Tuesday, May 05, 2009

CENTOS bukannya MENTOS



Actually dalam minggu lepas lagi bos aku dah bagi arahan prepare satu server untuk sistem intranet dan jugak file sharing. Dalam kepala aku mmg dah plan nak "hidupkan" server HP Proliant lama tu, hardisknya rosak. Server free lain aku dah pakai, setup Windows Server 2003 baru-baru ni. Jadi aku order hardisk dan download Linux Centos yg terbaru, v5.3. Aku plan nak taruk Linux sbb nak try buat quota nanti. Bila semua dah ready, tunggu hari yg aku free je nak setup.

So hari ni aku separuh free jadi boleh la siapkan server tu. Korg pun tau, Superman ada Lois, Batman ada Catwoman, Mawi ada Ekin, jadi aku pun ada jgk gadis2 sunti utk menemani aku setup server ni. Aku panggil semua budak2 praktikal jabatan IT (ada 5 org gadis) utk tgk dan belajar, korg jgn nak jeles ek. So aku suruh diaorg buat  RAID 5 (dulu dah ajar), pastu mulalah menginstall. Aku tunjuk diaorg cara buat partition, setting IP, pilih pakej, pilih suami, gatal2 skit bla bla bla... Seingat aku, install Centos ni senang je, mcm kunyah Mentos gitu. Pejam mata sebelah pun boleh siap. Bila dah abis, budak praktikal aku reboot server tu. Lepas boot, tetiba kuar error. Nampak mcm complicated.

Jam pun dah pukul 4 lebih, aku suruh diaorg tinggalkan je. Lepas tu aku pergi check server tu. Dia keluar error "init: Id "xrespawning too fast: disabled for 5 minutes." Aduh. Nmpknya dia tak boleh masuk level tertentu. Aku check /etc/inittab, nmpknya dia sangkut kat level 5. Aku set kat situ utk run level 3. Aku reboot semula, then aku try 
"startx", tak  jadi jgk. Aku try nak repair display system-config-display, tapi tak keluar apa2. Sah X Window aku x ada. Rasanya aku ada include masa installasi tadi. Takkan nak install balik, 6 keping CD tu, kepala aku dah ingat bini tunggu kat rumah nun. Tapi atas dasar penjawat awam yg berintegriti, dan malas jgk nak buat yum, aku amik keputusan install semula. "Ala kejap je ni, mcm kunyah Mentos je" aku dgr suara memberi semangat berbisik kat telinga aku. Mgkin suara bunian kut.

Lepas install, aku try reboot. Cilakak, ada error jgk. Kali ni pasal SeLinux plak. Masa bila aku activekan menatang ni? Aku masuk Grub, set enforcing=0, boot semula, tak ada lagi SeLinux, tp error "init:id..."  keluar lagi mcm sebelum ni. Arrggghhh....
 kepala aku makin panas, mulut aku sayu mencarut2 bahasa omputeh, tgn aku ringan je nak karate server tu. Tiba2 telinga aku mcm terdengar je lagu iklan Mentos. Aku tau tentu bukan bunian, tp jin penjaga server yg mengejek kat telinga aku. Jam dah pukul 9 malam. Bini dah banyak kali SMS. Aku try lagi beberapa cara, tp hampeh. Last 2 aku amik keputusan tulis blog dan balik. Esok aku nak fokus betul2 masalah Centos ni. Rupanya Centos bukanlah Mentos.

Awek2 praktikal... nak no. tel sila contact aku parent diaorg...


2 komen:

Xpuasati said...

Walaupun aku kurang paham apa menatang bahasa2 IT ni.. tp nasib baik la otak aku cepat mendowload dalam 60% kefahaman aku mengenai Centos ko tu.. so dgn cepatnye aku mengarioskan diri aku kuar dari blog ko ni.. takut2 nanti otak aku jd macam Os... ape ke hel nye?

Abang said...

Hahaha... bukan bahasa apa pun... cuma command2 Linux je.. x apa nanti kita explore sama2 ok...

Abang Insaf © 2009. Original by Yanku. Modified by Abang