Wednesday, May 06, 2009

Mission Centos - Accomplished!


Sejak malam tadi aku asyik duk teringat kes Centos semalam. Tido pun tak jerap, duk mengigau sebut "Centos... Centos". Jadi pagi tadi aku bangun awal, x sabar nak sampai ofis. Asalnya aku nak bawa beras kunyit, limau nipis dan kemenyan utk halau roh-roh jahat kalo ada kat bilik server tu. Bila fikir2 balik khurafat semua tu, aku batalkan niat. 

Sampai ofis aku trus mula install. Kali ni aku buat slow2, dan pilih pakej dgn teliti. Abis setting, mulalah proses installasi. Then aku detect satu perkara; bila masa tukar CD kdg2 dia x detect CD, kena try 2 3 kali. Apapun bila abis install, aku reboot dan error yg sama jgk keluar. Takkan CD aku korup? Aku dah buat checksum MD5 sebelum burn, mmg x ada masalah.

Aku install sekali lagi. Cuma kali ni, masa tukar CD tu, aku relaks2 dulu, biar sampai CD-Drive aku betul2 berkelip baru aku proceed. Abis install aku reboot, dan voila! Centos aku berjaya masuk mode GUI. Kesimpulannya, CD-Drive aku bengong. Tapi aku pelik jugak, kalo dia x boleh baca CD tu, patutnya dia keluar error awal2 mcm "cannot read from CD bla bla..". Tp ini OK je sampai abis. Tak ada warning langsung. Tak kisahlah, janji siap jgk Centos aku.

Moral : Pastikan server korg ada DVD-Drive. Elakkan CD-Drive, leceh.

       

5 komen:

Xpuasati said...

Tahniah dan syabas diucapkan kpd abg terer... akhirnye gula2 mentos yang x habis kunyah semalam dapat jugak dikunyah sehingga selesai pada hari ini... syabas sekali lagi... aku nak tanya ni dgn lebih subversif lagi.. centos ni ape ke bende nye? salah satu jenis linux ker? apa yang best tentang mentos ni?

deja said...

en fizal byk menggunakan ayat2 IT sukar utk difahami..fuh ponin den

Abang Terrer said...

Xpuasati... Linux ada banyak. Ada RedHat, Suse, Ubuntu dan mcm2 lagi. Centos ni adalah salah satu jenis Linux yg berasal dari RedHat Enterprise. Kalo RedHat Enterprise, nak pakai kena bayar. Tp ada satu team ni dia modify RedHat Enterprise (buang logo, trademark semua) dan release semula sebagai Centos yg percuma.

Abang Terrer said...

deja... actually itu semua command2 dalam Linux.. x ada apa2 sgt.. sama la mcm dalam Windows dia ada DOS command... tapi kalo x biasa pakai Linux mmg nampak ponin ler hihi...

nana said...

tahniah utk kak ina.. kem salam le yer heheheh...

Abang Insaf © 2009. Original by Yanku. Modified by Abang