Petang Ahad lepas aku dan wife pergi hospital. Ada jiran kemalangan, depan Taman Melati. Pagi tu jiran aku ni makan ubat, tak sangka pulak kesan ubat tu kuat. Masa dia tengah memandu, sampai di selekoh Taman Melati, tetiba je dia "blank" dan tak membelok. Keretanya terus straight hentam tangga jejantas, pastu hentam pondok menunggu bas pulak, dan berpusing 3 kali.
Nasib ada 3 org mat navy tolong bawa ke hospital. Masuk ICU dulu, beberapa jam lepas tu baru pindah ke wad biasa. Badan biasa ler luka-luka, dada dan leher bengkak. Ramai jugak datang melawat.
Dekat pukul 7 macam tu, aku angkat kaki. Masa di pintu hospital, tak jauh dari aku ada seorang brother India. Aku nak keluar pintu, dia pulak nak menghala masuk. Bila makin dekat, dia pandang aku dan senyum. Baru aku perasan, member lama aku rupanya, Sethu atau nama glamernya Ichigo.
Sethu ni member aku sejak sekolah menengah lagi. Masa aku giler main games (Playstation) dulu, dia la rakan subahat utama. Walaupun berbangsa India, sebenarnya jarang sangat aku dengar dia bercakap Tamil. Selalunya Bahasa Melayu atau English. Di sekolah pun dia banyak berkawan dengan budak Melayu je. Antara semua geng kami, hanya aku dan dia sahaja yang tak begitu mempunyai "sosial life". Duduk rumah, baca buku, main PC, layan games, tido. Itu je. Tak wujud istilah jiwang-jiwang atau awek-awek ni.
Jadi, bila tup2 tetiba kami dengar Sethu dah bertunang, dan akan kawin dalam sebulan dua, semua jadi macam beruk histeria. Serba tak kena, antara percaya atau tidak. Surprise sungguh! Dah la dia duduk keje di KL, selalu sibuk, jarang-jarang balik, tup2 masa bila boleh sempat bertunang dengan orang Sitiawan da?? Sedangkan member lain yang awek penuh kiri kanan pun tak ada berita.
Tamparan hebat Sethu telah membuatkan semua ahli persatuan mula mencorak masa depan, termasuklah aku. Masing-masing mula pasang niat nak berkeluarga. Apa guna kepoh-kepoh tunjuk awek? Tengok Sethu, senyap-senyap je. Cis.
Lepas kawin, Sethu dan wife terus bermastautin di KL. Dia kerja kat TM Point. Kadang-kadang dia balik, dia mesti cari aku, borak-borak. Last aku jumpa dia pun, lepas aku bertunang tahun lepas. Lama dah.
Yang aku terkejut sangat tu, sebab badan dia. Dulu Sethu adalah seorang yg sangat kurus. Aku ulangi, sangat kurus. Badan kurus ibarat dirempuh akan bersepai tulang rusuk. Tapi apa dah jadi sekarang? Perutnya kelihatan "sasa" macam perut aku. Bila aku tanya apa dah jadi, dia ketawa je. Hehehe agaknya memang betul la sumpahan bagi lelaki berkahwin, perut mesti naik. Aku sure member semua tak percaya kalau tengok gambar dia sekarang. Sethu memang man of surprise!
Tapi OK ler jugak, nampak macho sikit. Sethu bagitau yang wife dia bersalin semalam. Dapat baby girl. Lor, bos aku pun baby girl. Musim girl kut? Anyway tahniah aku ucapkan pada dia. Katanya baby ok, cuma wife dia tak boleh keluar lagi sebab ada complication sikit. Aku harap tak ada apa masalah besar.
Katanya lagi akan berada di Sitiawan sepanjang minggu ni. Aku just suruh dia calling-calling kalo nak hang out. Aku tengok dia kelam kabut je. Mata pun bengkak, sebab semalaman tak tido. Aku terfikir, agaknya bulan Oktober nanti aku pun kalut macam tu apa?
Member semua, tengoklah fizikal Ichigo sekarang..
7 komen:
haha..ensem la ichigo..kalo jmpe lg kim slm sejahtera ek..(saje tumpang menyibuk)
Ensem ke? gua lagi ensem apa?
antare fizal n ichigo..fizal nmpk mude..ichigo nmpk mcm dah beranak 5! heh!
Itu dah semestinya hehe...
Terkejut gak aku tgk gambor die..dulu kurus dan gagap kan..
sekarang ni dah berisi..
aku kawin tak gemuk-gemuk pun...
Cis mat.. gagap x pyh ler ckp.. itu dulu.. aku pun x sentuh bab tu.. skrg dh x gagap...
Abang terer.. gua rasa lu salah orang kut... macam tak percayala itu sethu.. aku rasa dia dah buat bankai kot..
Post a Comment