Dalam minggu-minggu terakhir sebelum bos aku mula bercuti, aku rajin keluar masuk bilik dia. Sebabnya aku nak kumpul segala amanat dia, terutamanya berkaitan ISO. Kalau tidak letih aku nak buat keputusan masa dia tak ada nanti. Ada sekali tu aku terpandang atas meja dia, surat jemputan ke demo sistem ICT di SUK Perak. Last-last tak ada siapa antara kami yang pergi sebab masing-masing sibuk.
Dan ntah kenapa, bila sebut je pasal demo ICT, aku mesti teringat satu kes sekitar November 2007 lalu. Masa tu aku dan Issa (member ofis) dijemput ke Penang ICT Roadshow 2007. Lokasinya of course la Penang, cuma hotel mana dah tak ingat. Perasmian oleh Menteri mana pun aku lupa.
Bila sampai, kami terus ushar2 gerai pameran yang bersepah di luar dewan upacara tu. Banyak syarikat buat demo program masing-masing, antara yang aku ingat ialah Liebert (UPS) dan GIS. Kami kutip brochure, makan2, dan terus masuk dewan. Kami duduk meja belakang sekali.
Dalam tu ramai dah hadir. Pelbagai agensi yang datang , kerajaan, swasta, NGO semua ada. Ada 2 3 syarikat dijemput bagi ceramah berkaitan produk diaorg. Antaranya ialah McAfee Antivirus. Siap ada hadiah tu kalo sapa dapat jawab soalan. Aku banyak senyap je, malas. Tapi apa yang aku nak cerita kat korg ni bukan pasal ceramah tu. Tapi pasal salah seorang hadirin yang dijemput.
Of course la yang dijemput tu semua org2 berkepentingan dalam organisasi, pakaian pun smart2. Issa dan aku sendiri pun pakai segak2, mcm orang nak masuk meminang. Mana tau kut2 ada awek boleh sangkut. Tapi meja sebelah aku ni lain ceritanya. Ada dua org nyonya tua duduk situ. Kalo korg tengok pun janggal. Dah la tua, sandang beg pasar, pakai selipar, seluar katok takat lutut pulak tu. Aku teramat2 hairan, nyonya ni dari agensi mana? Kalo dari Persatuan Penjual Sayur, perlu ke pakai teknologi ICT canggih2 mcm ni? Takkan jual sayur pakai GIS? Nyonya tu kdg2 tertido, kdg2 terjaga. Kdg2 mengecilkan mata nak tgk slide nun jauh di depan sana.
Tapi apa-apa pun, jauh dalam hati, aku respek nyonya tu. Walau dah tua, diaorg still lagi berminat dengan dunia ICT. Kalo bukan untuk diri sendiri, mungkin untuk anak cucu dia. Mungkin jugak dia sebenarnya otai dalam ICT ni, sapa tau? Sepatutnya kita yang muda2 ni kena lebih lagi rajin. Bangsa kita bila dah tua banyak abiskan masa melepak di kedai kopi je. Kalo yang abiskan masa kat masjid tu, oklah.
Namun aku dan Issa seolah tak percaya dengan apa yang kami tengok. Dan nyonya dua orang tu terus kekal misteri dalam ingatan kami sampai sekarang...
Suasana dalam dewan.. formal
Nyonya dua orang.. korg tengok la sendiri
5 komen:
ko tgk le..mane taknyer orng cine ni maju..dah nak masuk kubur masih minat lagi ngan bidang ICT..cube ko cari blog die mane tau lagi dasyat dari kiteorang..
mungkin duaorang ni nak tau pasal ICT sebelum Mati kut..bagus jgak tu..
Aku tak rasa diaorg pakai blog. Diaorg mungkin lagi advanced, pakai domain sendiri...
Aku rasa nyonya dua org tu adalah agent 007 atau charlie angle kot. Diaorang pakai topeng. Ko sepatutnya tarik topeng dia masa tu baru tau identiti sebenar dia.
Ye kut.. aku x terfikir plak diaorg tu spy... kalo 007 dia single. Kalo charlie angle 3 org... ni 2 org? bwang putih bwang merah kut?
nyonya tu le..... sepupu 8 x tok hang.... datang tengok hang tapi hang tak kenal sebab dia cina ko melayu.
Post a Comment