, 'Aku akan berpuasa terus menerus tanpa putus.' Yang lain berkata, 'Aku akan menjauhi kaum wanita dan tidak akan menikah selamanya.' 

Lalu datanglah Rasulullah saw. menemui mereka, beliau bersabda, "Apakah kalian yang mengucapkan begini dan begitu!" Demi Allah, aku adalah orang yang paling takut dan paling bertakwa kepada Allah! Namun selain berpuasa aku juga berbuka (tidak berpuasa), selain shalat aku juga tidur, dan aku juga menikahi wanita. Barangsiapa yang membenci Sunnahku, maka ia bukan termasuk golonganku," (HR Bukhari [5063] dan Muslim [1401])


Dan ada satu kisah, seorang wali yang bermimpi tentang satu telaga. Ramai orang alim berpusu-pusu mendapatkan air di telaga tersebut. Wali tadi pun hendak pergi ke telaga tu tapi dia dihalang dan terdengar suara "kau bukan dari golongan kami". Bila tersedar baru wali tu faham yang dimaksudkan oleh mimpi tu adalah dia masih bujang, tak seperti orang alim lain. Esoknya laju je dia terus kahwin hahaha...


Tapi kalo memang dah tak tahan sangat nak kahwin, cuma takut tak mampu nak bela anak bini sebab miskin. Macam mana plak kes ni? Jangan risau, Allah s.w.t akan bantu. Dalam Quran disebut :


“Kahwinkanlah anak-anak kamu (yang belum kahwin) dan orang-orang yang sudah patut kahwin dari hamba-hambamu yang laki-laki ataupun hamba-hambamu yang perempuan. Jika mereka itu orang-orang yang tidak mampu, maka Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari anugerahNya.”  (an-Nur : 32)  


Dan sabda Nabi s.a.w :

"Ada tiga golongan yang sudah pasti akan ditolong Allah, iaitu:  Orang yang ingin kahwin dengan maksud untuk menjaga kehormatan diri; seorang hamba mukatab yang berniat akan menunaikan; dan seorang yang berperang di jalan Allah." (Riwayat Ahmad, Nasa'i, Tarmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim)


Bagi aku yang dah kahwin ni, memang terasa seronoknya. Sebab ada orang melayan dan berkongsi suka duka dengan kita. Bila ada anak esok bertambahlah bahagia. Cuma bab tanggungjawab didik anak isteri tu kadang2 buat aku susah hati sikit tu hahaha... Bukan apa, takut masih tak mencukupi apa yang aku dah usahakan. Harap Allah s.w.t akan mengampuni kelemahan hambaNya ini. Amin.


Jadi kesimpulannya: Berkahwinlah.

Dan bagi soalan "SERONOK TAK KAHWIN?"

Jawapan aku = "SENDIRI MAU CUBA LA, BARU TAU HAHAHAHA JGN MARAH..."



Monday, May 18, 2009

Blog aku serba baru!



Selepas tak sampai sebulan aku pakai design biru kat atas tu, hari ni aku tukar yang baru. Design merah pulak. Nampak mengancam sikit.  Sebab pertukaran :

1) Design biru tu format lama (HTML).
2) Design baru ni boleh drag n drop.
3) Antara biru dengan merah, merah lebih melambangkan kejantanan.
4) Merah kurang jiwang dari biru.
5) Merah + hitam = elegant, gaya, mutu, keunggulan
6) Bilangan org pakai template classic (lama) kian pupus.
7) Aku punya suka, korg apa pedulik?


Wednesday, May 13, 2009

Steambot Shabu


Pagi ni aku busy buat ISO. Sambil2 menaip, aku minum Nescafe percuma. Sedar tak sedar, dah 4 cawan aku tibai. Utk pengetahuan korang, Nescafe ada buat promosi minuman percuma kat kantin MPM mulai Isnin sampai Jumaat ni. Bukan tu aje, tepat pukul 10 pagi siap datang hantar ke setiap jabatan dalam MPM. Terima kasih Nescafe. Aku percaya bisnes air minum makcik kantin terjejas minggu ni.

Then pukul 11.30 pagi aku masuk meeting Anugerah Kualiti PBT (AKPBT) dan juga ISO. Sebagai pemangku pegawai dokumen, banyak juga hal diperdebatkan dalam meeting tu. Meeting selesai jam 1 tghari. Aku turun ke ofis, ingat nak lelap kejap.

Then bos panggil, katanya Pn. P.U ajak dia pergi makan steambot. Pn. P.U adalah Pen. Peg. Undang-Undang kat ofis aku. Bos ajak aku join sama. Steambot tgh2 hari? Macam best je, tak pernah cuba lagi. Aku setuju.

Kami gerak naik kereta PU. Lokasi kedai adalah berhampiran KAMDAR. Aku tak pernah tau pun ada kedai steambot kat situ. Kedai baru rupanya. Aku tengok papan nama kedai. 

"Restoran Shabu-Shabu".

Hehehe, lain macam tak bunyinya? Tapi korang jangan risau, aku jamin tak ada sebarang aktiviti dadah kat sini. Taukenya Cina. Tapi dia ada taruk logo halal terpampang depan pintu masuk.

Kalo waktu lunch, dewasa sekepala RM 9.90. Kalo malam, sekepala 15.90, budak2 RM 9.90. Kepala yang dimaksudkan adalah sebelah atas leher, bukannya antara peha dan betis.

Lepas masukkan bahan, steamkan dan tunggu. Kami amik kuah sup dan tomyam. Dah siap, apa lagi, balun. Aku dan bos makan tak banyak. PU balun macam kedai tu last day. Tak kisahlah sebab memang dia yang ajak pun. 

PU makan pakai chopstick. Cekap sungguh dia. Aku dulu waktu sekolah menengah pernah la jugak belajar2 pakai chopstick, tapi tak sempat khatam. Hasil tunjuk ajar PU, aku berjaya dapatkan kembali ilmu chopstick aku. Tapi kejap je, lenguh jari, aku tukar pakai sudu dgn garpu.

Habis makan steambot, aku pekena secedok dua aiskrim sebagai penutup. Rasa puas, sebab dapat elakkan diri dari makan nasi. Lepas aku bos bayar, kami kelam kabut balik. Bos ada meeting lain pukul 2. Aku pula kena settlekan pindaan ISO. Aku ingat nak bawa wife pulak datang lain kali.


Inilah kedai yang dimaksudkan..


Korang tengok, best kan orang belanja?


PU (kiri) dan bos teruja menikmati steambot..


Lihatlah dunia akan skill chopstick aku..

Monday, May 11, 2009

Bas loncat-loncat


Sabtu dan Ahad (semalam) aku keje. Banyak keje2 tertangguh jadi kena settlekan secepat mungkin, sebelum bos aku bersalin. Nanti bos tak ada, susah la aku nak buat keputusan. Anak saudara (sebelah wife) aku sakit, masuk wad Hospital Ipoh dah beberapa hari. Sebabkan aku keje, wife aku dan kakaknya aje yg pergi jenguk sejak Sabtu. So aku bujang la 2 hari.

Then tghari semalam, wife aku call. Katanya anak saudara aku makin teruk. Doktor tak dapat trace punca penyakit. Badan dia sakit2, org sentuh pun dia rasa sakit, terutamanya pinggul. Tak boleh bangun, cuma terlantar je. Kata doktor, hantar ke swasta (Pantai Puteri) atau kena amik air tulang belakang. Serius tu. So aku story dgn bos kata nak pergi Ipoh, bos bagi. Lagipun elok aku pergi Ipoh, nanti boleh balik sama2 dgn wife aku, dia tgh "mabuk" ni tak larat drive.

So aku balik, amik tiket bas Perak Roadways. Aku panggil bas jenis ni loncat-loncat, sebab banyak kali stop. Actually dah lama aku tak naik bas loncat-loncat ni. Sejak aku ada moto 7 tahun dulu pun dah tak naik. Sekarang bas loncat-loncat kat Sitiawan dah pupus. Mungkin orang sini kaya-kaya, banyak ada motokar sendiri. Syarikat bas gulung tikar. Yang tinggal cuma bas ekspress dan Perak Roadways ke Ipoh.  

Bas aku jalan jam 3.30 ptg. Aku bajet dalam pukul 5.00 boleh sampai. Kalo naik kereta lagi cepat, pukul 4.30 je. Bas penuh, sampai kena berdiri. Aku tgk kat kerusi belakang sekali ada 3 brader tgh lentok, seat sebelah kiri kosong. Kenapa tak ada org nak duduk situ? Segan dgn brader2 tu ke? Aku tak peduli. Kalo berdiri sampai Ipoh, mau lumpuh. Slow2 aku pergi sampai belakang, duduk sebelah brader2 tu. Cuaca memang terik masuk terus dalam bas. Cermin sebelah aku tak ada langsir, cermin lain ada pula. Berpinau aku. Ketiak mula basah, aircon tak kuat, bas jalan slow, hati mula panas. Kalo sampai Ipoh mcm ni, aku nak mengamuk. Aku tgk brader2 sebelah aku baik punya lentok. Macam mana diaorg boleh tido panas2 dan terlompat2 mcm ni?? Aku respek diaorg.

Then tetiba bas berhenti. Ramai yang turun. Ada seat sebelah tengah kanan tetiba kosong. Canteekk. Aku tukar seat. Fuuhh baru sedap, redup, ada langsir, seat sebelah pun kosong. Sedar tak sedar, aku makin terlelap. Rupa-rupanya bila cuaca terik mcm ni, automatik kita akan berhibernasi ek? Utk pengetahuan korg, aku mmg susah nak tido dalam bas atau kereta. Atas moto lagi la susah. Sebabnya otak aku asyik terfikir hal2 negatif. Aku rasa2 mcm bas tu nak terbabas la, driver tertido la, mcm2 lagi. Tp kali ni aku mcm dibuai2 plak. Ngantuk giler. Kali terakhir aku tgk jam masa tu pukul 4 ptg. Pastu blank..........

Tetiba bas berhenti lagi. Aku tgk cermin, kat UITM Sri Iskandar. Aku tgk jam, pukul 4.30 ptg. Setengah jam aku tertido. Bas dah jalan sejam, tapi baru separuh jalan. Lambat betul, patut la org nak elakkan naik bas. Bas jalan balik. 3 org awek dan sorg jantan naik. Semuanya berdiri. Budak2 UITM rupanya. 

Aku tak peduli jantan tu. Mata aku automatik je fokus pada awek 3 org tu. Serta-merta otak aku buat kajian syarak. Sorg awek tu kurang comel, tapi pakaian menutup aurat. 2 org lagi comel, menutup aurat juga (pakai tudung), tp pakai baju T-Shirt dedah lengan gebu. Apa jadahnya diaorg ni? Nak tutup aurat ke tak nak tutup? Aku kesian dengan mak ayah diaorg, anak2 tak faham syarak. Tapi aku tetap positive thinking "mungkin lengan baju dia tersangkut dan terkoyak kat pintu bas tadi". Seat sebelah aku memang kosong. Risau jugak kalo2 awek tu dtg duduk sebelah aku, habislah tergugat iman aku nanti. Nasib ada sorg brader tu berdiri tgh2 laluan, menghalang awek2 tu dari sampai kat aku. Kalo sampai pun aku tak rasa diaorg teringin duduk sebelah aku. Aku pun memaksa mata beralih ke tempat lain, tgk lama2 maksiat pulak nanti.

Then tetiba wife aku msj. "Salam. Abg kat mana dah? Tgh buat apa tu?".
Cis, mcm ada instinct je wife aku ni. Baru nak cuci mata sikit. "Wsalam. UITM. Baru bangun tido." aku balas.

Pastu aku dah tak boleh tido. Mungkin aura lengan awek2 tu meninggalkan kesan pada mata aku. Then aku terfikir, patut la susah nak cari orang zuhud zaman sekarang ni. Dugaan terlalu banyak. Dan patutlah juga orang dulu2 kalo nak mencapai maqam tinggi, diaorg akan pergi berkhalwat sorg2 dalam gua etc. Senang kalo tak jumpa org. Dan ada hikmahnya kalo Allah s.w.t menciptakan kita kurang cantik, mungkin dengan itu kita akan merasa segan dan menutup aurat. Yang perasan cantik tu, lagi2 nak buka aurat *tabarruj kat org ramai. 

Bas sampai Ipoh jam 5.20 ptg. Dekat 2 jam perjalanan tu. Rasa mcm serik nak naik bas dah. Wife aku dah standby sana, amik aku trus pergi hospital.


SUDUT INFO AGAMA:

Tabarruj = wanita yang menampakkan perhiasan dan kecantikannya (memperagakan) kepada lelaki yang memungkinkan lelaki tersebut ghairah kepadanya.

Hadis Nabi s.a.w:
"Sebaik-baik wanita kalian adalah yang penyayang, yang banyak melahirkan, yang cocok (dengan suaminya) jika mereka bertakwa kepada Allah. Dan seburuk-buruk wanita adalah yang tabarruj dan sombong. Mereka itulah orang-orang munafik. Tidak akan masuk surga salah seorang di antara mereka kecuali seperti gagak putih." (riwayat Baihaqi)


"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan ke atas tubuh mereka pakaian mereka, cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." - Al-Ahzab ayat 59.

Tak ada mana2 mazhab dalam aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang mengatakan lengan wanita bukan aurat. Perbandingan batasan aurat wanita menurut 4 mazhab utama:


1. Mazhab Syafie’: 

Pendapat pertama : Semua anggota badan (pendapat yang paling sahih menurut Ibnu Hajar al-Haytamiyy di dalam az-Zawajir dan al-Baydawiyy di dalam Tafsirnya dan juga para Ulama' Syafi'iyyah)

Pendapat ke dua : Semua anggota badan kecuali muka dan tapak tangan (sekiranya tidak menimbulkan fitnah)

2. Mazhab Hanbali: 

Pendapat pertama : Semua anggota tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan. Jika mendedahkannya menimbulkan fitnah maka wajib juga ditutup.

Pendapat ke dua : Semua anggota  (berdasarkan kepada satu riwayat daripada Iman Ahmad)

3. Mazhab Hanafi: 

Pendapat pertama : Semua anggota tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
Bagaimanapun jika mendatangkan fitnah wajib ditutup.

Pendapat kedua : Semua anggota tubuh kecuali muka, dua tapak tangan dan tapak kaki hingga pergelangannya.

4. Mazhab Maliki: 

Semua anggota tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan. Jika mendedahkannya ditakuti boleh menimbulkan fitnah maka wajib juga ditutup.



Cuaca panas... ada yang berdiri


Tiga org brader sebelah aku ni baik punya kawad lentok...

Abang Insaf © 2009. Original by Yanku. Modified by Abang